Jumaat, 11 Disember 2015

PLANNER ISLAMIK SHOUTUL IKHWAH 2016

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat, penghulu segala hari.

Allahumma solli ala saiyidina Muhammad, wa ala a'li saiyidina Muhammad.
Selawat dan salam keatas baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

Tahun baru cuma tinggal beberapa hari je lagi. 2015 bakal meninggalkan kita. Dan, 2015 tahun yang sangat mencabar buat saya. Alhamdulillah, dalam setiap kesulitan, ada kemudahan. Cabaran memang getir namun Allah Ya Rahman Ya Rahim sentiasa ada. Always there. 

Cerita pasal nak melangkah ke tahun baru, kena lah ada persiapan. Betul tak? Mesti nak tanam azam untuk tahun baru. Ehemm..azam tahun tahun ni dah tercapai ke belum? Hehe..tepuk dada tanya hati sendiri lah ye.

Tak apalah. Kalau dah tercapai, syukur Alhamdulillah. Kalau belum, boleh bawa ke tahun hadapan. Jangan pernah putus harapan. Perkataan 'GIVE UP' tu lontar jauh-jauh. Bak kata bebudak sekarang, "kipidap, dongibab". Haha, macam-macam.

Saya biasalah, bila melangkah ke tahun baru, mesti akan cari satu benda. WAJIB.

PLANNER TAHUN BARU. 

Kenapa perlu ada planner?
  • Saya seorang yang sangat organize. Saya suka merancang. Jadi, planner sangat penting untuk saya merancang hampir semua perkara sepanjang tahun.
  • Sebagai seorang kakitangan awam, setiap kursus, seminar, mesyuarat bulanan, latihan dan bengkel mesti kena tulis. Ini penting sebab tengah tahun dan hujung tahun kena isi dalam HRMIS. Markah prestasi ni. Kena jaga.
  • Sebagai reminder kepada saya. Terutama untuk mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, ulangtahun dan sebagainya.
  • Sebagai seorang Muslimah, planner Islamik lagi bagus. Senang nak rujuk terutama bulan-bulan dalam Islam, tarikh-tarikh penting untuk umat Islam. Sangat berguna.
Untuk tahun 2016, saya dah pun jumpa planner yang sesuai. PLANNER ISLAMIK SHOUTUL IKHWAH 2016. 




Planner ni boleh dikatakan sangat lengkap sebab ada semua yang saya perlukan. Timetable, Notes, Things To Do List. Lebih memudahkan saya nak buat catatan.

>>>> Kalau ada yang minat nak miliki planner ni macam saya boleh PM saya di Facebook (boleh tengok link kat sebelah kiri ye) ataupun WHATSAPP saya di nombor 011 179 33520.