Sabtu, 24 Mei 2014

Buku Pilihan

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Ulasan Buku
Tajuk buku: Rich Dad, Poor Dad ( Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: Robert T. Kiyosaki

Buku motivasi bisnes ini memperihalkan tentang kehidupan penulis sebelum berjaya dan juga bagaimana beliau belajar selok-belok perniagaan sehingga berada di kedudukan seperti sekarang.

'Poor Dad' merujuk kepada bapa kandung penulis yang berpelajaran tinggi serta menjawat jawatan pensyarah di sebuah universiti tempatan. Walaupun beliau mempunyai PhD serta kerjaya dengan gaji yang stabil, beliau tetap dibebani hutang yang banyak sehingga pencen.

Manakala 'Rich Dad' pula merupakan bapa kepada kawan penulis yang belajar sehingga tingkatan tiga tetapi berjaya dalam bisnes dan disegani ramai. Kagum dengan pencapaian dan kejayaan 'Rich Dad', penulis mula belajar tentang bisnes daripada beliau sehingga penulis kini merupakan salah seorang dari ahli perniagaan yang berjaya.

Rahsia kejayaan 'Rich Dad' ialah pendidikan kewangan. Untuk berjaya dalam satu-satu perniagaan, seseorang perlu mempunyai ilmu dalam bidang kewangan. Hal ini penting supaya kita dapat mentadbir hidup kita dengan lebih baik Dan teratur serta bebas daripada belenggu hutang.

Memetik kata-kata penulis daripada buku ini,

"Sekiranya hendak menjadi kaya, kamu perlu ada ilmu berkaitan WANG Dan KEWANGAN."

Penulis juga ada mengatakan " Ramai orang memilih untuk bertahan dengan kerja mereka kerana takut tidak dapat membayar bail, takut tidak mempunyai wang yang cukup, takut dipecat dan takut sekiranya mereka perlu bermula dari bawah".

Pada pendapat saya, buku ini sangat baik untuk mereka yang masih lagi takut untuk bermula. Penulis mengajar kita untuk berfikir di luar kotak dan keluar dari zon selesa.

Kita perlu berani meneroka peluang-peluang baru dan harus mengubah cara kita berfikir untuk masa depan yang bebas hutang. Jom, ubah diri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan