Isnin, 9 Jun 2014

Ada Hikmahnya

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, pagi yang indah dan damai. Syukur masih punya kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan. Semoga mendapat keredhaan Yang Maha Kuasa.

Setiap orang mempunyai cerita tersendiri. Warni-warni kehidupan yang kadangkala penuh dengan warna pelangi yang ceria dan menyenangkan. Namun sekali sekala datang juga warna hitam dan kelabu ingin menyelit.

Walau apapun cubaan, dugaan, cabaran yang datang tabahlah mengharunginya. Itu tanda Allah sayang.

Bila senang, ingat Allah, ucaplah Alhamdulillah
Bila susah, ingat Allah, beristighfarlah, ucaplah Astaghfirullah


    Hidup tidak selalunya indah,
    Langit tak selalu cerah,
    Suram malam tak berbintang,
    Itulah lukisan alam,
    Begitu aturan Tuhan.
    ( Lukisan Alam : Hijjaz )

*notetoself*
*notetoeveryoneicare*
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan