Rabu, 24 Disember 2014

Pray For Pantai Timur

Teks: Norafiza Abdul Aziz
Foto: Credit to Facebook Pray For Pantai Timur

Assalamualaikum wbt.

Pasti semua dah tahu kan, pasal banjir besar yang melanda negara kita terutama negeri-negeri di Pantai Timur. 

Walaupun rumah saya setakat ini Alhamdulillah tiada sebarang ancaman banjir, namun sebagai salah seorang rakyat negeri Kelantan turut berasa berdukacita. Kebimbangan turut menguasai diri.

Oleh itu, saya mohon sahabat-sahabat sekalian mendoakan agar musibah ini cepat berlalu dan kami semua diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi ujian ini.

Dan saya juga mungkin akan berhenti seketika daripada aktiviti ber'blogging' sehingga keadaan agak reda.

Terima kasih.









Sabtu, 20 Disember 2014

Kerana Allah vs Kerana Selain Allah

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Sumber: Kuntum Khaira Ummah (Kamu Umat Terbaik)- You Are The Best
              - Manual Pengurusan Kehidupan dan Pengurusan Organisasi Berlandaskan Al-Quran
Penulis: Dr Mohd Shafie Md Amin
              - Pengasas Kaedah Al-Huffaz (Kaedah Sistematik Hafazan Al-Quran)
Foto: Ambil gambar sendiri



Assalamualaikum wbt.

Soalan cepu cemas, " Kenapa kita bekerja?"

Apa jawapan anda sekiranya anda ditanya soalan begini?

Menurut Dr. Mohd Shafie, beliau pernah membuat survey dan kebanyakannya memberi jawapan untuk mencari rezeki. Amat kurang yang menjawab mereka bekerja kerana Allah.

Zapp..terus menusuk ke jantung. Terasa weii..

Cuba lihat senario yang berlaku di sekeliling kita. Rata-rata sentiasa berkeluh kesah. Duit gaji tak pernah cukup, harga barang makin naik, GST (hehe). Itu belum dicampur dengan 'politik pejabat' lagi. Kaki kipas, talam 14 muka, komen itu ini, tak puas hati sana sini. Kenapa senario ini berlaku?

Sebab kita bekerja bukan kerana Allah.

Bila menjadi hamba duit, macam-macam perkara negatif akan singgah di minda dan di hati kita. Duit tak pernah cukup walau buat OT siang malam. Perasaan iri hati dan hasad dengki berleluasa. Gila kuasa, tamak mula merajai hati. Solat tunggang-langgang dan selalu dilewatkan. yang lebih teruk lagi, selalu gabung solat. Bukanlah gabung macam solat jamak tu. Tapi gabung contohnya sengaja melewatkan solat Zohor kemudian tunggu waktu Asar. Dah nak Maghrib baru nak solat Asar kemudian terus solat Maghrib. Atau, Maghrib tinggal lagi 5 minit baru nak solat, sekali dengan Isyak terus. Alasan, malas nak ulang-alik banyak kali ke surau. 

Saya dulu, macam nilah. Bila dah sedar, saya rasa teruk sangat. Betapa saya lalai kepada Ya Razzaq, Yang Maha Memberi Rezeki. Walhal, tanpa izin-Nya, kita kerja sampai pengsan pun tak mungkin kita akan dapat habuan setimpal. Kan?

Cuba kita tukar pendirian kita. Tukar nawaitu kita untuk bekerja kerana Allah. Apakah impak yang akan berlaku? Jom buat eksperimen.

Saya juga dalam proses tarbiah diri sebenarnya. Sebelum ni, saya banyak merungut, tak puas hati dengan semua perkara dan semua orang, 'stress' berpanjangan dan hilang keyakinan diri.

Sehinggalah suatu hari, saya mendapat hidayah dari Allah (Alhamdulillah) melalui bahan-bahan bacaan yang saya baca (itulah untungnya orang yang suka baca buku). Saya mula bergantung dan berserah hanya kepada Dia. Manusia semuanya lemah dan tidak punya apa-apa tanpa-Nya termasuklah saya. Dalam setiap perkara, dalam setiap musibah, saya hanya berpaling kepada Dia. Dan saya belajar untuk redha, belajar bersyukur dengan segala nikmat yang diberi dan sentiasa merasa cukup.

Saya cuba memperbaiki hubungan dengan Allah. Seboleh mungkin solat di awal waktu, tambah solat-solat sunat dan sentiasa membaca 'love letter' (ayat suci Al-Quran). Kadangkala terbabas juga,hehe. Tapi nama pun dalam proses tarbiah diri.

Dan Subhanallah, Alhamdulillah. Hidup menjadi lebih tenang selepas itu. Rezeki sentiasa cukup, jarang sekali kesempitan wang walau gaji tak seberapa dan jarang buat OT. Dan saya rasa diri saya sentiasa dikelilingi dengan aura positif. 

Tak percaya? Cer buat. Tapi ada syaratnya. Mestilah kena yakin dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Bukan pada bos! Hehe.

InshaaAllah, hidup akan lebih tenang walau badai melanda sekalipun.

" Sesiapa yang mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalan keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan akan Kami berikan balasan dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." - An-Nahl (16: 97)





Khamis, 18 Disember 2014

Cerita Sakit Gigi Dan Banjir Gelombang Kedua

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Cerita 1: Sakit Gigi

Saya dan sakit gigi memang tidak dapat dipisahkan. Dari kecil lagi dah menderita sakit gigi. Nak pergi klinik, takut dan fobia. Kenapa fobia? Ha, ni yang nak cerita ni.

Masa sekolah rendah dulu, sekolah saya ada klinik gigi sendiri. Setiap bulan akan ada pemeriksaan gigi setiap murid. Oleh kerana gigi saya memang rosak dari kecil, saya menjadi agak takut untuk berjumpa dengan jururawat. Setiap kali nampak kad hijau (kad pemeriksaan gigi) hati saya akan berdebar. Takutnya tak usah ceritalah. Sampai tak boleh nak tumpu pada cikgu yang mengajar. Kenapa jadi macam tu? Kenapa saya takut sangat? Sebab jururawat garang dan suka membebel. Betul, tak tipu. Dan ianya memberi kesan psikologi kapada saya sampai sekarang. 

Jadi sekarang, bila saya sakit gigi, saya lebih rela cari ubat kat farmasi daripada berjumpa doktor gigi dan jururawatnya. Dahlah kita ni sakit, ditambah pula dengan layanan yang tak mesra alam. 

Oleh itu, kalau ada jururawat atau doktor gigi yang baca tulisan saya ni, saya harap sangat, layanlah pesakit dengan mesra. Pesakit nak jumpa doktor sebab nak minta diselesaikan masalah penyakit yang dideritai, bukan minta ditambah penyakit yang ada.

Maaf, saya agak kasar. Namun itu hakikat yang saya sendiri tempuhi.

*En.Ayie selalu pujuk saya untuk dapatkan rawatan gigi, namun saya masih fobia. Mungkin tahun depan kot baru berani. Azam tahun baru ni. Terima kasih En.Ayie sayang.

Cerita 2: Banjir Lagi

Banjir gelombang kedua dah mula melanda negeri di Pantai Timur. Banjir kali ni agak besar juga. Air naik dengan cepat. Setiap jam tengok berita, penduduk yang berpindah semakin meningkat. Hujan tak berhenti sejak lima hari yang lalu. Saya sendiri hampir terperangkap ditempat kerja. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, saya sempat pulang ke rumah.

Tapi, sekarang saya ambil cuti bencana. Banyak jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan. Dan laluan saya dari rumah ke tempat kerja memang naik air.

Banjir kali ni mengingatkan saya dengan kejadian banjir tahun 2007. Masa tu saya bertugas di Rantau Panjang. Sebut Rantau Panjang memang tak hairanlah kalau jadi mangsa banjir. Tapi tahun tu memang banjir besar sangat. Saya terperangkap di tempat kerja bersama dua lagi rakan setugas. Dah nak menangis masa tu. Bekalan makanan pun terputus. Hanya kenderaan berat yang boleh lalu. Akhirnya kami diselamatkan oleh trak askar yang dikhususkan untuk membawa penduduk yang terperangkap ke tempat yang lebih selamat. Pertama kali naik trak. Trak askar pula tu. Pengalaman tu dah jadi kenangan manis dalam hidup saya.

Namun, ada yang membuatkan saya kagum dengan penduduk Rantau Panjang. Sepertimana yang kita maklum, penduduk Rantau Panjang adalah peniaga. Walaupun banjir, idea mereka tidak putus dalam mencari rezeki. Banjir di sana dah macam pesta air. Penuh dengan orang yang bermain air banjir serta penuh dengan peniaga yang menjual beraneka makanan seperti kacang, sosej, kuih-muih dan sebagainya. Malah, yang lebih mengagumkan saya, ada perkhidmatan 'lori tambang'. RM2 satu kepala. hehe. Jangan tak percaya. Orang Rantau Panjang memang unik kalau bab meniaga. Mereka boleh meniaga apa sahaja.

Walaupun begitu, saya harap musim-musim banjir ni semua yang terlibat sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Anak-anak kecil perlulah sentiasa dipantau. Kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku. Kesihatan juga perlu dijaga. Musim banjir ni, banyak penyakit. Jadi kepada semua yang terlibat harap semoga tabah menghadapi semua musibah. Akan ada hikmah di sebalik semua kejadian. InshaaAllah.



Bandar Pasir Puteh

Masjid Beijing, Rantau Panjang

Foto: https://www.facebook.com/pages/INFO-BANJIR-KELANTAN/181842055241153

Sabtu, 13 Disember 2014

E-book "Bertanya Allah Dulu" (BAD) by Insyirah Azhar

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Saya mula mengetahui tentang Ebook Bertanya Allah Dulu tulisan saudari Insyirah Azhar melalui guru online saya Pn Anys Idayu Zakaria. 

Bila dapat tahu mengenai ebook terbaru Insyirah Azhar, terus saya klik ke pautan yang berkenaan untuk muat turun ebook tersebut (ebook ini setakat ini diberi percuma, Alhamdulillah). Pertama kali cuba muat turun, tak berjaya. Beberapa hari selepas itu, saya terbaca beberapa status dari rakan FB saya yang sudah berjaya muat turun ebook BAD ini. Saya mencuba sekali lagi dan akhirnya Alhamdulillah saya berjaya muat turun ebook BAD ini.

Saya terus baca selepas berjaya muat turun. Separuh bacaan, saya berhenti. Baca masa kerja,hehe. Selesaikan tugas hakiki dulu. Walaupun hanya separuh bacaan, dalam hati dah mula terdetik. Bagusnya ilham yang Allah kurniakan kepada saudari Insyirah Azhar ni. Saya terus cuba praktik walaupun tak habis baca. Saya cuba je. belum cuba, belum tahu, kan?

Kebetulan saya ada masalah kewangan sikit. Saya perlu membayar roadtax dan insurans kereta bulan ni. Jumlahnya lebih kurang RM600++. Hati sebenarnya sudah tak keruan kerana saya tiada simpanan untuk kereta melainkan bayaran untuk ansuran kereta setiap bulan.

Terus teringat #teknikbad. Saya mula berdoa, "Ya Allah, hanya padaMu tempat hambaMu ini memohon pertolongan. Berikan aku petunjukMu Ya Allah, bagaimana aku harus membayar roadtax dan insurans keretaku ini. Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik penolong Ya Allah."

Selepas itu, saya cerita pada suami saya, En.Ayie (kami tinggal berjauhan atas faktor kerja). En.Ayie cakap, InshaaAllah dia cuba usahakan.

Tarikh tamat makin hampir. Saya hanya pasrah. Saya bagi kad bank pada Abah (saya minta tolong Abah tolong bayarkan) untuk ambil duit untuk bayar roadtax dan insurans. Dalam bank memang ada cukup-cukup je duit. Maknanya, selepas itu simpanan saya akan habis.

Namun, ternyata Allah itu Maha Mendengar. Selepas itu, suami saya telefon mengatakan dia sudah bank-in RM200 ke akaun saya. Syukur Alhamdulillah, sekurang-kurangnya akaun saya masih ada baki. Kemudian Abah balik dan cakap cuma perlu bayar RM300++ saja sebab bayar untuk setengah tahun sahaja. Dua berita baik untuk saya dalam satu masa. Hati rasa macam tak percaya. Terima Kasih Ya Allah telah tanpa pertolonganMu tak mungkin semua ini terjadi.

Kemudian, bila ada saja masa free terus saya khatamkan ebook BAD dan terus praktik.

Oh, ya. Cerita pasal roadtax tak habis kat situ je. Ada lagi sambungannya.He he.

Abah cakap prosesnya tak sempat siap sebelum tarikh tamat roadtax sedia ada. Jadi, saya terpaksa pergi kerja dengan membawa kereta yang roadtaxnya dah tamat tempoh. Sepanjang perjalanan memang akan ada roadblock samada dari polis atau polis trafik. Perjalanan ke tempat kerja saya masih lagi boleh bertenang kerana ada sehari lagi sebelum tarikh tamat. Yang membimbangkan saya adalah perjalanan balik (oleh kerana saya bekerja ikut shif, saya akan berada ditempat kerja sampai habis shif saya).

Sebelum memulakan perjalanan balik, saya dah doa awal-awal supaya perjalanan saya dipermudahkan. Ditakdirkan, hari itu saya menempuh dua sekatan jalan raya. Satu dari polis biasa dan satu lagi polis trafik.

Sekatan yang pertama, semasa saya sampai di tempat sekatan, para pegawai polis baru nak menyusun kon. Jadi sesi pemeriksaan belum bermula. Fuhh, selesai sekatan pertama. Alhamdulillah. 

Sekatan kedua, dengan polis trafik. Sekali lagi, saya bernasib baik dengan pertolongan Allah. Mereka hanya menahan kereta dan pemandu yang melakukan kesalahan trafik seperti memandu melebihi had laju dan memotong doubleline. Syukur,syukur,syukur Ya Allah.

Sebaik sahaja selesai membaca ebook BAD, saya akan praktik 'anytime and anywhere'. Saya juga turut 'invite' sahabat-sahabat kesayangan untuk turut muat turun ebook BAD ini. Saya nak kongsi dengan mereka apa yang saya dapat.

Namun, samada mereka nak muat turun, baca, khatamkan dan praktik apa yang mereka baca, itu di luar kawalan saya. Bak kata salah seorang penulis novel kesayangan saya Hlovate menerusi bukunya yang bertajuk Anthem,
"Hati tu Allah yang pegang. Sama ada untuk bersinar bergilap atau terus jadi hitam gelap."

Dan dalam hal ini juga tanpa disedari, saya turut mempraktikkan BAD. Allah dulu, Allah lagi, Allah terus.

Bagi anda yang berminat nak muat turun ebook BAD ni, ini linknya http://www.teknikbad.com/
** Saya hanya ingin berkongsi, tiada tujuan lain
** Spread the dakwah, utuhkan ukhwah, tonggak pembangunan ummah
** Credit to saudari Insyirah Azhar www.wrthrough.com



Selasa, 9 Disember 2014

Puteriku Sayang

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya nak berkongsi tentang sebuah lagu. Ahaa..mood jiwang. Tak adalah. Cuma bila saya meneliti bait-bait lirik lagu ni, amat terkesan di hati saya. 

Lagu Puteriku Sayang ni sebuah lagu nasyid nyanyian kumpulan Hijjaz. Kalau mereka yang 'sezaman' dengan saya mesti pernah dengar lagu ni. Lagu ni lebih kurang macam nasihat kepada para gadis supaya sentiasa menjaga diri, maruah dan agama. 

Jom kita sama-sama hayati lirik lagu ni. 

Aduhai Puteriku Sayang
Aduhai Puteriku Sayang
Puteriku Sayang

Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
Lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati

Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri

Aduhai Puteriku Sayang
Aduhai Puteriku Sayang
Puteriku Sayang

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan 
Boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri
Yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama
Benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua
Dari dibinasakannya
Wahai Puteriku Sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai Syurga itulah tempatnya

Aduhai Puteriku Sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai Puteriku Sayang
Kau bunga idaman

Jadi, apa pendapat anda semua tentang lagu ni?


Isnin, 8 Disember 2014

Mukjizat Dhuha

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualikum wbt.

Melalui beberapa bahan bacaan, blog-blog inspirasi, perkongsian sahabat-sahabat di fb serta nasihat daripada Mama, saya mula menunaikan solat sunat Dhuha. Solat Dhuha ni selalu dikenali ada kaitan dengan rezeki. Kalau nak dimurahkan rezeki, buatlah solat sunat Dhuha, begitulah yang selalu diperkatakan. Pada mulanya, agak konsisten juga saya lakukan solat Dhuha ni. Kemudian, bila bisikan-bisikan halus menjelma, saya menjadi agak lemah dalam mengawal diri, jadinya jarang-jarang sekali saya tunaikan solat Dhuha. Ada masa buat, tak ada masa (kononnya) maka tak terbuatlah. 

Sehinggalah saya terinpirasi kembali setelah saya membaca sebuah kompilasi cerpen islamik tulisan Hilal Asyraf. Melalui cerita-cerita dalam buku itu, saya merenung kembali dalam diri saya yang sentiasa terumbang-ambing ni. Apa yang kurang? Kenapa usaha saya tidak mendatangkan hasil? Betulkah jalan yang saya pilih? Asyik mempertikai tentang keadaan yang berlaku kadangkala akan membawa kepada sikap putus asa. Mujur Allah masih sayang. Jawapan yang saya nak, Allah jawab dengan cara yang unik. 

Kenapa Allah tak beri apa yang kita nak? Memang banyak sebabnya. Tapi yang paling utama sekali adalah, bagaimana hubungan kita dengan Allah sendiri? Adakah kita menjaga hubungan dengan-Nya? Atau kita terlalu alpa dengan dunia sehingga lupa siapa yang lebih berkuasa? Perlahan-lahan saya menginsafi diri. Saya perlu membaiki hubungan dengan Allah. Lalu, saya memasang nekad untuk mula mendekatiNya dengan lebih dekat. Salah satunya adalah dengan solat sunat Dhuha. Dan tanpa saya sangka-sangka setelah hanya beberapa hari saya melakukan solat Dhuha secara konsisten, saya mula merasai mukjizatnya. Saya kongsi beberapa peristiwa yang saya alami baru-baru ini.

Peristiwa 1
Anak sulung saya, Iman, mengidap Epilepsy. Di samping mendapat rawatan di hospital, saya dan keluarga turut membawa Iman untuk mendapat rawatan alternatif. Salah satunya adalah melalui perubatan Islam. Baru-baru ini, ibu saudara saya ada mencadangkan supaya saya membawa Iman ke Pusat Rawatan Islam Al-Ruqyah. Menurut ibu saudara saya, bekas anak muridnya yang menjadi perawat di situ. Dekat je dengan rumah saya, lebih kurang lima minit saja menaiki kereta. Menurut pengalaman lepas, kalau ke pusat rawatan Islam, mesti ramai orang dan terpaksa menunggu lama. Tapi bila memikirkan Iman, saya kuatkan semangat untuk ke sana. 
Pada hari kejadian, sebelum bertolak, seperti biasa, saya tunaikan solat Dhuha terlebih dahulu. Usai solat, saya berdoa semoga Allah memberi saya kesabaran dan semoga urusan hari itu dipermudahkan. Apabila sampai di pusat rawatan tersebut, perawat berkenaan baru sahaja selesai merawat pesakit dan pusat rawatan itu lengang, tiada langsung pesakit lain. Syukur Alhamdulillah, kami tak perlu menunggu lama dan urusan rawatan selesai setengah jam kemudian.
Walaubagaimanapun, kami harus ke sana sekali lagi untuk rawatan susulan.  Kebetulan terkena hari saya habis kerja shif malam. Saya berjanji dengan Mama untuk ke pusat rawatan sebaik sahaja saya sampai di rumah pagi itu. Sebelum bertolak balik ke rumah, saya sempat menunaikan solat Dhuha. Dan doa saya juga seperti biasa, semoga Allah mempermudahkan semua urusan. Namun, sebaik sampai di rumah, saya rasa penat dan mengantuk. Saya beritahu Mama, saya ingin berehat dahulu dan membawa Iman ke pusat rawatan pada sebelah petang. Selepas Zohor, kami pun bertolak ke pusat rawatan. Dan peristiwa yang sama berlaku seperti semasa kami ke sana pada pertama kali. Perawat berkenaan baru sahaja selesai merawat pesakit dan selepas itu terus giliran kami. Kami meminta maaf kepada perawat itu kerana datang agak lewat, namun jawapan beliau amat mengejutkan saya. Menurut beliau, sekiranya kami datang pada sebelah pagi, kami mungkin terpaksa menunggu lama kerana ramai orang yang datang untuk mendapatkan rawatan pada pagi itu. Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah di atas pertolongan-Nya.

Peristiwa 2
Hari itu, saya bekerja sebelah pagi. Selalunya bila bekerja sebelah pagi, saya agak sibuk tambah lagi kalau hari itu adalah hari bekerja. Kebetulan hari itu ada tugas iringkawal ke klinik. Saya dan rakan-rakan memang sangat tidak suka bila ada iringkawal ke klinik. Sebabnya macam biasalah, bila ke klinik kerajaan, orang ramai dan terpaksa menunggu lama. Kebetulan pula hari itu adalah giliran saya untuk tugas iringkawal. Hati yang mula tidak keruan, saya cuba tenangkan. Saya lihat jam, saya fikir, sempat ni kalau nak solat Dhuha. Cepat-cepat saya ke bilik rehat dan tunaikan solat Dhuha. Selesai solat, saya berdoa moga Allah bagi saya kesabaran, (untuk rekod, saya memang seorang yang kurang kesabaran, hehe). Selepas itu, saya terus ke tempat saya bertugas. Sampai saja di pintu masuk, tiba-tiba 'partner' saya cakap, " Tak pe lah, Kak Fiza. Saya rasa nak jalan-jalan hari ni. Biar saya je yang IK (singkatan untuk iringkawal) hari ni." Saya terdiam seketika sebelum menjawab OK sambil tersenyum lebar. Dalam hati terdetik, agaknya berkat aku solat Dhuha tadi kot. Syukur Alhamdulillah.

Peristiwa 3
Semalam, saya bekerja sebelah malam. Macam biasa, habis kerja, sebelum bertolak balik ke rumah, saya akan solat Dhuha terlebih dahulu. Semasa sedang bersiap untuk balik, perut saya berbunyi. Alamak, lapar lah pulak. Singgah 7-e lah, cari kopi dan roti, saya membuat keputusan. Terus saja saya memandu ke 7-eleven untuk membeli kopi dan roti. Semasa sedang menunggu adik 'cashier' mengira jumlah harga, saya nampak dia kelam-kabut mencari sesuatu di kupon yang ada di sebelah kaunter. Saya tidak bertanya apa-apa, hanya memerhati. Akhirnya, dia sendiri yang menerangkan pada saya, kupon yang ada tu adalah kupon yang orang tak nak ambil. Kebetulan ada lebih, jadi dia guna untuk pelanggan lain yang datang membeli di situ. Tak semena-mena, saya dapat separuh harga untuk kopi yang saya beli tu. Alhamdulillah, rezeki saya. Masuk ke dalam kereta, saya terfikir, inilah agaknya yang dikatakan solat Dhuha adalah solat yang menarik rezeki. Dan Allah dah tunjukkan pada saya Mukjizat Dhuha itu. Syukur Alhamdulillah, terima kasih Allah.

** Tiada niat langsung untuk saya bermegah atau ingin menunjuk-nunjuk yang saya ni rajin buat solat sunat. Saya cuma ingin berkongsi cerita. Semoga kita semua memperoleh sesuatu daripada ceruta-cerita saya di atas. Kalau ada sebarang teguran, saya alu-alukan dengan tangan terbuka. Tapi, janganlah sampai mengguris hati ye. Wallahu'alam.

Sabtu, 29 November 2014

7 Qualities That Allah Loves

Sumber:  Google

Assalamualaikum wbt.

1. Tawbah ( Repentance)
    " For Allah loves those who turn to Him constantly - Al Baqarah (2:222)

2. Taharah ( Purification)
    " Allah loves those who keep themselves pure and clean" - AlBaqarah       (2:222)

3. Taqwa ( Piety)
    " For Allah loves the righteous (the pious)" - Al Tawbah (9:4)

4. Ihsan ( Goodness and Perfection)
    " For Allah loves those who do good" - Ali Imran (3:134)

5. Tawakkal (Trust in Allah)
    " For Allah loves those who put their trust (in Him)" - Ali Imran (3:159)

6. Adl ( Justice)
    " For Allah loves those who judge in equity" - All Ma'idah (5:42)
    " For Allah loves who are fair (and just)" - All Hujurat (49:9)

7. Sabr ( Patience)
    " And Allah loves those who are firm and steadfast (As Sabirin (the              patient))" - Ali Imran (3:146)

Jumaat, 28 November 2014

"Bergelut"

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak berkongsi kisah yang saya lalui sepanjang minggu ni. Saya gagal urus masa dengan baik. Sekali lagi. 

Memang tidak mudah untuk menukar rutin harian. Nampak macam banyak masa, namun semuanya terbuang begitu sahaja. Gara-gara tekanan daripada sekeliling. Bila kita terlalu cuba untuk menjadi yang terbaik dalam segala-galanya. Terlalu cuba untuk puaskan hati semua orang. Terlalu cuba untuk jadikan semuanya sempurna. Akhirnya, kita yang letih sendiri.

Apa akibat daripada semua situasi di atas? Ya, akhirnya ia menjadi tidak terkawal. Kita hilang fokus, menjadi lebih sensitif, lebih beremosi dan menjadi seorang yang pemarah. Penat, stress, serabut akan mula menguasai tubuh badan dan minda. 

Macam mana nak menangani situasi begini? Itulah yang saya sedang "bergelut" ni. Untuk memastikan agar semuanya kembali normal dan teratur. Apa yang saya lakukan? Saya tarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk tenangkan diri. Bila sudah agak tenang, saya akan mula fikir tentang apa yang silap dan bagaimana untuk memperbaiki kesilapan itu. Buat satu-persatu. Cuba untuk menggunakan semua ruang yang ada untuk merungkai semua masalah. Of course, it's better said than done. Tak akan semudah itu untuk selesai semua masalah. saya mengambil sedikit masa untuk cari balik kekuatan dalam diri. Saya masih bergelut.

Namun, kekuatan sebenar datang dariNya. Tanpa kasih sayang dari Ya Rahman, tidak mungkin kita dapat lalui satu-satu keadaan dengan baik. Bila kita berbalik pada Dia, Dia sentiasa ada untuk menolong. Kerana tiada sebaik penolong selain dari Yang Maha Pengasih. Bila terlalu fikirkan dunia, kita akan jadi gila. Jadi, jangan terlalu kejarkan dunia sehingga kita lupa bahawa kita semua akan kembali kepadaNya suatu hari nanti. Tetapi tidak pula kita harus berputus asa dan hanya menunggu malaikat maut datang menjemput. Bekalan dunia akhirat perlulah seimbang. InshaaAllah hidup kita akan lebih bahagia.

Buatlah sesuatu kerana Allah kerana cintaNya kekal selamanya. 

Foto: Dr Bilal Philips collection

Rabu, 26 November 2014

Penularan Penyakit Tibi

Teks: Norafiza Abdul Aziz
Sumber: 
1. Pamphlet Kenali Penyakit Tibi dan Cara-cara Mengeluarkan kahak yang Betul (terbitan Jabatan         Kesihatan negeri Terengganu)
2. Pamphlet Penyakit Tibi: Dapatkan Pengesanan Awal (terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan dan    Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Institut Perubatan    Respitori)

Assalamualaikum wbt.

Pada 10 November 2014 yang lalu, saya telah menghadiri Kursus Kesedaran Tibi anjuran Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (Tibi/ Kusta) Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu. Ceramah disampaikan oleh Dr. Hasnan bin Arwit@Hassan, Pegawai Kesihatan Tibi/Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Jabatan saya telah dijemput untuk menghadiri kursus ini kerana tempat saya bertugas merupakan salah satu tempat yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit tibi ini. Jadi, kursus ini amat berguna untuk kami bagi menangani serangan penyakit berjangkit ini. 

Sebelum menghadiri kursus saya berpendapat bahawa penyakit tibi ini dibawa oleh warga asing masuk ke negara kita. Setelah menghadiri kursus barulah saya sedar bahawa penyakit ini memang ada di negara kita malah seluruh dunia dan statistik di Malaysia terutama di Negeri Terengganu (saya bertugas di Terengganu, jadi saya hanya tahu statistik di Terengganu secara khususnya) menunjukkan bahawa 98% pesakit datangnya dari penduduk tempatan dan yang selebihnya dari warga asing kecuali Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur kerana di negeri-negeri berkenaan terdapat ramai warga asing. Statistik ini agak mengejutkan kerana menyangkakan bahawa kita tidak akan terkena penyakit ini sekiranya tiada kontek dengan pesakit tibi yang disangkakan datangnya dari warga asing. Ternyata apa saya fikirkan adakah salah!

Oleh itu, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengetahuan yang saya dapat tentang penyakit tibi ini dengan para pembaca sekalian.

Apa itu penyakit Tibi?
lebih dikenali dengan penyakit batuk kering. Merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili. Kuman Tibi ini boleh mengjangkiti paru-paru, otak, tulang, kelenjar, kulit dan buah pinggang. Penyakit ini merebak melalui udara bila pesakit Tibi Paru-paru batuk, bersin atau bercakap.

Tanda dan Gejala Tibi

  • batuk berterusan lebih dari 2 minggu
  • kahak yang mengandungi darah
  • demam dan berpeluh lazimnya di sebalah petang dan malam
  • susut berat badan dan hilang selera makan
  • sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • bengkak pada kelenjar terutama pada bahagian leher
  • mudah letih

Cara Mengesan Tibi
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas anda haruslah menjalani pemeriksaan atau ujian seperti berikut
  • ujian kahak
  • x-ray dada
  • ujian tuberkulin (suntikan pada kulit)
  • ujian darah/tisu badan

Cara Merawat Tibi
1. Rawatan DOTS ( Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus) yang disarankan oleh                 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
  • pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan tanpa henti
  • 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
  • pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik
2. Sekiranya pesakit menghentikan rawatan ini sebelum tempoh 6 bulan, pesakit perlu membuat             rawatan ulangan dan rawatan ini memakan masa yang lebih lama iaitu 2 TAHUN. Sama juga bagi     kes yang berulang.
3. Rawatan awal menyelamatkan nyawa. Penyakit Tibi boleh membawa MAUT sekiranya tidak            dirawat.


Langkah Pencegahan

  1. Suntikan BCG untuk bayi baru lahir
  2. Mendapatkan pemeriksaan segera jika batuk berterusan selama 2 minggu dan lebih
  3. Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi perlu membuat pemeriksaan bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan dan juga rawtan segera sekiranya mereka dijangkiti.
  4. Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh diperolehi secara percuma di klinik dan hospital kerajaan.
Antara nasihat yang diberikan oleh doktor bagi mengelak daripada penyakit ini adalah dengan memastikan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi. Di samping itu kita juga perlu memastikan rumah kita mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka tingkap dan pintu. Selain itu, kita juga dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup yang sihat serta makan makanan yang seimbang. HIDUP SIHAT, MASYARAKAT SEJAHTERA.

Isnin, 24 November 2014

Energi dan keajaiban Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt.

Ulasan Buku: Energi dan Keajaiban Surah Al-Fatihah
Penulis: Haji Rahman bin Haji Mohd Adil
Terbitan: Pustaka Azhar


Terjemahan:
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (1)
* Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)
* Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (3)
* Yang menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Hari Akhirat). (4)
* Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon       pertolongan. (5)
* Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6)
* Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Buku ini boleh dikatakan menerangkan secara terperinci mengenai Umul Kitab,  Surah Al-Fatihah. Antara kandunagn yang terdapat didalam buku ini termasuklah sejarah surah Al-Fatihah, fadilat dan keutamaan Surah A-Fatihah, nama-nama lain bagi surah Al-Fatihah, kandungan dan mesej yang terdapat dalam Surah Al-Fatihah, tafsir surah yang diterangkan secara terperinci serta energi dan keajaiban daripada Surah Al-Fatihah.

Pada pendapat saya, penulis buku ini telah melakukan kajian yang terperinci tentang surah yang kita baca  sebanyak 17 kali dalam solat kita. Kerana inilah surah ini juga dikenali dengan nama "As Sab'ul Matsani" yang bermaksud tujuh ayat yang berulang-ulang.

Sedikit sejarah mengenai surah Al-Fatihah.

Al-Fatihah bermaksud "Pembukaan" atau "Permulaan". Dinamakan Al-Fatihah kerana Al-Quranul Karim dimulai dengan surah ini. Surah ini merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap dan mengandungi kesimpulan keseluruhan isi Al-Quran.

Surah Al-Fatihah diturunkan dikala umat manusia memerlukan hidayah. Ayat-ayat yang terkandung dalam surah ini boleh dijadikan sebagai pegangan hidup dan dapat memberi ketenteraman jiwa manusia dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini.

Kandungan surah Al-Fatihah ini dapat disimpulkan terdiri daripada aspek-aspek keimanan, ibadah, Hari Kiamat, hukum-hukum dan peraturan-peraturan, janji dan ancaman dan kisah-kisah ataupun cerita-cerita. 

Antara fadilat membaca surah Al-Fatihah

  1. Boleh menguatkan memori ingatan
  2. Boleh dijadikan sebagai ubat seperti mengubati segala racun dan sengatan binatang
  3. Untuk mengusir dan menakluk syaitan
  4. Membersihkan diri daripada sifat-sifat haiwani
  5. Dapat melahirkan sifat-sifat mahmudah yang cemerlang dan unggul
Banyak lagi kelebihan, kehebatan dan fadilat yang boleh kita perolehi daripada surah Al-Fatihah ini. Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan kefahaman kita tentang Ummul Kitab ini.

Dari hadis Bukhari dan Muslim daripada 'Ubadat bin as-Samit, Rasulullah SAW bersabda,


"Tiada solat kepada mereka yang tidak membaca surah Al-Fatihah"









Ahad, 23 November 2014

Istimewanya ABDR

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Hampir tujuh bulan berlalu sejak saya menyrtai keluarga besar (yang semakin bertambah) Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih dikenali dengan ABDR ni.

Semenjak saya mendaftar dan mula belajar di ABDR, saya dapat ramai kawan baru. 'Follower' kat sini pun dah makin bertambah. Syukur Alhamdulillah.

Terus-terang saya katakan, pada mulanya saya tidak yakin bahawa saya akan mempunyai 'follower' di blog saya. Saya bukan siapa-siapa dan tak punya apa-apa kepakaran atau kemahiran. Atas sebab itulah saya ingin belajar. 

Pada mulanya, saya hanya menulis mengikut 'guideline' yang diberikan oleh sifu saya cikgu Anys Idayu Zakaria. Namun lama-kelamaan, saya semakin yakin untuk menulis dan berkongsi cerita. Syukur sangat saya dipertemukan dengan insan-insan luar biasa di ABDR ni walaupun hanya di alam maya.

Apa yang saya suka sangat tentang ABDR ni? Hah, mari sini nak cerita:
  • Sifu-sifunya terdiri daripada insan baik hati yang InshaaAllah sentiasa ada untuk membantu
  • Jemaahnya terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang seperti jurutera, arkitek, pakar jahitan baju, kraftangan, pakar kecantikan dan kesihatan, juru hias dalaman, penulis tersohor dan ramai lagi yang mempunyai kehebatan dalam bidang masing-masing.
  • Mereka semua ni, sangat la mesra alam. Hulur saja salam persahabatan samada 'add friend di fb' atau 'add di google' pasti akan disambut dengan tangan terbuka. Kenapa senang sangat? Sebab nampak je logo ABDR dah tahu kami dari rumpun yang sama.
  • Yang penting sekali, mereka ni ada AURA POSITIF. Setiap kali rasa 'down', kecewa, putus asa, putus harapan, buat je 'blog walking' kat blog mereka ni. Gerenti boleh 'up' balik semangat yang hilang tu.
  • We didn't know each other, but we support each other. Ukhuwah tetap terjalin walau di mana berada.
  • Dan yang paling best boleh belajar tentang bisnes. Saya dah lama teringin nak belajar berniaga tapi selalu buntu dan tak tahu nak mula. Di ABDR ni lah saya belajar. Dari langkah pertama sampai sekarang cikgu saya tak pernah jemu nak ajar. Siap sediakan produk lagi untuk saya mulakan bisnes online saya sendiri.
Nak join kami? Boleh je. 
PM saja saya di Facebook. Maklumat ada kat sebelah kanan ni ye.
Nak tahu lebih lanjut?
Boleh baca sini



Sabtu, 22 November 2014

Working At Home Moms

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Pernah dengar tentang Working at Home Moms atau ringkasannya WAHM?

Sejujurnya saya juga baru tahu mengenainya. Lebih kurang setahun yang lepas. Sebelum ni tak pernah dengar pun. Selepas membaca beberapa cerita dan pengalaman WAHM ni, terbit rasa kagum dan seronok sehingga saya turut menyimpan cita-cita untuk bergelar WAHM.

Yalah, mana tak seronok. Boleh jadi bos untuk diri sendiri, tak payah nak bersesak dengan "trafic jam" pergi balik kerja,  boleh selesai semua kerja rumah, boleh jaga dan didik anak sendiri (jimat tu, tak payah hantar pada pengasuh atau taska), tak payah mendengar arahan pihak atasan yang kadangkala tak masuk akal dan tak adil (sorry for being skeptical) dan macam-macam lagi.

Dulu-dulu, mak-mak kita hanya suri rumah biasa. Tapi kini, walaupun hanya berada di rumah, kita mampu menjadi suri rumah luar biasa! Mana taknya, semua kerja-kerja di rumah buat sendiri tetapi pada masa yang sama tetap bekerja menjana ekonomi keluarga. Tak ke luar biasa namanya tu.
(psst..encik-encik adam belum tentu mampu buat semua tu, hehe)

Mustahil?
Dunia sekarang ni, hampir tiada benda yang mustahil. Tinggal nak, dengan tak nak saja. Yang penting kita mempunyai kehendak yang kuat, disiplin diri yang tinggi dan semangat yang jitu. InshaaAllah, kita mampu buat semua tu.

Tak pandai?
Boleh belajar. Ramai je yang sudi mengajar. Yang penting, diri kita sendiri. Jangan malu, jangan segan. Nak berjaya, kena usaha. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha yang jitu. Dah buat sungguh-sungguh, doa dan tawakal jangan pula lupa. Kerana hanya dengan bantuan dari Dia, baru kita mampu menghadapi semua dugaan dan rintangan.

Be a happy WAHM. 

Dah sedia nak jadi WAHM? Jom belajar jana pendapatan hanya dari rumah di sini.
Boleh juga baca naskah ini sebagai persediaan bergelar WAHM.




Jumaat, 21 November 2014

Permulaan Hari Baru

Teks: Norafiza Abdul Aziz
Gambar: Koleksi Facebook



Walaupun banjir melanda, tidak boleh leka. Harus sentiasa bersedia, berlatih, usaha yang jitu untuk dapat hasil terbaik. Masih menunggu detik itu. Semoga jemu dan berputus asa tidak menjadi penghalang kejayaan. 

Salam pagi Jumaat. Hari yang penuh rahmat dan berkat. 

...........................................................................................................................................
Miliki buku "Mudahnya Menjemput Rezeki"
RM 25 termasuk pos


Khamis, 20 November 2014

Hilal Asyraf

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Suatu hari di kedai buku. Saya meneliti satu persatu barisan buku-buku di rak yang tersusun di situ. Terteleng-teleng kepala membaca setiap tajuk buku-buku berkenaan. Banyaknya pilihan. Hati sudah tidak keruan. Buku ni menarik, buku tu macam 'best'. Di sana menanti, di sini menunggu. Dah macam tajuk lagu je bunyinya. Sedang berada dalam dilema, mata tiba-tiba terpandang satu buku terbitan Galeri Ilmu yang bertajuk Sinergi tulisan Hilal Asyraf. Tangan terus menarik buku itu keluar dari rak dan mata terus membaca sinopsis buku di bahagian belakang. Novel Islamik rupanya. Ingatkan buku motivasi. Hati berkata sendiri. Kerana selalunya karya terbitan Galeri Ilmu lebih kepada buku yang berkaitan dengan motivasi dan agama. Sedang menimbang-nimbang adakah patut saya membeli buku itu, saya terbaca biodata penulis buku berkenaan. Lulusan Universiti Yarmouk, Jordan. Terus saya teringat anak kakak angkat saya yang juga menuntut di universiti yang sama. Dan tanpa membuang masa saya terus ke kaunter untuk membuat bayaran.

Menerusi Sinergi, saya mengenali Hilal Asyraf. Tulisan beliau menerusi Sinergi amat mengagumkan saya. Daripada Sinergi saya terus mencari buku-buku lain tulisan beliau. Setakat ini saya sudahpun memiliki (saya dan kak long sebenarnya, hehe) beberapa buah buku beliau antaranya Hero, Takdir, Takdir 2, (sedang menunggu buku terakhir trilogi Takdir), Simfoni Cinta (kumpulan cerpen), Kerana Kita Pendosa dan Hidup Penuh Erti (kolaborasi bersama Aiman Azlan, seorang vlogger). Beliau juga merupakan pengasas kepada http://langitilahi.com/. Saya masih belum berpeluang untuk meneroka laman ini. InshaaAllah, saya akan peruntukan sedikit masa untuk itu.

Daripada tulisan-tulisan beliau, telah membuka mata hati saya ke satu fasa yang lebih luas. Terus-terang, saya kagum dengan misi dan visi insan yang bernama Hilal Asyraf ini. Meskipun masih muda (beza 7 tahun dengan saya!) beliau berjaya membuka mata dan minda saya untuk melihat Islam dari kaca mata berbeza.

Tema cerita beliau tidak lari dari persahabatan, cinta juga pengabadian diri yang sepenuhnya kepada Yang Maha Kuasa. Nampak macam tiada apa yang luar biasa, namun setelah kita mula menelusuri satu persatu patah perkataan dan juga jalan cerita di dalam buku itu, kita akan rasa bersemangat dan kadangkala mengusik jiwa. Kisah persahabatan yang diutarakan oleh beliau amat luar biasa saya rasakan. Saya tidak tahu bahawa persahabatan yang membawa kepada cinta dan pengorbanan boleh wujud. Ehem..cinta yang saya maksudkan bukanlah cinta antara kekasih hati, tetapi cinta kepada sahabat sehingga sanggup berbuat apa saja untuk sahabat.  

Sahabat yang terbaik, bukan yang berkata, "sabarlah, sabar." 
Tetapi yang berkata, "Apa masalahmu? Mari aku bantu."
~ Hilal Asyraf, Simfoni Cinta ~

Saya berharap semoga saya mampu untuk menjadi seorang sahabat yang mampu untuk berkata begitu kepada sahabat-sahabat saya. Dan semoga Allah menghadirkan seorang sahabat yang akan sentiasa ada untuk saya. 

Sedikit info tentang Hilal Asyraf:
Nama sebenar beliau Muhammad Hilal Asyraf. Berkelulusan B.A. (hons) dalam bidang Usuluddin, Universiti of Yarmouk, Jordan. Merupakan penulis lebih daripada 20 buah buku 'bestseller' bergenre novel Islamik, buku motivasi dan kumpulan cerpen tarbawi.
(sumber: Cerita Dari Hati, Hidup Penuh Erti; PTS Millennia Sdn. Bhd)






Sabtu, 15 November 2014

Cerita Hari Ini


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Sebelum masa menginjak ke waktu Maghrib petang tadi, awan akhirnya berhenti memuntahkan isinya. Hingga ke saat ini keadaan masih lagi  tenang. Tidak seperti semalam yang agak muram dengan hujan yang mencurah seolah-olah tiada penghujungnya. Tika dan saat ini, saya menemani si kecil dan gemuk Ilham minum susu coklatnya sambil menonton kartun kegemarannya "Hutos" di telefon pintar milik saya. Iman sudahpun lena. Di luar sana, sayup-sayup kedengaran suara "ribbits" bersahut-sahutan. Sedang berpesta menyambut musim tengkujuh barangkali.

Seharian hari ini, saya bersama Abang Iman. Buah hati pertama saya tidak sihat. Epilepsynya menyerang agak kerap. Sejuk barangkali. Dalam situasi begini, Abang Iman tidak boleh bersendirian. Sawan boleh menyerang bila-bila masa saja. Jadi saya hanya menemani Iman sahaja hari ini. Nasib baik tiada lagi serangan sawan selepas pagi tadi. Kebetulan hari ini "off day". Esok sudah kerja balik. Terpaksa berpisah dengan Iman dan Ilham untuk seketika. Memenuhi tuntutan tugas, mencari rezeki di muka bumi Allah yang luas ini. Begitu juga dengan En. Ayie. Tak mengapa. Ini bahagian kami. Di luar sana, masih ramai yang mrnghadapi situasi yang lebih perit daripada kami. Bersyukurlah dengan setiap rezeki pemberian Ya Razzaq. 

Semoga matahari akan muncul esok dengan sinaran meganya. Memberi harapan kepada seluruh umat untuk menjalani kehidupan sementara di dunia. Namun, sekiranya tiada mentari yang muncul, titisan hujan juga adalah rahmat. Rahmat Yang Maha Kuasa yang tiada taranya. Syukur Alhamdulillah



Ilham, budak manja yang suka mengacau Abang
Imannya.
Buah hati, pengarang jantung
IMAN (baju kuning) & ILHAM (baju kelabu)





.................................................................................................................................................
Ketahui rahsia memikat hati pelanggan.
Miliki e-book "RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN USAHAWAN ONLINE"
Tempah sekarang dengan harga promosi RM30. Harga akan kembali kepada asal tidak lama lagi.

Khamis, 13 November 2014

Di malam yang sunyi...

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Kreet! Kedengaran bunyi pintu terbuka.
"Eh, Mira. Kau dengar tak bunyi tu? Macam ada orang buka pintu," tanya Hana kepada rakan sebiliknya.
"Yelah, aku pun dengar. Siapa yang buka pintu? Mana ada orang lain dalam rumah ni. Kita berdua je," jawab Mira kehairanan.
Mereka saling berpandangan. Muka masing-masing sudahpun bertukar warna dari merah ke putih. Tanpa sedar, mereka sudahpun berada dalam pelukan masing-masing.
Dengan suara yang menggeletar dan nada yang ketakutan, Hana berkata,"Mira, malam ni, malam Jumaat."
"Hah?!" Dan muka Mira yang sudah putih terus bertukar menjadi kuning akibat ketakutan yang amat sangat.

Senario di atas sangat biasa dalam kehidupan harian kita. Tidak kira bangsa atau agama, cerita-cerita begini walaupun menaikkan bulu roma, degupan jantung semakin laju namun akan sentiasa ada pencerita dan pendengarnya.

Saya seorang yang agak penakut. Mendengar cerita-cerita seram akan membuatkan saya tak senang duduk malah kadangkala boleh menyebabkan saya tidak mampu bergerak untuk beberapa saat. Ketika sedang menulis ni, boleh nampak bulu roma saya tegak berdiri, hehe. Memang saja nak menakutkan diri sendiri.

Dalam tiga tahun kebelakangan ini, saya telah mengalami transformasi cara berfikir. Daripada selalu berfikiran sempit (narrow minded), saya mula berfikir di luar kotak. Saya mula mendalami ilmu-ilmu akhirat walau secara berdikit-dikit. Mula menyerap tenaga positif ke dalam diri. Bukanlah bertujuan untuk berasa riak atau nak berlagak. Ilmu, memang tak akan habis untuk dipelajari.

Suatu hari, saya tiba-tiba terfikir tentang cerita seram dan solat tahajud. Apa persamaan antara keduanya? Ya, kedua-duanya ada kaitan dengan waktu malam atau lebih tepat lagi waktu melepasi tengah malam.

Sebagaimana yang kita tahu, solat sunat tahajud dilakukan pada  dua pertiga malam (seafdalnya). banyak kelebihan melakukan solat tahajud ni. Antaranya :





  • mendapat pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya
  • dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin
  • percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana
  • dimudahkan hisab keatasnya
  • mendapat catatan amal dari tangan kanan
  • doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT
  • (sumber: Solat fardhu dan Himpunan Solat Sunat, Pustaka Ilmuan, m/s 238)
Malah saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa molekul air pada waktu itu adalah sangat baik untuk badan kita. Hal ini kerana ramainya malaikat yang turun untuk mengaminkan doa orang-orang yang bertahajud. Wallahua'lam. (Betulkan saya kalau saya salah).

Namun, apa yang terjadi kepada masyarakat kita adalah sebaliknya. Kita banyak dimomokkan dengan cerita-cerita hantu malah cerita-cerita demikian diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Pelbagai cerita dari pelbagai sumber sering diperdengarkan kepada kita. Bagi mereka yang penakut (macam saya), setelah mendengar cerita sedemikian, amat payah untuk melangkah ke bilik air dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat malam. Langkah menjadi kaku. Perasaan takut dan seram mengatasi segala-galanya. Selalunya memang tidak terbangun walaupun malam itu kita sukar melelapkan mata. Akhirnya peluang yang ada disia-siakan begitu sahaja. Alangkah ruginya.

Oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita menyedari yang mana lebih memberi manfaat untuk kita. Sebarkanlah yang baik-baik kepada generasi muda yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang. Hapuskanlah segala sikap dan fikiran lapuk yang boleh merosakkan bangsa lebih-lebih lagi kepada orang-orang Islam.

Marilah kita sama-sama tegakkan syiar Islam di mata dunia sekaligus mengekang anasir-anasir jahat dari merosakkan iman dan akidah kita sebagai seorang Muslim.

"Hendaklah kamu melaksanakan qiamullail. Sesungguhnya qiamullail itu alat mendekatkan diri kepada Allah, pencegah dari dosa, penghapus bagi kejahatan dan penolak penyakit dari jasad"
- riwayat At-Tirmidzi

#just sharing my thought
#saya sendiri masih berusaha ke arah itu

Rabu, 12 November 2014

Words of the day


Sumber: Facebook

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi. Sedikit perkongsian untuk pagi ini.


#semoga bermanfaat

Isnin, 10 November 2014

Musim Bah Dah Tiba

Teks: Norafiza Abdul Aziz
Foto: Google

Assalamualaikum wbt.

"I love the rain, I love you"

Ini adalah petikan lagu runut bunyi bagi drama Korea yang saya tonton baru-baru ini. Tajuknya, Love Rain. Maaf, saya bukan nak bercerita tentang drama ni, tapi tajuk drama tu ada kaitan dengan entri kali ni. Kebetulan, hehe.




Saya memang suka hujan. Sebab sejuk. Saya suka sangat dengan bau rumput lepas hujan. Rasa segar je. Saya juga suka jalan-jalan dalam hujan. Bukan main hujan ye, jalan-jalan je sambil berpayung. Tapi tak boleh buat selalu, maklumlah air hujan sekarang ni selalunya berasid. Kalau demam alamatnya habis satu rumah berjangkit. Anak-anak la kesian. Jadi, aktiviti berjalan dalam hujan ni tak boleh buat selalu. Banyak keburukan dari kelebihannya.

Akhirnya, musim bah dah tiba. Hampir setiap hari hujan turun membasahi bumi. Negeri-negeri di sebelah utara dan pantai timur dalam keadaan berjaga-jaga. Banjir akan berlaku bila-bila masa je. Dah musim dia. Apa yang perlu kita buat, bersedia menghadapinya. Dah boleh mula simpan stok makanan dan stok penyangkut baju, hehe.

Saya sedikit risau bila musim bah tiba. Perjalanan saya ke tempat kerja akan menjadi lebih panjang, lebih sukar dan lebih mencabar. Sebab perjalanan saya meliputi kawasan-kawasan banjir. Saya harap tahun ni tiada banjir besar yang berlaku. 

Bercerita tentang musim tengkujuh ni, saya teringat semasa kecil. Dulu, saya tinggal di kuarters kerajaan berhampiran dengan pantai. Bila musim banjir tiba, rumah kami akan dinaiki air. Kalau setakat buku lali tu, dah jadi perkara biasa. Di bahagian garaj kereta akan bertukar menjadi kolam ikan. Betul, banyak ikan yang kelihatan. Memang teruja bila tengok ikan yang banyak kat depan rumah. Tapi, bila air dah makin naik, terpaksalah pindah. Kami tak duduk kat pusat pemindahan, tapi menumpang di rumah sewa datuk saudara yang kebetulan berhampiran dengan rumah. Oleh kerana kedudukan rumah sewa datuk saudara berada di kawasan yang agak tinggi, jadi selamatlah dari dinaiki air. Nak dijadikan cerita, rumah sewa tu masih lagi dalam proses pembikinan dan belum siap sepenuhnya. Bekalan elektrik pun tak ada. Jadi, sepanjang berada di sana, Abah akan memasang lampu minyak gas supaya kami tidak kegelapan. Mujurlah banjir tak lama. Lebih kurang empat hari dah boleh balik rumah sendiri. Walaupun keadaan rumah agak teruk akibat banjir, tapi tak ada tempat yang lebih yang selesa dari rumah sendiri. Betul tak?

Dah dua hari hujan tak turun di kawasan tempat tinggal saya. Harapnya, esok juga tidak hujan. Esok hari 'off' saya. Tengok di sudut bilik, bakul dah penuh dengan pakaian menunggu untuk dicuci. Walaupun saya suka hujan namun saya masih perlukan matahari untuk terus menyinar dengan cahayanya yang terang untuk mengeringkan baju-baju saya.



Yours Truly,
Fiza Aziz







Jumaat, 7 November 2014

Apa dah jadi?

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Sudah hampir sebulan rasanya saya tidak menulis di blog ini selain catatan sempena Maal Hijrah baru-baru ini. Apa yang dah terjadi pada saya sebenarnya?

Saya hilang fokus. Saya betul-betul rasa macam tidak bermaya. Dalam masa sebulan ni, saya hanya menjalani kehidupan biasa bagai orang yang tiada cita-cita. Hanya hidup dengan rutin harian yang tiada warna, tiada rasa. Banyak yang saya ingin coretkan di sini. Namun semuanya terhenti separuh jalan. Tiada semangat langsung untuk menulis. Rasa macam hipokrit pun ada. Bila kita tulis tentang sesuatu, untuk memberi motivasi juga pandangan namun diri sendiri tidak mampu membuatnya. Mengapa jadi begitu? Saya sendiri masih mencari jawapan untuk itu.

Apa yang saya buat sepanjang tempoh kemurungan tu? Hehe. Saya tengok drama Korea. Genre drama pilihan saya sudah tentulah romantik komedi. Yalah, sudahlah kita sedang kemurungan, takkan nak tengok cerita sedih pulak. Tambah murung dan sedihlah jawabnya. Menonton drama adalah satu terapi untuk saya. Bila 'stress' dan tiada semangat saya suka menonton drama komedi. Ternyata berkesan untuk saya. Cuma satu je keburukannya. Saya boleh jadi ketagih untuk menonton. Lepas satu drama ke satu drama. Tak boleh berhenti. Hehe.

Satu persamaan antara membaca buku dan menonton drama adalah kita boleh mengembara. Melalui buku dan drama kita akan di bawa ke merata tempat yang tidak pernah kita pergi atau tahu akan kewujudan tempat itu. Malah kita juga boleh mengembara ke alam fantasi mengikut penceritaan penulis buku atau penulis skrip. Contohnya seperti Harry Potter. Saya boleh mengadap buku tu sampai saya rasa saya adalah salah seorang pelajar di Hogwarts! Memang seronok mengembara melalui buku dan drama ni. Maklumlah, nak pergi melancong sendiri, banyak pula halangannya. Jadi mengembara melalui buku dan menonton drama sajalah.

Walau apapun yang berlaku, selagi nyawa dikandung badan, hidup perlu diteruskan. Saya harap saya akan kembali bersemangat sepenuhnya tak lama lagi. Semoga Allah terus memberi saya kekuatan dan kesabaran kepada saya untuk meneruskan perjuangan. Dan juga semoga saya akan terus memperoleh idea-idea yang lebih segar untuk dicoretkan di sini.

Terima kasih kepada para pembaca yang telah mengunjungi blog saya walaupun tuan yang empunya blog tidak aktif untuk seketika. Andalah yang telah menyuntik semangat saya untuk terus bangkit menentang virus-virus negatif yang mula menular dalam diri dan fikiran saya. Doakan saya ya.



Sabtu, 25 Oktober 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1436. Setahun sudah berlalu. Bermacam perkara yang sudah kita lalui sepanjang tahun 1435H. Banyak suka duka yang terjadi sepanjang tahun lalu. Semoga apa yang sudah kita harungi dapat mematangkan lagi diri kita. Apa yang baik dijadikan tauladan, kesilapan yang lalu dapat dijadikan iktibar. Jom kita buka buku baru dengan azam untuk memperbaiki semua kelemahan diri dan menuju ke arah masa depan yang lebih indah. InshaaAllah.

Saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis. Banyak halangan yang tidak mampu saya elakkan. Justeru itu, saya tidak dapat meluangkan masa untuk update blog ini. Namun, saya akan cuba untuk mengatasi semua ujian ini. Banyak yang ingin saya kongsikan dalam blog ini sebenarnya. Semoga saya terus di beri kekuatan untuk terus berkongsi di sini. Inshaaallah. Doakan yang terbaik untuk saya ya. 

Hijrah ke arah yang lebih baik, menuju Jannah.




Yours Truly,
FizaAziz

Ahad, 5 Oktober 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha 1435H

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua Muslimin dan Muslimat. Malam Raya yang syahdu ni, saya masih bertugas, melaksanakan amanah, berkhidmat untuk negara. InshaaAllah, esok pagi saya akan pulang ke pangkuan keluarga untuk menyambut hari raya bersama (macam lah dah lama tak balik, he he). 

Aidiladha juga dikenali dengan nama Hari Raya Haji. Pada saat ini, berjuta-juta umat Islam sedang berkumpul. Mereka telah dijemput oleh Yang Maha Kuasa ke Tanah Haram, Mekah untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan Ibadat Haji. Semoga mereka semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam beribadah seterusnya mendapat haji yang mabrur. InshaaAllah. Dan bagi kita yang belum lagi diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji, diharap semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki agar kita juga dapat bergelar Haji dan Hajah tidak lama lagi. 


Selain Aidiladha dan Hari Raya Haji, nama lain bagi perayaan ini ialah Hari Raya Korban. Kita digalakkan untuk melakukan ibadat korban di hari raya ini. Samada nak mengorbankan lembu, kambing atau unta, terpulang kepada kemampuan masing-masing. 

Akhir kata, selamat menyambut Aidiladha, selamat menunaikan Haji kepada tetamu-tetamu Allah serta selamat menjalani ibadat korban. Semoga semua amal ibadat kita diterima oleh Yang Maha Esa.





Sabtu, 4 Oktober 2014

Doa Pilihan

Foto: www.drbilalphilips.com





 May Allah grant all our wishes. Amin.
Enough said.

Khamis, 2 Oktober 2014

7 Tips Success Dalam Jualan-Brian Tracy

Sumber: Majalah AO Tribe Edisi #4 Ogos
Foto: Google

Assalamualaikum wbt.

Brian Tracy merupakan seorang pakar dalam bidang jualan dan pembangunan diri. Beliau telah menulis buku bertajuk 'Unlimited Sales Success' dan telah berkongsi 7 tips untuk meningkatkan hasil jualan.

  1. Bersikap serius dengan kerja anda- tetapkan matlamat dan mula mengorak langkah.
  2. Kenalpasti kelemahan kemahiran diri yang menghadkan sukses jualan.
  3. Berhati-hati dalam memilih kawan- pilihlah kawan dengan orang yang berjaya dan sentiasa bersikap optimis.
  4. Keputusan untuk hidup lama- jaga diri, jaga makan dan jaga kesihatan.
  5. Berlatih visualisasi secara kreatif- minda separa sedar akan memprogramkan visual anda dan dijadikan tindakan luaran diri dan selari dengan tindakan dalaman diri.
  6. Berlatih bercakap dengan diri sendiri secara positif- kata-kata yang paling hebat di dunia adalah kata-kata yang anda ucapkan kepada diri sendiri. 
  7. Bersedia bertindak dan terus bertindak- menjadi seorang yang aktif dalam mengambil tindakan dan bertindak dengan segera.









Rabu, 1 Oktober 2014

Fake It Until You Make It

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.



Setuju tak dengan ungkapan di atas? Saya sangat setuju. Kerana saya sendiri melalui situasi tersebut.

Setiap orang inginkan kejayaan. Hampir semua orang mempunyai matlamat masing-masing. Namun, bagaimana caranya untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan? Agak-agak berapa ramai orang yang telah mencapai matlamat mereka dan berapa ramai pula yang telah tersasar dari tujuan utama mereka?

Sudah lumrah hidup kita akan sentiasa mempunyai cabaran. Dalam usaha kita untuk mencapai cita-cita dan matlamat, banyak dugaan dan godaan yang harus kita tempuhi. 'Monday blues' la, 'Tuesday blues' la, malah ada yang dari Monday sampai la ke Sunday asyik layan 'blues' je memanjang. Itu belum lagi nak di kira godaan nafsu sendiri, gangguan dari sekeliling dan termasuklah bisikan dari iblis yang sentiasa menghasut kita serta melumpuhkan semangat kita untuk berusaha mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.

Di sinilah 'keterpaksaan' itu harus diterapkan dalam diri. Kadangkala (dalam kes saya, setiap hari) kita perlu untuk memaksa diri kita untuk melaksanakan satu-satu kerja, bukan separuh jalan, tapi sehingga selesai.

Sebagai contoh, kita telah tetapkan satu matlamat untuk membaca Al-Quran dua muka surat beserta dengan terjemahan setiap hari. Waktu yang paling sesuai untuk membaca Al-Quran adalah selepas solat. Pernahkah anda mengalami situasi di mana sebelum solat, anda sudahpun memasang niat untuk membaca Al-Quran. Namun, di tengah-tengah solat, tiba-tiba terasa macam letih, mengantuk dan malas. Usai solat, anda berdoa dan semasa sedang berdoa anda terpandang katil di sebelah. Dan tiba-tiba katil itu nampak begitu indah bersinar-sinar, nyaman dan selesa di mata anda. Hati mula berbelah bagi, mata mula berair, mulut juga tak berhenti menguap. Katil di sebelah kiri, meja di mana terletaknya Kitab Suci di sebelah kanan. Agak-agak arah mana yang akan anda pilih? Selalunya yang terjadi dari Subuh tangguh ke Zohor hingga Asar seterusnya Maghrib membawa ke Isyak akhirnya matlamat jadi angan-angan saja.

Jadi, 'terpaksa' itu sangat perlu dalam diri kita. Kita harus memaksa diri untuk melawan setiap godaan nafsu dan bisikan halus syaitan supaya matlamat yang telah kita tetapkan dapat dicapai. Hulurkan tangan kanan anda, capailah 'Ayat-ayat Cinta' Allah itu, bacalah. Gagahkan diri walau mata semakin kabur, walau mulut yang menguap kalau nak diukur sudah seluas padang bola, walau suara semakin serak. Paksa diri sendiri, disiplinkan diri, istiqamah. InshaaAllah, lambat laun anda akan berjaya

Oleh itu, apabila anda sudah tetapkan sesuatu matlamat, setkan minda, paksa diri, disiplinkan diri, sentiasa istiqamah, amalkan setiap hari. Sehingga otak anda secara otomatik akan diset untuk melakukannya sehingga matlamat anda tercapai.

Akan tetapi, jangan pula berhenti apabila matlamat sudah dicapai kerana setiap satu matlamat yang berjaya kita capai adalah satu permulaan kepada matlamat yang baru.

Fake it until you make it.




Selasa, 30 September 2014

Semangat Pagi Selasa

Teks: Norafiza Abdul Aziz
Foto: Google




Assalamualaikum wbt. Rasanya macam dah lama tak update blog sebelah pagi. Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan untuk mencuri masa seketika untuk mencoret sesuatu di sini.

Selalunya, waktu pagi adalah waktu kerja saya. Tak kira samada di rumah atau di tempat bertugas. Saya suka memulakan kerja waktu pagi sebab saya hanya rajin di waktu pagi sahaja. Hehe. 

Hari ni, saya bertugas shif pagi. Keadaan agak sibuk pada awalnya. Maklumlah, waktu pertukaran shif. Serah tugas, ambil alih tugas. Namun sekarang, dan lengang terus. 

Semoga saya (dan juga anda) akan terus istiqamah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita. Dan semoga semua urusan kita dipermudahkan oleh-Nya. Rabbi yassir wala tuassir. 

Kekal positif dan ceria hari ni, OK.

Ahad, 28 September 2014

Bagaimana Blog Boleh Membantu Bisnes Anda

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Zaman "Information Technology" (IT) sekarang ni, semuanya nak mudah. Semuanya hanya di hujung jari, di atas kerusi, di atas katil, di dalam kereta atau di mana saja anda berada. Hanya dengan beberapa geseran jari di skrin sesentuh, anda boleh membeli beg tangan idaman, biskut, coklat, pakaian malah 'frozen foods' pun boleh. Begitu juga untuk menimba ilmu. Sekarang ni, anda boleh ikuti kelas bahasa, belajar menjahit, belajar lilit tudung dan macam-macam lagi tanpa perlu keluar rumah. Pendek kata, hampir semuanya boleh didapati hanya melalui internet.

Salah satu daripada sumber informasi yang sangat mudah adalah melalui BLOG. Apa yang menarik tentang blog ni? Sehinggakan ramai orang berlumba-lumba untuk menghasilkan blog sendiri? 






Blog merupakan salah satu medium informasi yang sangat berguna. Taip sahaja tajuk yang anda inginkan di enjin carian contohnya di Google dan berderet blog dan laman sesawang akan menyapu pandangan mata berkaitan dengan tajuk yang anda inginkan. Sangat mudah bukan? Inilah yang dikatakan maklumat di hujung jari.

Hampir semua orang sudahpun memiliki blog sendiri dan pelbagai topik yang dibicarakan mengikut kehendak dan kepakaran masing-masing. Pakar-pakar motivasi, usahawan, ahli politik, agamawan, selebriti serta ramai lagi memiliki blog mereka sendiri. Kenapa agaknya mereka memilih untuk menulis blog? Antara beberapa sebabnya adalah:
  1. Dapat menyalurkan maklumat atau berita dengan lebih pantas kerana hampir semua orang di seluruh dunia menggunakan internet 
  2. Sebagai tempat untuk berkongsi idea, pengalaman, kemahiran dan minat serta bertukar pandangan tanpa kekangan masa dan tempat kerana internet boleh dilayri di mana saja
  3. Informasi yang dikongsi di facebook dan twitter selalunya agak pendek dan banyak 'distraction' sebaliknya blog adalah medium peribadi di mana kita boleh menulis dengan lebih terperinci serta panjang lebar tentang apa yang ingin disampaikan
Bagaimana pula blog boleh membantu dalam bisnes anda? 

Melalui penulisan dan perkongsian anda secara terperinci di blog, pelanggan atau bakal pelanggan anda akan lebih berpuas hati dengan maklumat yang di beri dengan  syarat apa yang anda tulis memberi informasi yang secukupnya dan menepati kehendak mereka.

Cuba letakkan diri anda sebagai pengguna/pelanggan. Apa yang anda inginkan daripada sesebuah syarikat atau perkhidmatan jualan sesuatu produk? Kita pasti ingin tahu dengan lebih lanjut serta terperinci maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di samping itu juga, kita mahu tahu mengenai harga, kelebihan produk atau perkhidmatan, keistimewaan yang diperolehi serta bagaimana ia memberi manfaat kepada kita. Dengan perkataan yang lebih mudah, kita inginkan perkhidmatan terbaik, layanan yang mesra, urusan yang cepat dan mudah.


Sekiranya anda adalah seorang usahawan, anda boleh melakukannya melalui hanya melalui blog. Antara keistimewaan mempunyai blog untuk mempromosi produk/perkhidmatan adalah melalui jaringan antara blogger yang boleh membantu menarik trafik ke blog anda dan sekaligus blog anda akan dikunjungi oleh bakal pelanggan. 

Kesimpulannya, blog merupakan satu strategi pemasaran yang sangat berkesan terutamanya untuk usahawan online.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom belajar bina blog.