Ahad, 3 Ogos 2014

Demam SRK

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Dilwale Dulhaniya Le Jayenge.

Wah, tetiba je kan. Musim-musim raya ni cakap pasal filem Bollywood pulak. Peminat Filem Bollywood terutama peminat SRK (Shah Rukh Khan) tahu sangat dengan filem ni. Mana tidaknya, Filem ni dah di ulang tayang untuk kali ke berapa ratus pun tak tahu. Skrip, jalan cerita, lirik lagu, lenggok tarian, semua dah hafal. Haha. Dan saya merupakan salah seorang peminat SRK.

Seperti mana yang kita tahu, Filem-filem Bollywood sangat klise. Selalunya tema filem cinta Bollywood, konfliknya mesti tentang cinta terhalang dan tidak direstui keluarga, perbezaan darjat dan yang sewaktu dengannya. Umum mengetahui, masyarakat India amat menitikberatkan hubungan keluarga. Sebab itulah mereka boleh tinggal beramai-ramai dalam sebuah rumah!

Apa yang menarik perhatian saya tentang filem ini adalah bagaimana Raj (lakonan SRK) berusaha untuk menambat hati ayah Simran (lakonan kajol) untuk merestui hubungan mereka. Walaupun Simran sanggup untuk kahwin lari daripada terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarganya, Raj tetap berkeras untuk mendapat restu daripada ayah Simran.

Filem ini mengajar kita tentang pentingnya restu keluarga terutama ibubapa dalam sesebuah hubungan. Tanpa restu dari keluarga, mustahil untuk kita mengecap kebahagian. Mungkin ada tapi hanya untuk seketika. Tanpa doa dan restu dari ibubapa pasti sesebuah hubungan itu akan bermasalah. Hati pun akan sentiasa gelisah. Bagaimana nak bahagia?

Memetik kata-kata Raj sewaktu ibu Simran menyuruh dia membawa Simran lari dari kampung, " Memilih untuk melarikan diri memang mudah, namun bahagia hanya pada permulaan. Tetapi sekiranya kita memilih jalan sukar dan berusaha sebaik mungkin untuk mengatasinya, pasti bahagia akan datang jua akhirnya."

Moral yang kita dapat dari cerita ini, mohonlah doa restu dari orang tua kita sentiasa kerana didalamnya terdapat keberkatan. Wallahua'lam.

#sayang abahmama duniaakhirat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan