Isnin, 9 Mac 2015

Good Morning, It's Monday

Assalamualaikum wbt.
Today, just want to share this...


Khamis, 5 Mac 2015

Niche baru?


By: Fiza Aziz

Assalamualaikum wbt.

Setelah hampir setahun bergelar seorang blogger, saya akhirnya mendapat ilham tentang "niche" yang sesuai untuk blog saya.

Apa itu "niche"? Saya juga pada mulanya agak confuse. Namun, setelah membelek-belek beberapa blog, saya akhirnya faham apakah yang dimaksudkan dengan "niche". Dalam kata yang mudah, "niche" ni sebenarnya asas blog kita. Blog kita ni tentang apa sebenarnya? Blog kedai, pendidikan, parenting, sukan, fesyen atau apa saja yang menarik minat kita untuk berkongsi. "Niche" ni penting untuk menentukan hala tuju blog kita.

So, apa "niche" blog ni sebenarnya?

Pada mulanya, saya nak jadikan Yours Truly, FIZA AZIZ ni sebuah kedai blog. Maklumlah, terpengaruh dengan dunia perniagaan online yang sangat popular sekarang ni. Tapi bila fikir balik, saya tak banyak update pun pasal barang yang saya nak jual. Confirm ramai yang tak tahu saya seorang ajen dropship untuk produk digital dan kelas online bawah jenama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) kan?

Agak lama juga saya berfikir tentang "niche" yang sesuai untuk YTFA. Sehinggalah saya ditegur oleh salah seorang sahabat saya. 

And finally, ketika otak tengah serabut, mood tengah down, mental dan fizikal tak stabil akibat terjangkit selsema dengan Ilham, Allah bagi saya idea.

Sekarang, hala tuju blog ni dah agak jelas. Sekiranya anda adalah seorang pembaca blog saya, anda akan tahu saya banyak menulis tentang motivasi serta perkongsian ilmu kan? Jadi, "niche" untuk blog ini sekarang adalah tentang MOTIVASI DAN PERKONGSIAN ILMU. 

Saya bukan seorang pakar motivasi, tidak juga seorang doktor psikologi (it is my dream to become one, though),jauh sekalilah seorang ustazah. 

Apa yang saya tulis lebih kepada #notetoself. But still, sharing is caring, right? If I'll get motivated, who knows someone somewhere will get the inspiration too. So, along all ups and downs in my journey called "life" I would like to share with everyone out there.



Tapi..adakah saya akan give up untuk jadi dropshippers? Of course not!

Saya akan pindahkan ke blog kedai rasmi saya Fiza Aziz's E-bookstore. Buat masa sekarang, tak banyak yang saya update di FAE, namun saya akan cuba untuk beri berita terkini mengenai sebarang produk baru keluaran ABDR. Hope I will be given enough time to handle all my blogs. InshaaAllah.

So please, please, please give me your support, ok? Kindly leave your comment here. I would love to hear from you.

Towards Eternal Happiness...JANNAH

Yours Truly,
FIZA AZIZ





Ahad, 1 Mac 2015

Pengaruh Drama Kepada Kita


By: Fiza Aziz
Foto: Google search

Assalamualaikum wbt.

Semasa di sekolah rendah, saya sangat meminati drama-drama terbitan TVB dari Hong Kong. Hampir setiap petang memang akan terpaku depan tv menonton drama berbahasa kantonis itu. Beratus cerita sudah saya tonton. Kalau tak silap saya mula meminati drama bersiri ini sejak darjah 3 lagi. Saya dan Kak long akan menonton drama-drama ini saban minggu tanpa jemu. Peminat fanatik la katakan. Punyalah minat, sehingga saya mampu bertutur beberapa ayat dalam bahasa Kantonis. Sehingga Abah pernah mengugut nak letak saya kat rumah jiran kami yang berbangsa Cina dek terlalu asyik dengan drama Hong Kong. Hehe.


Dulu, saya kurang gemar dengan bahasa Mandarin. Saya lebih suka bahasa Kantonis yang pada pendapat saya lebih mudah difahami dan dituturkan. Namun, suatu hari saya tertonton satu drama Taiwan. Sepertimana yang kita tahu, bahasa pertuturan di Taiwan ialah bahasa Mandarin. Semakin lama menonton drama Taiwan, saya semakin meminati bahasa Mandarin. 

Dan saya berpeluang untuk belajar bahasa Mandarin secara formal semasa mengikuti kursus Induksi dulu. Dapatlah sijil untuk Tahap 1. InshaaAllah, ada peluang, saya akan sambung lagi pengajian bahasa Mandarin saya. Tiba-tiba rindu kat "laoshe" (cikgu) Mandarin saya.

                        
     


Kini, sebagaimana yang semua orang maklum, drama-drama Korea telah menjadi satu fenomena bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Saya pernah menonton satu konsert selebriti-selebriti Korea di Brazil sempena World Cup tahun lepas dan wow!! Rakyat Brazil boleh menyanyi dan menari lagu-lagu K-Pop!

Menonton drama Korea juga membolehkan saya memahami beberapa perkataan dalam bahasa Korea. Kadangkala saya bertutur tiga bahasa (Kantonis, Mandarin dan Korea) sekaligus dalam satu ayat. Hehe, confuse makcik.


Bagi saya, menonton drama-drama ini bukan setakat satu hiburan. Yes, it makes my day. Tapi moral of the story tu yang penting.

Kegigihan, jatuh bangun, tidak mudah berputus asa dan ahkirnya berjaya mengatasi semua cabaran. Perkara positif macam ni yang sepatutnya kita serap melalui tontonan drama-drama ini. Bukan hanya sekadar hiburan dan memenuhi masa terluang. Apa yang baik, boleh ambil sebagai contoh dan panduan. Dan yang tidak baik tu kita jadikan sebagai pengajaran dan sempadan untuk kita.

Itu saya. Anda, bagaimana?

Perubatan Moden, Islam, Alternatif ATAU Doa Seorang Ibu


By: Fiza Aziz
Foto: Google search

Assalamualaikum wbt.


Panjangnya tajuk entry kali ni.

Entah kenapa, hati ingin membicarakan tentang hal ini. Saya mempunyai pengalaman dengan ketiga-tiga jenis perubatan di atas. Kesannya? Alhamdulillah, ada yang ok, ada yang ok jer.

Tidak dinafikan, ketiga-tiga jenis perubatan ini adalah ikhtiar kita dalam proses menyembuhkan sebarang penyakit yang dihidapi. Sekiranya sakit, jumpa doktor. Ubat doktor bagi tak berkesan, jumpa pak ustaz. Dengan ustaz pun tak jalan juga, jumpa pula pakar perubatan alternatif. Lumrah masyarakat zaman sekarang. Malah, kadang-kadang aturannya terbalik.

Tapi, sepanjang pencarian kita untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi, pernahkah terlintas walau sedetik pun untuk mengingati Yang Memberi Penyakit dan Yang Maha Menyembuhkan? Tepuk dada tanya iman.

Ubat atau air tawar bukan boleh menyembuhkan. Yang menyembuhkan hanya Allah. Namun begitu kita masih perlu berikhtiar dan berusaha sebaik mungkin. Kurangnya usaha dari kita mungkin akan menyebabkan Allah menangguhkan proses kesembuhan itu supaya kita selalu meminta dan mengingati-Nya. Sesungguhnya Allah itu suka bila hamba-Nya selalu mengingati-Nya.

Kenapa tak yakin dengan doa sendiri? Kenapa mesti orang lain yang doakan untuk kita atau keluarga kita? Di sinilah 'yakin' itu perlu.

Bukan tidak boleh meminta pertolongan. Berusaha menangani penyakit yang ada. Namun janganlah sampai terlalu taksub dan percaya dengan kata-kata manusia semata.

Yakinlah dengan pertolongan Allah. Yakinlah dalam setiap doa-doa kita. Redha dengan semua ujian yang diberi. seperti tagline saudari Insyirah Azhar "Believe in yourself, have faith in Allah".

Percaya, percaya, percaya. Allah itu Maha Dekat, Maha Mendengar. Dan percayalah, setiap ujian Allah itu mengandungi hikmah yang sangat besar untuk kita.



Pertolongan Allah sentiasa akan datang tepat pada waktunya. Jangan berhenti berdoa, terutama jika anda adalah seorang ibu. Kerana DOA adalah senjata kita, orang-orang mukmin. Wallahu'alam.

**Insyirah Azhar adalah pengasas kepada Teknik BAD (Bertanya Allah Dulu)