Ahad, 17 Mei 2015

Novel vs Drama

Assalamualaikum wbt.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmatNya.



Antara novel dan drama,

Mana satu pilihan anda?

Dah jadi trend kan sekarang ni? Untung jadi penulis novel. Hehe.

Tapi tahukah anda, Jepun, Taiwan dan Korea agak terkedepan menjadikan karya-karya tempatan mereka ke drama bersiri. Bezanya, mereka menjadikan karya-karya daripada manga-manga yang terdapat banyak di pasaran. Drama seperti Boys Over Flowers, Kiss, Hanakimi dan banyak lagi menjadi fenomena di negara-negara berkenaan.





Begitu juga dengan negara barat. Karya-karya seperti Hamlet, Pride and Prejudice, semuanya di angkat menjadi filem. Tapi yang paling hits sekali tentulah Harry Potter. 




Namun, antara novel dan drama, mana satu yang anda rasa lagi best?

My personal opinion, tentulah baca novel lagi best.

Sebab?

Sepertimana yang kita tahu, bila novel 'didramakan', jalan cerita sebenar akan di ubah mengikut kesesuaian. Memang tak akan dapat kalau nak ikut novel seratus peratus. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Ok, faham. 

Sebab tu, baca novel lagi best. You can just go and do whatever you like with your own imagination * tepuk tangan, senyum lebar*. Lagi satu, daripada novel, kita boleh dapat cerita yang lebih detail. And trust me, the adventure in it is a thousand much better.

Seperti Harry Potter, saya berhenti menonton filemnya selepas filem ke empat. Mana taknya, tiga hari tiga malam saya menghabiskan novel tu, siap mimpi duk kat Hogwarts lagi, tup-tup filem dia not up to my expectation. And i felt really disappointed.

Kepada yang tak setuju dengan saya, jangan sentap ye. Ini pendapat saya. Dan hanya sah laku kepada mereka yang hobinya baca novel. Sebab kat situ kita boleh buat comparison.

Tapi bukan semua tak best. Bergantung juga pada jalan cerita yang di olah oleh penulis skrip. Contoh macam ada satu drama, diangkat dari novel Gemersik Kalbu, karya Anis Ayuni lakonan Aqasha dan Ayu Raudhah. Saya sangat suka novel tu dan dramanya pun boleh tahan. Kira boleh layanlah..hehe *kenyit mata*



Apa yang saya tulis ni bukan nak menghentam sesiapa jauh sekali nak kritik.  This is just my two cents. Dan saya ada solution untuk selesaikan masalah ni.

Kalau anda dah baca novel, jangan tonton drama. Kalau nak tonton juga, tontonlah dengan hati terbuka, jangan stresskan diri anda. Whether you read a book or watch a movie, it is for you to have fun, not to stressed you out.





Happy reading, happy watching!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan