Rabu, 4 Februari 2015

Cerita Hari Ini


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Apa yang berlaku setiap hari akan menjadi kenangan dan pengalaman yang berharga dalam hidup.

Di sini, pada saat ini, kami berkongsi satu bilik rehat kecil untuk berteduh. Di bilik inilah kami tidur bersama, makan bersama, berkongsi cerita, bersenda gurau dan juga bergossip. Kadangkala, bila penghuninya ramai, maka berhimpitlah kami untuk sedikit ruang merehatkan badan. Namun, bila tiada penghuni, bilik itu terasa kosong dan sepi.

Semenjak bermusafir hampir tiga tahun di daerah ini, banyak mengajar saya erti hidup. Melihat mereka yang terkurung di sebalik jeriji besi, menyedarkan saya betapa bertuahnya hidup saya. Mengajar saya erti bersyukur.

# Bersyukur di atas kehidupan yang lebih baik dari mereka

# Bersyukur diberi akal yang boleh membezakan baik buruk sesuatu perkara

# Bersyukur atas semua nikmat yang Allah anugerahkan

# Bersyukur atas semua kesenangan, harta benda dan kesihatan yang baik

# Bersyukur kerana Allah masih sayang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan