Khamis, 29 September 2016

Penjawat awam beruniform

Assalamualaikum wbt.

Saya seorang wanita berkerjaya. Kerja Gomen, beruniform lagi. Tak pernah ada dalam senarai cita- cita saya masa sekolah dulu. Tak pernah terlintas pun. Dalam senarai saya, hanyalah 1. Engineer, 2. Lecturer, 3. Businesswoman. 

Tapi takdir Allah lebih hebat. Saya gagal dalam mengejar impian menggenggam segulung ijazah sekaligus menguburkan cita- cita untuk bergelar seorang jurutera. 

Akhirnya, selepas dua tahun hidup menganggur, saya diterima untuk menjawat jawatan sebagai penjawat awam beruniform. Tapi, ada suatu janji antara saya dan diri saya. Ini hanyalah sementara. Ini hanyalah batu loncatan untuk aku mara ke peringkat seterusnya. Untuk aku terus mengejar impian aku. Itu janji saya sebelum saya menjejak kaki ke akademi latihan. 

Selepas menjalani kursus induksi dengan jayanya, saya memulakan kerjaya saya nun jauh di utara negeri Sarawak. Satu benda yang seronok bila anda adalah seorang penjawat awam beruniform, kereta pun akan berhenti untuk bagi laluan pada anda untuk melintas jalan. Persepsi orang pun akan jadi lain. Mereka akan lebih mesra dan ramah dengan anda. Kalau gi shopping, silap- silap dapat free gift. Kalau nak tukar barang, kalau tak puas hati dengan barang tu, senang - senang je dapat tukar. Ini berlaku pada saya. Malah, kalau lalu kat mana - mana roadblock pun, mudah je terlepas. Pakcik polis siap senyum, angkat tangan lagi. Hehe. Begitu kuatnya pengaruh sepasang uniform.

Tapi, itulah yang bahayanya. Kerana sepasang uniform juga, akidah kita boleh terpesong tanpa kita sedari. Kita akan berharap pada sepasang uniform tu instead of Allah. Seolah-olah uniform itulah yang akan membantu dan menyelamatkan kita dari masalah dan musibah. Nauzubillahi min zalik. 

Saya tak kata semua pegawai beruniform ni macam tu. Tapi hakikat ini berlaku tanpa sedar.

Saya bangga dengan pekerjaan saya sekarang. Saya sangat bersyukur Allah memberi rezeki kepada saya melalui pekerjaan ini. Terlalu banyak pengalaman berharga yang saya lalui sepanjang menjawat jawatan sekarang. 

Namun, saya ada impian lain yang ingin saya kejar. Ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Dan harapan saya, semoga Allah akan mempermudahkan jalan untuk saya. Amin Ya Mujib.

*Nak tahu apa impian saya? Nantikan sambungannya ye😍😍
*Pendaftaran untuk kelas blog online sentiasa dibuka. Nak belajar bina blog secara santai dan sempoi, boleh hubungi saya. InshaaAllah, saya bantu.
* Kelas blog Offline pun ada juga. Akan diadakan di Johor Bharu pada 7 October 2016 ni. Kalau berminat boleh daftar dengan saya.
* Kalau nak join infaq Istiqomah bulanan boleh join Jemaah Kehormat Amal Till Jannah. Hanya RM40 sebulan. Pun boleh hubungi saya, InshaaAllah saya bantu.

#ByYoursTruly
#FizaAzizStation
#IWantToBeAWriter
#WAHMToBe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan