Rabu, 25 Jun 2014

Buku Pilihan : Bersyukur Saat Diuji

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Ulasan Buku
Tajuk : Bersyukur Saat Diuji
Penulis : Prof. Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd

" Apakah sebenarnya yang dikatakan ujian buat manusia?
  Apakah tahap kemampuan yang dikehendaki apabila menghadapi ujian?
  Apakah kemudahan yang bakal diperolehi di sebalik kesusahan dan kesulitan?"
  - Prof Muhd Kamil Ibrahim

Sebuah buku motivasi yang sangat menyentuh hati (bagi mereka yang mengerti ). Menyentuh tentang ujian-ujian yang biasa dihadapi oleh kita semua. Ujian harta benda, pangkat, kuasa, suami isteri, ibu bapa, anak dan banyak lagi yang selalu hadir dalam hidup setiap insan di muka bumi ini. Penulis ternyata sangat jujur dalam setiap tulisannnya. Kadang-kadang nampak macam persoalan yang remeh bagi kita namun sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan kita.

Saya secara peribadi, menitiskan air mata semasa membaca buku ini kerana terasa setiap tulisan dan cerita Prof Muhd Kamil Ibrahim sangat dekat dihati. Kita menghadapi pelbagai ujian setiap hari, tetapi apa tindakan kita dalam menangani setiap ujian yang datang? Kebanyakan dari kita (termasuk saya sendiri ) akan merasa sedih, kecewa dan marah apabila menghadapi dugaan yang tiba-tiba hadir tanpa diundang. Adakah dengan perasaan negatif begitu akan menyelesaikan masalah kita? Sudah tentu tidak.

Bagi anda yang sedang menghadapi masalah, fikiran berkecamuk, hati sentiasa tidak tenteram dan selalu kecewa dalam hidup, saya amat menyarankan agar anda membaca buku ini. InshaaAllah, buku ini dapat memberi manfaat untuk kita dalam menghadapi ujian hidup ini. 

Sebuah cerita kehidupan yang sangat sinonim dengan kita, nampak ringkas namun sangat terkesan dihati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan