Ahad, 31 Januari 2016

Aku, HambaMu yang Kerdil

Assalamualaikum wbt.

Allahummasolli ala saidina Muhammad, wa'ala alihi waashabihi ajmain.

Perjalanan pagi menuju ke pejabat paling saya suka. Entah bila bermulanya, saya suka memandang ke langit luas. Indahnya pemandangan yang Allah sajikan kepada hambaNya.

Jiwa rasa tenang dan lapang setiap kali memandang langit. Mengingatkan diri ini sangat kerdil disisi Allah.

Walaupun melalui jalan yang sama setiap hari, namun pemandangan langit tak pernah serupa setiap hari. Setiap hari, suasananya berbeza. Namun yang pasti semuanya sangat indah. Ciptaan Allah Ya Khaliq yang tidak ada tolok bandingnya.

Setiap hari memandang keindahan langit yang cantik memukau, sehingga menerbitkan suatu rasa. Dan tanpa diundang, kadangkala air mata mengalir di pipi. Rasa sebak didada. Suatu perasaan yang sangat sukar di gambarkan.

Terima kasih Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud...
Kerana kasih sayangMu, aku masih bisa meneruskan hidup penuh ranjau ini.
Kerana Kau mengujiku supaya aku sentiasa dekat denganMu.
Kerana Kau sentiasa memberi kekuatan kepadaKu.
TanpaMu Ya Aziz, Ya Qawiy, aku hilang arah tujuan.

Namun kini, aku semakin jelas dengan kehidupanku.
Dunia hanya persinggahan.
Akhirat jua yang kekal abadi.
Dan semoga destinasi terakhirku adalah Syurga FirdausMu.
Amin, Ya Mujib.


Sabtu, 30 Januari 2016

Kelebihan Bersedekah

Assalamualaikum wbt.

Allahummasolli ala Muhammad, wa ala a'li Muhammad.

Artikel di bawah ni saya copy dari group whatsapp. Jadi saya tidak pasti sumber sebenar dari mana. Namun niat saya hanyalah untuk berkongsi. Perkara yang baik lebih elok dikongsi. Semoga kita dapat sama-sama mengumpul pahala. Amin Ya Mujib.

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

🌐✏KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

👳📝Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

👳📝Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

👳📝Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

📝Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

👳📝Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

👳📝Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1⃣✏Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

2⃣✏Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan

3⃣✏Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4⃣✏Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5⃣✏Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6⃣✏Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

7⃣✏Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8⃣✏Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya(hari kiamat)

9⃣✏Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

🔟✏Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya

1⃣1⃣✏Orang yg bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.

1⃣2⃣✏Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)

1⃣3⃣✏Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar

1⃣4⃣✏Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

1⃣5⃣✏Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

1⃣6⃣✏Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

1⃣7⃣✏Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

1⃣8⃣✏Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

1⃣9⃣✏Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

2⃣0⃣✏Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

2⃣1⃣✏Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

2⃣2⃣✏Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

👳💌Dan sebaik-baik sedekah sekarang ini ialah menyebarkan mesej ini dengan niat bersedekah

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.
Ingatan untuk diri sendiri dan juga untuk anda semua, pembaca yang budiman.

Cinta Teruna Kimchi

Assalamualaikum wbt.

Selamat Tahun Baru. Hehe..walaupun lusa dah nak masuk 1 Februari. Maafkan saya. Line internet problem menyebabkan saya hampir putus asa nak update apa-apa baik di blog ataupun fb. Sedih dan stress je rasa. Huhu..

Mujurlah saya punyai ramai sahabat maya yang sentiasa positif. Serap banyak-banyak tenaga positif mereka. Maka, rasa sedih dan stress tu taklah berpanjangan.

Jadi, saya buka entry pertama tahun 2016 ni dengan satu drama.

CINTA TERUNA KIMCHI.

Malam Jumaat, 9.00 malam.
Selesai makan malam, aktiviti seterusnya mestilah menonton tv.

Ohh, tv3 ada drama baru.

Cinta Teruna Kimchi.

Tengok nama pelakon. Ok, Nazim Othman. Berlakon jadi orang korea ke mamat ni? Hati tertanya.

First impression, satu lagi 'drama'. Nak tiru drama korea la ni agaknya. Macam dah kehabisan idea, nak ciplak karya orang lain. Begitulah fikiran jahat saya. Tak baik kan? Hehe..

Namun, tiba-tiba ada satu nama yang menarik perhatian saya.

Salah satu daripada nama penulis skripnya.

Ummu Hani Abu Hassan. OMG!!

Beliau adalah salah seorang penulis buku kegemaran saya. Lama tak dengar pasal beliau. Saya tahu beliau sekarang ni ada kat Korea. Sambung belajar, peringkat PhD.

Dan...fikiran jahat tadi terus terhapus. Digantikan dengan rasa excited. Sebab, Ummu Hani adalah penulis novel ketuhanan. Saya suka, saya suka. Jadi tak sabar pula nak ikuti drama ni. Sebab saya rindu sangat tulisan dan karya Ummu Hani.

Ok, kita google jap sinopsis drama ni.

SINOPSIS CINTA TERUNA KIMCHI

Mengisahkan tentang pergolakan emosi dan rohani Kang Ye Jun (Nazim Othman), seorang mahasiswa separa Korea di mana dia sering mendapat mimpi serupa yang bakal membawanya lebih dekat dengan cinta kepada Tuhan.

Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun. Ibunya banyak berahsia hingga menyebabkan Kang Ye Jun keliru mengenai dirinya. Namun segalanya berubah apabila dia menemukan sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama Islam. Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Dia nekad berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk pencariannya itu. Berjayakah dia?

Sumber:  http://www.myinfotaip.com/2015/12/drama-cinta-teruna-kimchi-tv3.html

Setelah dua episod menonton drama ni, saya sangat teruja. Nazim Othman yang berlakon jadi orang Korea dalam drama ni, betul-betul boleh cakap Korea. Cayalah..

Jadi, saya sangat rekomen untuk tengok drama ni sebab saya tahu, karya Ummu Hani Abu Hassan memang sangat menarik dan tidak mengecewakan.

Terubat juga rindu saya pada karya Ummu Hani Abu Hassan.