Sabtu, 16 Mei 2015

Keprihatinan Seorang Guru

Assalamualaikum wbt.

Semoga sentiasa berada di bawah rahmat Yang Maha Penyayang.

Sempena Hari Guru ni nak cerita sikit pasal cikgu saya dolu-dolu. Hehe. Ada dua peristiwa yang masih segar dalam ingatan saya walaupun dah 10 tahun lebih meninggalkan gelaran pelajar.

Peristiwa pertama berlaku sewaktu saya menuntut di kolej selepas habis SPM. Cikgu saya ni, namanya Mr. Ng. Nama penuh, saya tak ingat *dush*.

Mr. Ng mengajar sabjek Bahasa Inggeris. Seronok belajar dengan beliau. He sure knows how to attract his student. Sampaikan belajar English Literature dengan jalan cerita yang memang takkan jadi pilihan kalau nak baca sendiri pun rasa fun je belajar dengan beliau.

Oleh kerana badan saya ni kecil dan comel * tangan kat bahu, mata ke atas*, saya selalu duduk kat depan. 

Suatu hari, semasa tengah menyiapkan tugasan di kelas beliau, tiba-tiba beliau mendatangi saya dan berkata,

" Your face are pale. Are you not feeling well?"

"No, sir. I'm perfectly fine."

" Are you sure? But your face are really pale. You better go and see the doctor. Do some check up. Just in case there is something wrong with your body."

" Ok, sir. I will."

"And one more thing. There's a blood donation campaign today at our college. Do not go donate your blood. Instead, you go and ask blood from them."

"Pardon sir? Can I do that? Hehe"


Dan saya hanya berjumpa doktor beberapa tahun kemudian. Hehe. Teguran yang tak tersangka itu menyentuh hati saya. Betapa beliau prihatin kepada pelajarnya yang kecil comel itu. Saya takkan lupa sampai bila-bila.



Peristiwa kedua semasa saya bergelar 'budak u'. Tapi, saya ni budak u tak habis belajar. Saya mengalami depression atau kemurungan. Saya hidup in a denial. Di semester terakhir, hadir dan tak hadir ke kelas sama banyak.

Semasa di semester 1, ada seorang lecturer yang juga agak baru bergelar lecturer. Namanya En. Fadzil. Oleh kerana kami adalah batch pertama yang beliau ajar, beliau dah stated awal-awal supaya anggap beliau seperti abang. Kalau ada masalah, boleh datang jumpa beliau bila-bila masa je. Beliau masa tu pun baru berumur 27 tahun. Muda lagi. Sesuai la kalau nak anggap macam abang pun.

Beliau mengenali kami semua yang seramai 30 orang. Masa tu, saya berumur 19 tahun. Boleh imagine tak macam mana cutenya saya masa tu *perasan*. Pertama kali berjumpa beliau, ini pertanyaan beliau,

" Awak ni pasti ke awak pelajar kelas saya?"

" Iye cik. Kenapa?"

"Betul awak pasti?"

Sambil terpinga-pinga saya menjawab,
" Ya, saya pasti."

"Ok. Saya ingat salah kelas tadi. Awak ni macam budak darjah enam."
Katanya dengan muka selamba.

Waaaa...malu!! Satu kelas gelakkan saya.


Saya cuma belajar dengan beliau satu semester sahaja. Tapi, ikatan itu kekal. Bertegur sapa tiap kali berjumpa. Sekali sekala saya menjenguk juga ke bilik pertapaan beliau kerana bilik beliau bukan terletak di bangunan utama sebaliknya nun jauh berdekatan makmal kejuruteraan.

Setahun berlalu. Semakin sibuk dengan tugasan. Tanpa saya sedari saya mengalami kemurungan. Pelajaran makin merosot. Namun, saya cuba kuatkan semangat dan teruskan kehidupan.

Di semester 'akhir' saya, rakan-rakan saya sekali lagi berada di kelas En. Fadzil kecuali saya. Saya terpaksa drop subject beliau. Suatu ketika, mereka mengadakan study trip ke KLCC. Saya tinggal serumah dengan coursemate saya. Disebabkan bimbang untuk meninggalkan saya sendirian di rumah, saya di ajak menyertai mereka. Kebetulan kelas saya juga dibatalkan, saya dengan senang hati menerima pelawaan mereka. Dan sudah semestinya En. Fadzil turut serta selaku pensyarah pengiring.

Sepanjang study trip selama 3 hari itu, saya memang happy. Boleh dikatakan one of the happiest moment in my life. Tanpa saya sedari En. Fadzil memerhatikan saya.

Semasa bas berhenti dalam perjalanan pulang ke kampus, beliau datang dan duduk di sebelah saya.

"Fiza, awak ok ke?"

"Ok. Tapi kenapa cik tiba-tiba tanya macam tu?"

"Saya banyak dengar cerita awak dari lecturer lain. Mereka cakap pelajaran awak merosot. Kenapa jadi macam tu?"

Saya terdiam. Tiba-tiba je saya rasa sebak. Dan saya tak mampu nak tahan air mata dari mengalir keluar.
"Saya tak tau."

"Kenapa tak nak cerita? Kenapa jadi sampai macam ni?"

"Tak tau lah cik. Saya rasa macam dah give up."

"Tak apalah. Balik nanti datang jumpa saya ye."

"Ok, terima kasih cik."


Tapi, sehingga hari terakhir saya, saya tak dapat berjumpa beliau kerana kesibukan beliau. Walaupun agak terkilan, saya anggap ianya suratan takdir.

En. Fadzil, En. Mukhlis, Dr. Iqraz dan mendiang Dr. I.M. Reddy adalah lecturer saya yang sangat mengambil berat tentang pelajar mereka. Tanpa pengetahuan saya, mereka memerhatikan prestasi saya. When I thought I was alone. When I thought no one cares. But, they did. Even though its already too late to help me then,I'm still thankful to them. For being there. For care. Walaupun saya gagal graduate dan menggenggam segulung ijazah, namun saya tetap bangga saya pernah bergelar pelajar mereka. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan