Assalamualaikum wbt.
Allahummasolli ala Muhammad, wa ala a'li Muhammad.
Artikel di bawah ni saya copy dari group whatsapp. Jadi saya tidak pasti sumber sebenar dari mana. Namun niat saya hanyalah untuk berkongsi. Perkara yang baik lebih elok dikongsi. Semoga kita dapat sama-sama mengumpul pahala. Amin Ya Mujib.
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
🌐✏KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
👳📝Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)
👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?
👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."
👳📝Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
👳📝Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.
📝Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.
👳📝Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.
👳📝Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
1⃣✏Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga
2⃣✏Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan
3⃣✏Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4⃣✏Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5⃣✏Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6⃣✏Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
7⃣✏Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8⃣✏Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya(hari kiamat)
9⃣✏Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
🔟✏Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
1⃣1⃣✏Orang yg bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
1⃣2⃣✏Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)
1⃣3⃣✏Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
1⃣4⃣✏Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
1⃣5⃣✏Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
1⃣6⃣✏Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
1⃣7⃣✏Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
1⃣8⃣✏Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
1⃣9⃣✏Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
2⃣0⃣✏Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
2⃣1⃣✏Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
2⃣2⃣✏Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.
👳💌Dan sebaik-baik sedekah sekarang ini ialah menyebarkan mesej ini dengan niat bersedekah
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.
Ingatan untuk diri sendiri dan juga untuk anda semua, pembaca yang budiman.
Memaparkan catatan dengan label Perkongsian Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkongsian Ilmu. Papar semua catatan
Sabtu, 30 Januari 2016
Ahad, 28 Jun 2015
Dia Maha Mendengar
Assalamualaikum wbt.
Masih lagi berada di langit Ramadhan yang penuh barakah. Syukur Ya Rahman, Ya Rahim di atas kasih sayang yang sentiasa melimpah.
Esoknya, saya buka FB.
Sesungguhnya Dialah Ya Alim( Maha Mengetahui), Ya Samii (Maha Mendengar)
Terima Kasih Allah.
Nak tahu apa itu teknik BAD, boleh klik di sini http://www.wrthrough.com
Masih lagi berada di langit Ramadhan yang penuh barakah. Syukur Ya Rahman, Ya Rahim di atas kasih sayang yang sentiasa melimpah.
Hidup ni, tak lepas dari masalah kan. Saya bersyukur sanga-t saya masih bersamaNya. Walaupun selalu saja terjadi perubahan sikap. Panas baran, cerewet, kuat bersungut, ego dan macam-macam lagi perangai buruk yang ada dalam diri, saya masih lagi bersamaNya.
Semoga saya dapat terus istiqamah dalam memperbaiki kekurangan diri dan membuang terus perangai-perangai buruk yang ada dalam diri.
Baru-baru ini, lnsyirah Azhar (I.A) (Pengasas Teknik BAD) sudahpun menerbitkan buku fizikal Bertanya Allah Dahulu. Saya dah order buku ni tapi belum sampai. InshaaAllah selepas ni saya akan buat review buku BAD pula.
Apa yang menariknya, I.A telah ,menggabungkan Teknik BAD dengan Asmaul Husna. Emm, macam best je ni. Tapi tengok di FB je macam kurang faham.
Walaupun kurang faham, namun saya cuba-cuba untuk mempraktikkan Asmaul Husna ni. Ala, just zikir macam biasa je. Kebetulan memang dah ada download dalam handphone.
Tiba-tiba terdetik dalam hati untuk BAD. Lalu saya pun cakap,
" Ya Allah, hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui. Kau tunjukkanlah aku, namamu yang mana sesuai untuk aku amalkan agar setiap masalahku dapat ku tangani dengan pertolonganMu."
Saya scroll Asmaul Husna di telefon dan tangan terhenti di nama Allah, Ya Fattah yang bermaksud Maha Membukakan. Untuk seketika saya cuma memandang hp. Betul ke ni? Tak pelah, saya cuba. Tapi saya masih was-was sebenarnya. Hati tak sepenuhnya percaya. Namun mulut tetap juga menyebut nama Ya Fattah.
Esoknya, saya buka FB.
Allahu Allah. Sungguhlah Dia Maha Mendengar. Saya buka FB, pergi ke page WRT Clan. Di situ ada contoh flyers Asmaul Husna dan zikir-zikir nama Allah yang boleh kita amalkan dan nama Ya Fattah berada di atas sekali. Baca pula status tentang Gabungan Teknik BAD dan Asmaul Husna, memang nama Allah Ya Fattah selalu disebut-sebut.
Sesungguhnya Dialah Ya Alim( Maha Mengetahui), Ya Samii (Maha Mendengar)
Terima Kasih Allah.
Nak tahu apa itu teknik BAD, boleh klik di sini http://www.wrthrough.com
Sabtu, 20 Disember 2014
Kerana Allah vs Kerana Selain Allah
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Sumber: Kuntum Khaira Ummah (Kamu Umat Terbaik)- You Are The Best
- Manual Pengurusan Kehidupan dan Pengurusan Organisasi Berlandaskan Al-Quran
Penulis: Dr Mohd Shafie Md Amin
- Pengasas Kaedah Al-Huffaz (Kaedah Sistematik Hafazan Al-Quran)
Foto: Ambil gambar sendiri
Assalamualaikum wbt.
Soalan cepu cemas, " Kenapa kita bekerja?"
Apa jawapan anda sekiranya anda ditanya soalan begini?
Sumber: Kuntum Khaira Ummah (Kamu Umat Terbaik)- You Are The Best
- Manual Pengurusan Kehidupan dan Pengurusan Organisasi Berlandaskan Al-Quran
Penulis: Dr Mohd Shafie Md Amin
- Pengasas Kaedah Al-Huffaz (Kaedah Sistematik Hafazan Al-Quran)
Foto: Ambil gambar sendiri
Assalamualaikum wbt.
Soalan cepu cemas, " Kenapa kita bekerja?"
Apa jawapan anda sekiranya anda ditanya soalan begini?
Menurut Dr. Mohd Shafie, beliau pernah membuat survey dan kebanyakannya memberi jawapan untuk mencari rezeki. Amat kurang yang menjawab mereka bekerja kerana Allah.
Zapp..terus menusuk ke jantung. Terasa weii..
Cuba lihat senario yang berlaku di sekeliling kita. Rata-rata sentiasa berkeluh kesah. Duit gaji tak pernah cukup, harga barang makin naik, GST (hehe). Itu belum dicampur dengan 'politik pejabat' lagi. Kaki kipas, talam 14 muka, komen itu ini, tak puas hati sana sini. Kenapa senario ini berlaku?
Sebab kita bekerja bukan kerana Allah.
Bila menjadi hamba duit, macam-macam perkara negatif akan singgah di minda dan di hati kita. Duit tak pernah cukup walau buat OT siang malam. Perasaan iri hati dan hasad dengki berleluasa. Gila kuasa, tamak mula merajai hati. Solat tunggang-langgang dan selalu dilewatkan. yang lebih teruk lagi, selalu gabung solat. Bukanlah gabung macam solat jamak tu. Tapi gabung contohnya sengaja melewatkan solat Zohor kemudian tunggu waktu Asar. Dah nak Maghrib baru nak solat Asar kemudian terus solat Maghrib. Atau, Maghrib tinggal lagi 5 minit baru nak solat, sekali dengan Isyak terus. Alasan, malas nak ulang-alik banyak kali ke surau.
Saya dulu, macam nilah. Bila dah sedar, saya rasa teruk sangat. Betapa saya lalai kepada Ya Razzaq, Yang Maha Memberi Rezeki. Walhal, tanpa izin-Nya, kita kerja sampai pengsan pun tak mungkin kita akan dapat habuan setimpal. Kan?
Cuba kita tukar pendirian kita. Tukar nawaitu kita untuk bekerja kerana Allah. Apakah impak yang akan berlaku? Jom buat eksperimen.
Saya juga dalam proses tarbiah diri sebenarnya. Sebelum ni, saya banyak merungut, tak puas hati dengan semua perkara dan semua orang, 'stress' berpanjangan dan hilang keyakinan diri.
Sehinggalah suatu hari, saya mendapat hidayah dari Allah (Alhamdulillah) melalui bahan-bahan bacaan yang saya baca (itulah untungnya orang yang suka baca buku). Saya mula bergantung dan berserah hanya kepada Dia. Manusia semuanya lemah dan tidak punya apa-apa tanpa-Nya termasuklah saya. Dalam setiap perkara, dalam setiap musibah, saya hanya berpaling kepada Dia. Dan saya belajar untuk redha, belajar bersyukur dengan segala nikmat yang diberi dan sentiasa merasa cukup.
Saya cuba memperbaiki hubungan dengan Allah. Seboleh mungkin solat di awal waktu, tambah solat-solat sunat dan sentiasa membaca 'love letter' (ayat suci Al-Quran). Kadangkala terbabas juga,hehe. Tapi nama pun dalam proses tarbiah diri.
Dan Subhanallah, Alhamdulillah. Hidup menjadi lebih tenang selepas itu. Rezeki sentiasa cukup, jarang sekali kesempitan wang walau gaji tak seberapa dan jarang buat OT. Dan saya rasa diri saya sentiasa dikelilingi dengan aura positif.
Tak percaya? Cer buat. Tapi ada syaratnya. Mestilah kena yakin dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Bukan pada bos! Hehe.
InshaaAllah, hidup akan lebih tenang walau badai melanda sekalipun.
" Sesiapa yang mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalan keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan akan Kami berikan balasan dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." - An-Nahl (16: 97)
Isnin, 8 Disember 2014
Mukjizat Dhuha
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualikum wbt.
Assalamualikum wbt.
Melalui beberapa bahan bacaan, blog-blog inspirasi, perkongsian sahabat-sahabat di fb serta nasihat daripada Mama, saya mula menunaikan solat sunat Dhuha. Solat Dhuha ni selalu dikenali ada kaitan dengan rezeki. Kalau nak dimurahkan rezeki, buatlah solat sunat Dhuha, begitulah yang selalu diperkatakan. Pada mulanya, agak konsisten juga saya lakukan solat Dhuha ni. Kemudian, bila bisikan-bisikan halus menjelma, saya menjadi agak lemah dalam mengawal diri, jadinya jarang-jarang sekali saya tunaikan solat Dhuha. Ada masa buat, tak ada masa (kononnya) maka tak terbuatlah.
Sehinggalah saya terinpirasi kembali setelah saya membaca sebuah kompilasi cerpen islamik tulisan Hilal Asyraf. Melalui cerita-cerita dalam buku itu, saya merenung kembali dalam diri saya yang sentiasa terumbang-ambing ni. Apa yang kurang? Kenapa usaha saya tidak mendatangkan hasil? Betulkah jalan yang saya pilih? Asyik mempertikai tentang keadaan yang berlaku kadangkala akan membawa kepada sikap putus asa. Mujur Allah masih sayang. Jawapan yang saya nak, Allah jawab dengan cara yang unik.
Kenapa Allah tak beri apa yang kita nak? Memang banyak sebabnya. Tapi yang paling utama sekali adalah, bagaimana hubungan kita dengan Allah sendiri? Adakah kita menjaga hubungan dengan-Nya? Atau kita terlalu alpa dengan dunia sehingga lupa siapa yang lebih berkuasa? Perlahan-lahan saya menginsafi diri. Saya perlu membaiki hubungan dengan Allah. Lalu, saya memasang nekad untuk mula mendekatiNya dengan lebih dekat. Salah satunya adalah dengan solat sunat Dhuha. Dan tanpa saya sangka-sangka setelah hanya beberapa hari saya melakukan solat Dhuha secara konsisten, saya mula merasai mukjizatnya. Saya kongsi beberapa peristiwa yang saya alami baru-baru ini.
Peristiwa 1
Anak sulung saya, Iman, mengidap Epilepsy. Di samping mendapat rawatan di hospital, saya dan keluarga turut membawa Iman untuk mendapat rawatan alternatif. Salah satunya adalah melalui perubatan Islam. Baru-baru ini, ibu saudara saya ada mencadangkan supaya saya membawa Iman ke Pusat Rawatan Islam Al-Ruqyah. Menurut ibu saudara saya, bekas anak muridnya yang menjadi perawat di situ. Dekat je dengan rumah saya, lebih kurang lima minit saja menaiki kereta. Menurut pengalaman lepas, kalau ke pusat rawatan Islam, mesti ramai orang dan terpaksa menunggu lama. Tapi bila memikirkan Iman, saya kuatkan semangat untuk ke sana.
Pada hari kejadian, sebelum bertolak, seperti biasa, saya tunaikan solat Dhuha terlebih dahulu. Usai solat, saya berdoa semoga Allah memberi saya kesabaran dan semoga urusan hari itu dipermudahkan. Apabila sampai di pusat rawatan tersebut, perawat berkenaan baru sahaja selesai merawat pesakit dan pusat rawatan itu lengang, tiada langsung pesakit lain. Syukur Alhamdulillah, kami tak perlu menunggu lama dan urusan rawatan selesai setengah jam kemudian.
Walaubagaimanapun, kami harus ke sana sekali lagi untuk rawatan susulan. Kebetulan terkena hari saya habis kerja shif malam. Saya berjanji dengan Mama untuk ke pusat rawatan sebaik sahaja saya sampai di rumah pagi itu. Sebelum bertolak balik ke rumah, saya sempat menunaikan solat Dhuha. Dan doa saya juga seperti biasa, semoga Allah mempermudahkan semua urusan. Namun, sebaik sampai di rumah, saya rasa penat dan mengantuk. Saya beritahu Mama, saya ingin berehat dahulu dan membawa Iman ke pusat rawatan pada sebelah petang. Selepas Zohor, kami pun bertolak ke pusat rawatan. Dan peristiwa yang sama berlaku seperti semasa kami ke sana pada pertama kali. Perawat berkenaan baru sahaja selesai merawat pesakit dan selepas itu terus giliran kami. Kami meminta maaf kepada perawat itu kerana datang agak lewat, namun jawapan beliau amat mengejutkan saya. Menurut beliau, sekiranya kami datang pada sebelah pagi, kami mungkin terpaksa menunggu lama kerana ramai orang yang datang untuk mendapatkan rawatan pada pagi itu. Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah di atas pertolongan-Nya.
Peristiwa 2
Hari itu, saya bekerja sebelah pagi. Selalunya bila bekerja sebelah pagi, saya agak sibuk tambah lagi kalau hari itu adalah hari bekerja. Kebetulan hari itu ada tugas iringkawal ke klinik. Saya dan rakan-rakan memang sangat tidak suka bila ada iringkawal ke klinik. Sebabnya macam biasalah, bila ke klinik kerajaan, orang ramai dan terpaksa menunggu lama. Kebetulan pula hari itu adalah giliran saya untuk tugas iringkawal. Hati yang mula tidak keruan, saya cuba tenangkan. Saya lihat jam, saya fikir, sempat ni kalau nak solat Dhuha. Cepat-cepat saya ke bilik rehat dan tunaikan solat Dhuha. Selesai solat, saya berdoa moga Allah bagi saya kesabaran, (untuk rekod, saya memang seorang yang kurang kesabaran, hehe). Selepas itu, saya terus ke tempat saya bertugas. Sampai saja di pintu masuk, tiba-tiba 'partner' saya cakap, " Tak pe lah, Kak Fiza. Saya rasa nak jalan-jalan hari ni. Biar saya je yang IK (singkatan untuk iringkawal) hari ni." Saya terdiam seketika sebelum menjawab OK sambil tersenyum lebar. Dalam hati terdetik, agaknya berkat aku solat Dhuha tadi kot. Syukur Alhamdulillah.
Peristiwa 3
Semalam, saya bekerja sebelah malam. Macam biasa, habis kerja, sebelum bertolak balik ke rumah, saya akan solat Dhuha terlebih dahulu. Semasa sedang bersiap untuk balik, perut saya berbunyi. Alamak, lapar lah pulak. Singgah 7-e lah, cari kopi dan roti, saya membuat keputusan. Terus saja saya memandu ke 7-eleven untuk membeli kopi dan roti. Semasa sedang menunggu adik 'cashier' mengira jumlah harga, saya nampak dia kelam-kabut mencari sesuatu di kupon yang ada di sebelah kaunter. Saya tidak bertanya apa-apa, hanya memerhati. Akhirnya, dia sendiri yang menerangkan pada saya, kupon yang ada tu adalah kupon yang orang tak nak ambil. Kebetulan ada lebih, jadi dia guna untuk pelanggan lain yang datang membeli di situ. Tak semena-mena, saya dapat separuh harga untuk kopi yang saya beli tu. Alhamdulillah, rezeki saya. Masuk ke dalam kereta, saya terfikir, inilah agaknya yang dikatakan solat Dhuha adalah solat yang menarik rezeki. Dan Allah dah tunjukkan pada saya Mukjizat Dhuha itu. Syukur Alhamdulillah, terima kasih Allah.
** Tiada niat langsung untuk saya bermegah atau ingin menunjuk-nunjuk yang saya ni rajin buat solat sunat. Saya cuma ingin berkongsi cerita. Semoga kita semua memperoleh sesuatu daripada ceruta-cerita saya di atas. Kalau ada sebarang teguran, saya alu-alukan dengan tangan terbuka. Tapi, janganlah sampai mengguris hati ye. Wallahu'alam.
Sabtu, 29 November 2014
7 Qualities That Allah Loves
Sumber: Google
Assalamualaikum wbt.
1. Tawbah ( Repentance)
Assalamualaikum wbt.
1. Tawbah ( Repentance)
" For Allah loves those who turn to Him constantly - Al Baqarah (2:222)
2. Taharah ( Purification)
" Allah loves those who keep themselves pure and clean" - AlBaqarah (2:222)
3. Taqwa ( Piety)
" For Allah loves the righteous (the pious)" - Al Tawbah (9:4)
4. Ihsan ( Goodness and Perfection)
" For Allah loves those who do good" - Ali Imran (3:134)
5. Tawakkal (Trust in Allah)
" For Allah loves those who put their trust (in Him)" - Ali Imran (3:159)
6. Adl ( Justice)
" For Allah loves those who judge in equity" - All Ma'idah (5:42)
" For Allah loves who are fair (and just)" - All Hujurat (49:9)
7. Sabr ( Patience)
" And Allah loves those who are firm and steadfast (As Sabirin (the patient))" - Ali Imran (3:146)
Rabu, 26 November 2014
Penularan Penyakit Tibi
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Sumber:
1. Pamphlet Kenali Penyakit Tibi dan Cara-cara Mengeluarkan kahak yang Betul (terbitan Jabatan Kesihatan negeri Terengganu)
2. Pamphlet Penyakit Tibi: Dapatkan Pengesanan Awal (terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Institut Perubatan Respitori)
Assalamualaikum wbt.
Pada 10 November 2014 yang lalu, saya telah menghadiri Kursus Kesedaran Tibi anjuran Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (Tibi/ Kusta) Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu. Ceramah disampaikan oleh Dr. Hasnan bin Arwit@Hassan, Pegawai Kesihatan Tibi/Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Jabatan saya telah dijemput untuk menghadiri kursus ini kerana tempat saya bertugas merupakan salah satu tempat yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit tibi ini. Jadi, kursus ini amat berguna untuk kami bagi menangani serangan penyakit berjangkit ini.
Sebelum menghadiri kursus saya berpendapat bahawa penyakit tibi ini dibawa oleh warga asing masuk ke negara kita. Setelah menghadiri kursus barulah saya sedar bahawa penyakit ini memang ada di negara kita malah seluruh dunia dan statistik di Malaysia terutama di Negeri Terengganu (saya bertugas di Terengganu, jadi saya hanya tahu statistik di Terengganu secara khususnya) menunjukkan bahawa 98% pesakit datangnya dari penduduk tempatan dan yang selebihnya dari warga asing kecuali Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur kerana di negeri-negeri berkenaan terdapat ramai warga asing. Statistik ini agak mengejutkan kerana menyangkakan bahawa kita tidak akan terkena penyakit ini sekiranya tiada kontek dengan pesakit tibi yang disangkakan datangnya dari warga asing. Ternyata apa saya fikirkan adakah salah!
Oleh itu, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengetahuan yang saya dapat tentang penyakit tibi ini dengan para pembaca sekalian.
Apa itu penyakit Tibi?
lebih dikenali dengan penyakit batuk kering. Merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili. Kuman Tibi ini boleh mengjangkiti paru-paru, otak, tulang, kelenjar, kulit dan buah pinggang. Penyakit ini merebak melalui udara bila pesakit Tibi Paru-paru batuk, bersin atau bercakap.
Tanda dan Gejala Tibi
Apa itu penyakit Tibi?
lebih dikenali dengan penyakit batuk kering. Merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili. Kuman Tibi ini boleh mengjangkiti paru-paru, otak, tulang, kelenjar, kulit dan buah pinggang. Penyakit ini merebak melalui udara bila pesakit Tibi Paru-paru batuk, bersin atau bercakap.
Tanda dan Gejala Tibi
- batuk berterusan lebih dari 2 minggu
- kahak yang mengandungi darah
- demam dan berpeluh lazimnya di sebalah petang dan malam
- susut berat badan dan hilang selera makan
- sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
- bengkak pada kelenjar terutama pada bahagian leher
- mudah letih
Cara Mengesan Tibi
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas anda haruslah menjalani pemeriksaan atau ujian seperti berikut
- ujian kahak
- x-ray dada
- ujian tuberkulin (suntikan pada kulit)
- ujian darah/tisu badan
Cara Merawat Tibi
1. Rawatan DOTS ( Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus) yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
- pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan tanpa henti
- 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
- pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik
2. Sekiranya pesakit menghentikan rawatan ini sebelum tempoh 6 bulan, pesakit perlu membuat rawatan ulangan dan rawatan ini memakan masa yang lebih lama iaitu 2 TAHUN. Sama juga bagi kes yang berulang.
3. Rawatan awal menyelamatkan nyawa. Penyakit Tibi boleh membawa MAUT sekiranya tidak dirawat.
Langkah Pencegahan
- Suntikan BCG untuk bayi baru lahir
- Mendapatkan pemeriksaan segera jika batuk berterusan selama 2 minggu dan lebih
- Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi perlu membuat pemeriksaan bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan dan juga rawtan segera sekiranya mereka dijangkiti.
- Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh diperolehi secara percuma di klinik dan hospital kerajaan.
Antara nasihat yang diberikan oleh doktor bagi mengelak daripada penyakit ini adalah dengan memastikan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi. Di samping itu kita juga perlu memastikan rumah kita mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka tingkap dan pintu. Selain itu, kita juga dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup yang sihat serta makan makanan yang seimbang. HIDUP SIHAT, MASYARAKAT SEJAHTERA.
Isnin, 24 November 2014
Energi dan keajaiban Surah Al-Fatihah
Assalamualaikum wbt.
Ulasan Buku: Energi dan Keajaiban Surah Al-Fatihah
Penulis: Haji Rahman bin Haji Mohd AdilTerbitan: Pustaka Azhar
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (1)
* Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)
* Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (3)
* Yang menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Hari Akhirat). (4)
* Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5)
* Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6)
* Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)
* Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)
* Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (3)
* Yang menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Hari Akhirat). (4)
* Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5)
* Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6)
* Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)
Buku ini boleh dikatakan menerangkan secara terperinci mengenai Umul Kitab, Surah Al-Fatihah. Antara kandunagn yang terdapat didalam buku ini termasuklah sejarah surah Al-Fatihah, fadilat dan keutamaan Surah A-Fatihah, nama-nama lain bagi surah Al-Fatihah, kandungan dan mesej yang terdapat dalam Surah Al-Fatihah, tafsir surah yang diterangkan secara terperinci serta energi dan keajaiban daripada Surah Al-Fatihah.
Pada pendapat saya, penulis buku ini telah melakukan kajian yang terperinci tentang surah yang kita baca sebanyak 17 kali dalam solat kita. Kerana inilah surah ini juga dikenali dengan nama "As Sab'ul Matsani" yang bermaksud tujuh ayat yang berulang-ulang.
Sedikit sejarah mengenai surah Al-Fatihah.
Al-Fatihah bermaksud "Pembukaan" atau "Permulaan". Dinamakan Al-Fatihah kerana Al-Quranul Karim dimulai dengan surah ini. Surah ini merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap dan mengandungi kesimpulan keseluruhan isi Al-Quran.
Surah Al-Fatihah diturunkan dikala umat manusia memerlukan hidayah. Ayat-ayat yang terkandung dalam surah ini boleh dijadikan sebagai pegangan hidup dan dapat memberi ketenteraman jiwa manusia dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini.
Kandungan surah Al-Fatihah ini dapat disimpulkan terdiri daripada aspek-aspek keimanan, ibadah, Hari Kiamat, hukum-hukum dan peraturan-peraturan, janji dan ancaman dan kisah-kisah ataupun cerita-cerita.
Antara fadilat membaca surah Al-Fatihah
Pada pendapat saya, penulis buku ini telah melakukan kajian yang terperinci tentang surah yang kita baca sebanyak 17 kali dalam solat kita. Kerana inilah surah ini juga dikenali dengan nama "As Sab'ul Matsani" yang bermaksud tujuh ayat yang berulang-ulang.
Sedikit sejarah mengenai surah Al-Fatihah.
Al-Fatihah bermaksud "Pembukaan" atau "Permulaan". Dinamakan Al-Fatihah kerana Al-Quranul Karim dimulai dengan surah ini. Surah ini merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap dan mengandungi kesimpulan keseluruhan isi Al-Quran.
Surah Al-Fatihah diturunkan dikala umat manusia memerlukan hidayah. Ayat-ayat yang terkandung dalam surah ini boleh dijadikan sebagai pegangan hidup dan dapat memberi ketenteraman jiwa manusia dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini.
Kandungan surah Al-Fatihah ini dapat disimpulkan terdiri daripada aspek-aspek keimanan, ibadah, Hari Kiamat, hukum-hukum dan peraturan-peraturan, janji dan ancaman dan kisah-kisah ataupun cerita-cerita.
Antara fadilat membaca surah Al-Fatihah
- Boleh menguatkan memori ingatan
- Boleh dijadikan sebagai ubat seperti mengubati segala racun dan sengatan binatang
- Untuk mengusir dan menakluk syaitan
- Membersihkan diri daripada sifat-sifat haiwani
- Dapat melahirkan sifat-sifat mahmudah yang cemerlang dan unggul
Banyak lagi kelebihan, kehebatan dan fadilat yang boleh kita perolehi daripada surah Al-Fatihah ini. Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan kefahaman kita tentang Ummul Kitab ini.
Dari hadis Bukhari dan Muslim daripada 'Ubadat bin as-Samit, Rasulullah SAW bersabda,
"Tiada solat kepada mereka yang tidak membaca surah Al-Fatihah"
Khamis, 13 November 2014
Di malam yang sunyi...
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Kreet! Kedengaran bunyi pintu terbuka.
Assalamualaikum wbt.
Kreet! Kedengaran bunyi pintu terbuka.
"Eh, Mira. Kau dengar tak bunyi tu? Macam ada orang buka pintu," tanya Hana kepada rakan sebiliknya.
"Yelah, aku pun dengar. Siapa yang buka pintu? Mana ada orang lain dalam rumah ni. Kita berdua je," jawab Mira kehairanan.
Mereka saling berpandangan. Muka masing-masing sudahpun bertukar warna dari merah ke putih. Tanpa sedar, mereka sudahpun berada dalam pelukan masing-masing.
Dengan suara yang menggeletar dan nada yang ketakutan, Hana berkata,"Mira, malam ni, malam Jumaat."
"Hah?!" Dan muka Mira yang sudah putih terus bertukar menjadi kuning akibat ketakutan yang amat sangat.
Senario di atas sangat biasa dalam kehidupan harian kita. Tidak kira bangsa atau agama, cerita-cerita begini walaupun menaikkan bulu roma, degupan jantung semakin laju namun akan sentiasa ada pencerita dan pendengarnya.
Saya seorang yang agak penakut. Mendengar cerita-cerita seram akan membuatkan saya tak senang duduk malah kadangkala boleh menyebabkan saya tidak mampu bergerak untuk beberapa saat. Ketika sedang menulis ni, boleh nampak bulu roma saya tegak berdiri, hehe. Memang saja nak menakutkan diri sendiri.
Dalam tiga tahun kebelakangan ini, saya telah mengalami transformasi cara berfikir. Daripada selalu berfikiran sempit (narrow minded), saya mula berfikir di luar kotak. Saya mula mendalami ilmu-ilmu akhirat walau secara berdikit-dikit. Mula menyerap tenaga positif ke dalam diri. Bukanlah bertujuan untuk berasa riak atau nak berlagak. Ilmu, memang tak akan habis untuk dipelajari.
Suatu hari, saya tiba-tiba terfikir tentang cerita seram dan solat tahajud. Apa persamaan antara keduanya? Ya, kedua-duanya ada kaitan dengan waktu malam atau lebih tepat lagi waktu melepasi tengah malam.
Sebagaimana yang kita tahu, solat sunat tahajud dilakukan pada dua pertiga malam (seafdalnya). banyak kelebihan melakukan solat tahajud ni. Antaranya :
- mendapat pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya
- dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin
- percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana
- dimudahkan hisab keatasnya
- mendapat catatan amal dari tangan kanan
- doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT
- (sumber: Solat fardhu dan Himpunan Solat Sunat, Pustaka Ilmuan, m/s 238)
Malah saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa molekul air pada waktu itu adalah sangat baik untuk badan kita. Hal ini kerana ramainya malaikat yang turun untuk mengaminkan doa orang-orang yang bertahajud. Wallahua'lam. (Betulkan saya kalau saya salah).
Namun, apa yang terjadi kepada masyarakat kita adalah sebaliknya. Kita banyak dimomokkan dengan cerita-cerita hantu malah cerita-cerita demikian diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Pelbagai cerita dari pelbagai sumber sering diperdengarkan kepada kita. Bagi mereka yang penakut (macam saya), setelah mendengar cerita sedemikian, amat payah untuk melangkah ke bilik air dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat malam. Langkah menjadi kaku. Perasaan takut dan seram mengatasi segala-galanya. Selalunya memang tidak terbangun walaupun malam itu kita sukar melelapkan mata. Akhirnya peluang yang ada disia-siakan begitu sahaja. Alangkah ruginya.
Oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita menyedari yang mana lebih memberi manfaat untuk kita. Sebarkanlah yang baik-baik kepada generasi muda yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang. Hapuskanlah segala sikap dan fikiran lapuk yang boleh merosakkan bangsa lebih-lebih lagi kepada orang-orang Islam.
Marilah kita sama-sama tegakkan syiar Islam di mata dunia sekaligus mengekang anasir-anasir jahat dari merosakkan iman dan akidah kita sebagai seorang Muslim.
"Hendaklah kamu melaksanakan qiamullail. Sesungguhnya qiamullail itu alat mendekatkan diri kepada Allah, pencegah dari dosa, penghapus bagi kejahatan dan penolak penyakit dari jasad"
- riwayat At-Tirmidzi
#just sharing my thought
#saya sendiri masih berusaha ke arah itu
Khamis, 2 Oktober 2014
7 Tips Success Dalam Jualan-Brian Tracy
Foto: Google
Assalamualaikum wbt.
Brian Tracy merupakan seorang pakar dalam bidang jualan dan pembangunan diri. Beliau telah menulis buku bertajuk 'Unlimited Sales Success' dan telah berkongsi 7 tips untuk meningkatkan hasil jualan.
- Bersikap serius dengan kerja anda- tetapkan matlamat dan mula mengorak langkah.
- Kenalpasti kelemahan kemahiran diri yang menghadkan sukses jualan.
- Berhati-hati dalam memilih kawan- pilihlah kawan dengan orang yang berjaya dan sentiasa bersikap optimis.
- Keputusan untuk hidup lama- jaga diri, jaga makan dan jaga kesihatan.
- Berlatih visualisasi secara kreatif- minda separa sedar akan memprogramkan visual anda dan dijadikan tindakan luaran diri dan selari dengan tindakan dalaman diri.
- Berlatih bercakap dengan diri sendiri secara positif- kata-kata yang paling hebat di dunia adalah kata-kata yang anda ucapkan kepada diri sendiri.
- Bersedia bertindak dan terus bertindak- menjadi seorang yang aktif dalam mengambil tindakan dan bertindak dengan segera.
Ahad, 3 Ogos 2014
Demam SRK
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Dilwale Dulhaniya Le Jayenge.
Assalamualaikum wbt.
Dilwale Dulhaniya Le Jayenge.
Wah, tetiba je kan. Musim-musim raya ni cakap pasal filem Bollywood pulak. Peminat Filem Bollywood terutama peminat SRK (Shah Rukh Khan) tahu sangat dengan filem ni. Mana tidaknya, Filem ni dah di ulang tayang untuk kali ke berapa ratus pun tak tahu. Skrip, jalan cerita, lirik lagu, lenggok tarian, semua dah hafal. Haha. Dan saya merupakan salah seorang peminat SRK.
Seperti mana yang kita tahu, Filem-filem Bollywood sangat klise. Selalunya tema filem cinta Bollywood, konfliknya mesti tentang cinta terhalang dan tidak direstui keluarga, perbezaan darjat dan yang sewaktu dengannya. Umum mengetahui, masyarakat India amat menitikberatkan hubungan keluarga. Sebab itulah mereka boleh tinggal beramai-ramai dalam sebuah rumah!
Apa yang menarik perhatian saya tentang filem ini adalah bagaimana Raj (lakonan SRK) berusaha untuk menambat hati ayah Simran (lakonan kajol) untuk merestui hubungan mereka. Walaupun Simran sanggup untuk kahwin lari daripada terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarganya, Raj tetap berkeras untuk mendapat restu daripada ayah Simran.
Filem ini mengajar kita tentang pentingnya restu keluarga terutama ibubapa dalam sesebuah hubungan. Tanpa restu dari keluarga, mustahil untuk kita mengecap kebahagian. Mungkin ada tapi hanya untuk seketika. Tanpa doa dan restu dari ibubapa pasti sesebuah hubungan itu akan bermasalah. Hati pun akan sentiasa gelisah. Bagaimana nak bahagia?
Memetik kata-kata Raj sewaktu ibu Simran menyuruh dia membawa Simran lari dari kampung, " Memilih untuk melarikan diri memang mudah, namun bahagia hanya pada permulaan. Tetapi sekiranya kita memilih jalan sukar dan berusaha sebaik mungkin untuk mengatasinya, pasti bahagia akan datang jua akhirnya."
Moral yang kita dapat dari cerita ini, mohonlah doa restu dari orang tua kita sentiasa kerana didalamnya terdapat keberkatan. Wallahua'lam.
#sayang abahmama duniaakhirat
Isnin, 21 Julai 2014
Bersederhanalah
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Dah siap shopping raya? Sekarang ni mesti ramai yang sedang kelam-kabut menyiapkan persiapan menjelang hari raya. Maklumlah, lagi seminggu nak raya. Untuk saya sekeluarga, Alhamdulillah. Dengan rezeki yang tak pernah putus dari Allah SWT, persiapan hampir selesai. Semuanya secara ala kadar saja. Tapi esok, Kak Long ajak teman shopping kat Kota Bharu. Harap-harap iman saya kuat untuk tak tergoda nak beli itu ini. Maklumlah, jualan murah. Tapi, murah ke? He he..
Mungkin ada yang perasan, seminggu dua ni aktiviti 'berblogging' saya agak perlahan. Sebenarnya saya sedang menambah ilmu berkaitan bisnes, kewangan dan strategi-strategi dalam bidang perniagaan dan kewangan. Maklum saja, saya budak baru belajar. Alhamdulillah, ternyata kasih sayang Allah itu Maha Luas. Ternyata, jalan yang saya lalui penuh liku namun ilmu yang dikutip sepanjang perjalanan itu sangat bernilai. Dia mahu saya belajar dan mencari ilmu sebelum saya benar-benar mengecapi kebahagiaan hakiki.
Hari ini, saya nak berkongsi sedikit tentang apa yang saya dapat sepanjang minggu ni. Pernahkah anda dengar atau mungkin juga sudah khatam membaca buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'? Saya bukan ingin membuat ulasan buku tersebut (sebab tak khatam lagi, he he). Tapi saya tertarik tentang perkongsian penulis mengenai seseorang yang sudah mengecapi kebebasan hutang. Dan hamba Allah yang bertuah itu ialah saudara Mohd. Zulkifli bin Shafie. Baru-baru ini saya ada singgah di blog beliau dan MasyaAllah, banyak sungguh ilmu berkaitan bisnes dan kebebasan kewangan yang beliau kongsikan. Saya sangat teruja apabila membaca blog beliau. Banyak tip-tip dan info-info yang boleh kita manfaatkan dari perkongsian beliau. Saya syorkan kepada anda semua untuk membaca blog beliau di http://www.mohdzulkifli.com.
Antara petua saudara Mohd. Zulkifli untuk bebas hutang ialah hidup dibawah kemampuan. Bukanlah maksudnya kita kena jadi kedekut, tapi berjimat cermat. Lupakan segala benda yang tidak perlu dalam hidup kita. Fokus dahulu kepada membayar hutang-hutang yang ada. Tapi, mestilah ada caranya. Sesuai sangatlah kalau kita nak mula praktik untuk raya ni. Tidak usahlah membazir wang yang ada untuk membeli barang yang tidak perlu sebenarnya. Kalau kita pandai buat bajet dan lebih bagus lagi kalau mampu mengawal nafsu, InshaaAllah, banyak yang boleh kita jimat.
Oleh itu, bersederhanalah dalam berbelanja. Kebahagiaan dan kegembiraan itu bukan datang dari baju baru dan deretan makanan yang pelbagai, tapi datang dari hati yang tenang.
#selamat shopping raya
#knowledge is power
Selasa, 15 Julai 2014
Contengan Jalanan I- Fend
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Ulasan Buku : Contengan Jalanan I - Fend
Penulis : Hlovate
Terbitan : Jemari Seni Publishing
" Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan" - Hlovatesays
Assalamualaikum wbt.
Ulasan Buku : Contengan Jalanan I - Fend
Penulis : Hlovate
Terbitan : Jemari Seni Publishing
" Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan" - Hlovatesays
Memaparkan kisah yang amat berat. Tentang tujuan hidup dan hakikat kematian. Semuanya bermula dari satu ayat,
" The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th. "
Perkara pertama yang terlintas difikiran, tentang orang tidak sempat berubah atau lebih tepat lagi, tidak sempat bertaubat.
Dalam Contengan Jalanan I - Fend, Hlovate (penulis) membawa kita mengembara bersama dua orang sepupu, Fend dan Chad jauh ke bumi Australia. Semuanya bermula dari ayat keramat, " the man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th" yang terbit dari mulut seorang gadis yang Fend temui secara tidak sengaja bernama Lia.
Fend, seorang pelajar universiti yang baru nak menginjak ke usia dewasa. Hanya lima perkara sahaja yang penting dalam hidupnya. Kamera, kerana dia merupakan pelajar jurusan fotografi, gitar, komputer riba, telefon bimbit dan iPod. Dunianya hanya fotografi, lukisan, jamming bersama anggota bandnya merangkap kawan-kawan baiknya dan kadangkala menerima kerja-kerja 'freelancing' sebagai jurugambar. Sepupunya, Chad, sedang menyambung pelajaran di Texas atas tajaan syarikat tempat dia bekerja. Chad punya segalanya, kerjaya yang bagus dan memiliki rumah dan kereta sendiri. Namun, itu semua belum mampu memuaskan hatinya yang terasa kosong.
Rasa ingin tahu Fend dan rasa kekosongan dalam hati Chad membawa mereka ke Australia, mencari makna hidup Ramadhan tahun itu. Dan bermulalah perjalanan mencari Tuhan di bumi asing itu.
Di Australia, mereka mengambil keputusan untuk menumpang di sebuah masjid, Punchbowl Mosque yang akhirnya membawa perkenalan dengan imam masjid, Imam Zakariyya dan ayahnya Tok Abdul Qadir yang berasal dari Arab Saudi.
Di masjid itu, mereka mula mengenal Islam dengan lebih mendalam. Mula sedar bahawa Islam itu universal dan tidak mengira bangsa, keturunan, pekerjaan dan warna kulit. Islam juga bukan hanya untuk golongan Pak Arab dan ustaz ustazah . Mengamalkan ajaran Islam yang sebenar adalah wajib dalam kehidupan setiap Muslim.
Tahun itu, Fend dan Chad benar-benar merasai roh Ramadhan. Mereka mula membuka kembali Kitab Suci, belajar tafsir, belajar hadis dan sama-sama merebut peluang mengejar malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Kembara itu sangat memberi kesan kepada mereka.
Namun, diakhir cerita ini berlaku satu tragedi. Dan sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya.
# 1 The 11th hour adalah cerita mengenai orang yang berubah. Berubah sebelum ajal tiba. Berubah kepada jalan cari Tuhan semula. Berubah kembali ke jalan-Nya sebelum ajal menjemput.
# 2 Bagi saya, kisah ini memberi satu pengajaran yang baik untuk mereka yang masih mempunyai fikiran bahawa mati itu hanya berlaku apabila sudah tua. Berubahlah sebelum terlambat kerana kematian pasti datang tak kira masa, tempat, dan usia. Kun Faya Kun.
# 3 Sengaja saya tidak menceritakan pengakhiran cerita kerana saya sangat berharap orang ramai akan membaca buku ini kerana ia sarat dengan pengajaran yang tidak boleh di pandang ringan. Bukan untuk saham dunia tetapi lebih kepada saham akhirat.
# 4 Saya membuat ulasan buku ini kerana ia berlatarbelakangkan bulan Ramadhan, sesuailah dengan kita sekarang. Semoga bermanfaat.
Fend, seorang pelajar universiti yang baru nak menginjak ke usia dewasa. Hanya lima perkara sahaja yang penting dalam hidupnya. Kamera, kerana dia merupakan pelajar jurusan fotografi, gitar, komputer riba, telefon bimbit dan iPod. Dunianya hanya fotografi, lukisan, jamming bersama anggota bandnya merangkap kawan-kawan baiknya dan kadangkala menerima kerja-kerja 'freelancing' sebagai jurugambar. Sepupunya, Chad, sedang menyambung pelajaran di Texas atas tajaan syarikat tempat dia bekerja. Chad punya segalanya, kerjaya yang bagus dan memiliki rumah dan kereta sendiri. Namun, itu semua belum mampu memuaskan hatinya yang terasa kosong.
Rasa ingin tahu Fend dan rasa kekosongan dalam hati Chad membawa mereka ke Australia, mencari makna hidup Ramadhan tahun itu. Dan bermulalah perjalanan mencari Tuhan di bumi asing itu.
Di Australia, mereka mengambil keputusan untuk menumpang di sebuah masjid, Punchbowl Mosque yang akhirnya membawa perkenalan dengan imam masjid, Imam Zakariyya dan ayahnya Tok Abdul Qadir yang berasal dari Arab Saudi.
Di masjid itu, mereka mula mengenal Islam dengan lebih mendalam. Mula sedar bahawa Islam itu universal dan tidak mengira bangsa, keturunan, pekerjaan dan warna kulit. Islam juga bukan hanya untuk golongan Pak Arab dan ustaz ustazah . Mengamalkan ajaran Islam yang sebenar adalah wajib dalam kehidupan setiap Muslim.
Tahun itu, Fend dan Chad benar-benar merasai roh Ramadhan. Mereka mula membuka kembali Kitab Suci, belajar tafsir, belajar hadis dan sama-sama merebut peluang mengejar malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Kembara itu sangat memberi kesan kepada mereka.
Namun, diakhir cerita ini berlaku satu tragedi. Dan sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya.
# 1 The 11th hour adalah cerita mengenai orang yang berubah. Berubah sebelum ajal tiba. Berubah kepada jalan cari Tuhan semula. Berubah kembali ke jalan-Nya sebelum ajal menjemput.
# 2 Bagi saya, kisah ini memberi satu pengajaran yang baik untuk mereka yang masih mempunyai fikiran bahawa mati itu hanya berlaku apabila sudah tua. Berubahlah sebelum terlambat kerana kematian pasti datang tak kira masa, tempat, dan usia. Kun Faya Kun.
# 3 Sengaja saya tidak menceritakan pengakhiran cerita kerana saya sangat berharap orang ramai akan membaca buku ini kerana ia sarat dengan pengajaran yang tidak boleh di pandang ringan. Bukan untuk saham dunia tetapi lebih kepada saham akhirat.
# 4 Saya membuat ulasan buku ini kerana ia berlatarbelakangkan bulan Ramadhan, sesuailah dengan kita sekarang. Semoga bermanfaat.
Ahad, 13 Julai 2014
Kesempurnaan Puasa Ramadhan
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Pada 9 Julai 2014 bersamaan 11 Ramadhan 1435H, saya telah menghadiri satu sesi ceramah anjuran jabatan tempat saya bertugas. Bersesuaian dengan bulan Ramadhan ini, tajuk ceramah yang disampaikan adalah mengenai Kesempurnaan Puasa Ramadhan yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhamad bin Deraman, Penolong Pengarah Pencegahan dan Siasatan MAIDAM, Terengganu.
Kata orang ' sharing is caring'. Jadi disini, saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu yang saya dapat melalui sesi ceramah berkenaan. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Ada beberapa tingkatan puasa yang boleh kita ukur:
- Puasa awam - iaitu hanya menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.
- Puasa khusus - iaitu bukan hanya menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa malah turut berpuasa pancaindera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
- Puasa khususul khusus - Selain daripada puasa seluruh pancaindera dan seluruh anggota badan tetapi turut berpuasa 'hati' yakni tidak memikirkan soal keduniaan
Yang mana satu tingkatan puasa kita? Tepuk dada, tanya iman.
Bagaimana ingin mendapat kesempurnaan puasa? Ada beberapa perkara yang boleh kita amalkan sepanjang kita berpuasa;
- Makan sahur - kita disunatkan supaya bersahur dan waktu yang afdal untuk bersahur ialah sejam sebelum waktu imsak. Nabi Muhammad SAW menyarankan supaya melewatkan sahur dan hukumnya adalah sunat.
- Segera berbuka - kita disarankan supaya segera berbuka puasa sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang dan disunatkan berbuka dengan kurma atau manisan.
- Rezeki yang halal - makan dan pakailah daripada sumber rezeki yang halal.
- Mandi hadas dengan segera - kita dituntut untuk menyegerakan mandi hadas iaitu sebelum terbit fajar.
- Qiamulail - Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk qimulail ialah solat sunat tarawih, solat sunat witir, berzikir, selawat dan membaca Al-Quran.
- Menjaga lidah - kita seharusnya menjaga setiap percakapan kita seperti tidak berdusta, mengadu domba, mengumpat, menyebarkan fitnah, berbual kosong dan sebagaikan untuk mengelakkan berkurang pahala puasa kita.
- Menjaga syahwat - elakkan dari perkara-perkara yang mendorong kita melakukan perkara maksiat.
- Mengawal emosi - kita perlu bijak dalam mengawal emosi kita agar tidak mudah marah, tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kurang pahala puasa kita.
- Buat kebajikan - perbanyakkanlah sedekah dan melakukan amal jariah di bulan penuh keberkatan ini.
- Banyak berdoa - antara doa-doa yang mustajab adalah doa ibu bapa, doa pemerintah yang adil, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang berpuasa.
- Bertakwa kepada Allah - semoga semua amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan dapat diteruskan pada bulan-bulan berikutnya.
Pada bulan Ramadhan juga ada malam yang paling mulia, malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar. Oleh itu, marilah kita sama-sama mencari malam yang penuh keberkatan ini pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ya Allah, temukanlah kami dengan malam yang penuh barakah dariMu, malam Lailatul Qadar. Amin.
#sedikit perkongsian daripada saya. rasa macam selfish pula kalau tak share dengan orang lain.
#sedang dalam rangka menyusun strategi baru. doakan saya agar bertemu jawapannya.
Sabtu, 12 Julai 2014
Always A Traveller - Reclaim Your Heart
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Anda semua kenal dengan Mizz Nina? Alhamdulillah, syukur dengan perubahan beliau setelah menunaikan haji tahun lepas (kalau tak silap saya).
Assalamualaikum wbt.
Anda semua kenal dengan Mizz Nina? Alhamdulillah, syukur dengan perubahan beliau setelah menunaikan haji tahun lepas (kalau tak silap saya).
Minggu lepas, saya ada menonton sebuah travelog Mizz Nina yang bertajuk Always A Traveller- Reclaim Your Heart. Travelog ini berkisarkan tentang pencarian Mizz Nina tentang Islam dan kehidupan. Pengembaraan beliau bermula setelah membaca buku Reclaim Your Heart yang membawa beliau ke bumi New Zealand untuk bertemu dengan penulis buku tersebut, Ustazah Yasmin Mogahed.
Sedikit perkongsian dari program ini:
Ustazah Yasmin dalam sesi ceramahnya menyatakan bahawa kita adalah pengembara dan dunia ini adalah satu persinggahan kita dalam menuju ke kehidupan abadi iaitu Jannah. Untuk itu, kita seharusnya mempunyai bekal secukupnya dalam perjalanan kita sebagai persediaan untuk menghadapi hari Akhirat.
Memang benar, kita cuma pengembara sahaja di dunia ini. Tiba masanya kita akan sampai ke destinasi akhir kita, Akhirat. Untuk itu, kita perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai ujian dan dugaan dalam perjalanan yang semestinya penuh dengan onak duri. Persediaan yang cukup amat perlu agar perjalanan akhir kita dapat dilalui dengan mudah.
Travelog ini mempunyai beberapa siri, berdurasi selama 30 minit (termasuk iklan) setiap siri dan boleh diikuti setiap Sabtu dan Ahad jam 5.30 petang.
#Reclaim Your Heart dah masuk dalam 'book wishlist' saya
#mood gila buku dah datang
Jumaat, 11 Julai 2014
Pray For Gaza
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Sejak awal Ramadhan lalu, kita sudahpun mendengar berita sedih tentang saudara-saudara kita di Gaza, Palestin. Mereka diuji untuk kesekian kalinya dan kali ini dugaan lebih berat memandangkan sekarang adalah bulan Ramadhan. Sekeras-keras hati ini, menitis juga air mata mengenangkan mereka yang sedang bertarung nyawa di sana. Apa dosa mereka sehingga mereka diperangi sedemikian rupa. Kejamnya Israel, sudahlah menjajah tanah orang, ingin menghapuskan terus penduduk negeri itu.
Apabila mengetahui satu-satunya pintu keluar dari Rafah, Mesir ditutup untuk rakyat Palestin mendapat bantuan sedangkan pintu untuk Israel terbuka luas, sudah boleh mengagak, betapa rapuhnya umat Islam disana. Bantuan untuk sesama saudara seIslam tidak diberi sedangkan umum mengetahui keadaan yang runcing di Gaza. Betapa saya terkilan.
Palestin sangat istimewa untuk kita umat Islam. Disitulah terletaknya Masjid Al-Aqsa. Di Baitul Maqdis, tempat terbukanya pintu langit semasa peristiwa Israk Mikraj dan juga di situlah tempat lahir beberapa nabi kita. (tolong betulkan saya andai ada kesilapan)
Namun,saya sangat kagum dengan penduduk Palestin. Cemburu juga ada. Mereka tidak gentar menghadapi serangan musuh. Begitulah tingginya kepercayaan dan penyerahaan diri yang sepenuhnya kepada Allah. Sungguh, bantuan Allah akan datang apabila tiba waktunya. Saya cemburu kerana mereka disana mendapat peluang untuk mati Syahid. Siapa yang tidak ingin mati dalam kemuliaan, dalam keadaan menegakkan agama Islam. Sungguh saya juga teringin untuk mendapat Syahid.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk berdoa untuk keselamatan penduduk Gaza dan bumi Palestin. Bantulah saudara-saudara kita disana melalui sumber-sumber yang ada. Semoga sempena Ramadhan yang penuh berkah ini, doa kita semua akan dimakbulkan. Amin.
Bantuan dari segi material juga boleh disalurkan. Setahu saya ada dua pertubuhan yang aktif membantu penduduk Gaza iaitu Aqsa Syarif dan Aman Palestin. Bolehlah kalau anda semua ingin menyalurkan bantuan anda kepada mereka disana. InshaaAllah, semoga dengan bantuan kita yang sedikit ini mampu untuk meringankan beban mereka disana. Semoga Allah merahmati sekalian yang murah hati menyalurkan pelbagai bantuan kemanusiaan untuk saudara kita disana.
Moral of the story, bersyukur kita berada dalam keadaan yang aman. Masih diberi rezeki yang melimpah ruah. Masih boleh ketawa bergembira bersama keluarga tersayang. Syukur Alhamdulillah.
Ya Allah, Kau tabahkanlah seluruh penduduk Gaza menghadapi dugaan ini,
Ya Allah, bantulah kami untuk membantu mereka,
Ya Allah, semoga bantuan dan doa kami ini mampu untuk meringankan beban mereka,
Sesungguhnya hanya padaMu lah kami berserah. Amin.
Keep praying for our brothers and sisters in Gaza. Allahuakbar!
#maaf, entri kali ini sedikit emosi
Selasa, 8 Julai 2014
Azam 10 Ramadhan
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Sejekap saja masa berlalu. Pejam celik, hari ni dah 10 Ramadhan. Terasa baru semalam mula berpuasa. Dan sesungguhnya masa yang berlalu itu tidak mungkin akan kembali lagi. Oleh itu, kuatkan semangat, rebutlah peluang yang ada sementara masih diberi kesempatan oleh-Nya.
Setiap permulaan hari yang baru, kita seharusnya mempunyai matlamat yang ingin dicapai pada hari itu. Saya juga begitu. Namun, sebagai manusia biasa, kita juga tidak boleh lari dari dihambat pelbagai cabaran yang kadangkala membuat kita hampir putus asa.
Terus terang saya katakan, saya mempunyai banyak perancangan untuk masa depan. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan sebaik-baik rancangan tentulah daripadaNya Yang Maha Mengetahui. Di beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
Saya baru saja menghabiskan bacaan novel 'Contengan Jalanan' tulisan penulis kegemaran saya, Hlovate. Entah kenapa saya tiba-tiba ingin mengulang membaca buku itu. Ini adalah Kali kelima atau keenam saya membaca buku itu. 'Contengan Jalanan' bukan novel biasa. Ia adalah sebuah contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan. Tentang manusia yang ingin berubah. Saya akan berkongsi intipati buku ini pada entri seterusnya, InshaaAllah. Apa yang boleh saya katakan buku ini banyak memberi kesedaran kepada saya serta mengingatkan saya tentang matlamat sebenar yang saya telah setkan di minda dan hati saya. Sekali lagi menggambarkan bahawa saya seorang hamba yang lemah dan pelupa. Hanya pada Dialah tempat memohon pertolongan dan mengadu.
Hari ini, saya menulis dengan azam baru. Saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang telah, sedang dan akan saya baca dan pelajari. Kata orang 'sharing is caring'.
Saya seorang yang cetek ilmu. Apa yang saya tulis datang dari pembacaan, pengalaman dan pemerhatian juga ilham yang diberi oleh Allah SWT kepada saya. Andai ada salah dan silap tegurlah saya. Lumrah manusia tiada yang sempurna. Semoga kita semua diberkati oleh-Nya dan mendapat rahmat serta kasih sayang dari-Nya.
Doakan saya semoga sentiasa positif dalam menjalanani liku-liku kehidupan yang masih bersisa ini dan semoga kita semua sempat bersedia untuk membawa bekal secukupnya untuk bertemu dengan Yang Maha ESA kelak.
Selamat menjalani ibadah puasa. Salam 10 Ramadhan.
Rabu, 2 Julai 2014
The Power of Zikrullah
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Selamat pagi semua. Alhamdulillah, hari ini sudahpun masuk hari ke 4 kita berpuasa. Syukur masih diberi peluang untuk merebut pahala yang berlipat ganda Ramadhan ini.
Kebelakangan ini, saya sering gelisah. Apa yang dibuat serasa ada saja yang tidak kena. Kadangkala hampir berputus asa. Adakah saya akan dilanda penyakit kemurungan untuk kesekian kalinya dalam hidup saya? Ya Allah, tolonglah jauhi saya dari penyakit itu lagi.
Hati yang tidak tenang, seringkali berasa gelisah, mudah berputus asa, panas baran adalah antara tanda-tanda penyakit hati. Teringat satu tajuk dalam program Tanyalah Ustazah di tv9 baru-baru ini, Vitamin Hati. Mungkin hati saya kekurangan vitamin. Sebab itulah saya sering gundah gulana.
Semenjak saya mula untuk berniat untuk melakukan transformasi diri, saya sudah tetapkan dalam hati bahawa saya perlu melakukan perubahan secara menyeluruh termasuklah muzik yang menjadi halwa telinga saya. Jadi, sebagai langkah pertama saya mula memuat turun lagu-lagu ketuhanan dan juga zikir-zikir dari pelbagai artis dalam dan luar negara.
Selalunya, saya akan memasang zikir-zikir ini untuk menemani saya sepanjang perjalanan pergi balik dari kerja. Perjalanan yang memakan masa lebih dua jam memang akan diisi dengan lagu-lagu zikir dan nasyid. Dan mestilah saya akan turut 'berkaraoke' dalam kereta mengikut alunan zikir dan nasyid tersebut.
Adakah anda fikir saya ingin mengatakan bahawa saya seorang yang sangat baik kerana selalu berzikir dalam kereta? Oh, tidak! Itu baru mukadimah saja. Apa yang saya ingin tekankan disini ialah tentang kekuatan zikrullah.
Baru-baru ini, 'USB connecter' kereta saya rosak. Jadi, tak ada lagi lagu-lagu zikir yang menemani perjalanan saya. Saya hanya mendengar siaran radio sahaja. Pada mulanya, saya tak rasa apa-apa. Seronok juga kadang-kadang mendengar celoteh penyampai-penyampai radio yang pelbagai ragam. Namun, lama-kelamaan saya sering rasa mengantuk semasa memandu. Dan menjadi semakin parah apabila saya akan mengantuk setiap kali dalam perjalanan. Perangai saya juga mula berubah. Saya jadi lemah dan mudah putus asa. Sedikit demi sedikit sikap negatif mula merajai diri. Saya seolah-olah hilang punca. Hilang semua kekuatan diri yang saya bina selama ini. Puas saya fikir, kenapa tiba-tiba saya jadi macam ni ? Kemana hilangnya semua sifat positif dalam diri? Saya seolah-olah hanyut dalam diri sendiri.
Ternyata ini ujian dari Allah yang ingin menduga hambaNya. Dan Dia masih menyayangi saya. Hanya pada Dialah tempat mengadu dan bergantung. Mungkin ini petunjuk dariNya, saya tersedar dan berkata kepada diri, mungkin ini akibat dari kelalaian saya sendiri. Benarlah apabila diberitahu bahawa salah satu ubat penyakit hati adalah zikrullah. Tanpa saya sedari itulah salah satu punca kekuatan saya selama ini. Lagu-lagu zikir yang sering menemani saya itulah yang memberi ketenangan dalam diri. Subhanallah, Allahuakbar. Maha Suci Allah. Betapa saya telah lalai dari mengingatinya. Akhirnya saya tenggelam dan hampir lemas. Terima kasih Ya Allah, kerana memberi peringatan ini. Terima Ya Allah kerana masih menyayangi diri ini. Sesungguhnya ternyata kita amat kerdil disisiNya. Dan tanpa kasih sayang dan belas kasihan dariNya, siapalah kita.
Selepas ini, saya perlu mula mencari alternatif agar hati saya sentiasa mendapat vitamin yang secukupnya supaya kejadian ini tidak berulang lagi. Jaga diri, Jaga hati.
* Ini adalah catatan pengalaman saya sendiri. Jika ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan sesiapa saya mohon maaf. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman.
* Jom sertai jemaah ABDR melalui pendaftaran kelas-kelas yang ditawarkan di Akademi. Dapat pengalaman baru dan kawan-kawan baru.
Ahad, 22 Jun 2014
Positif Pagi
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, saya semakin sihat hari ini. Dah hampir seminggu saya demam,selsema, batuk dan sakit kepala. Mungkin betul juga apa orang kata, orang yang susah jatuh sakit, sekali kena, mesti teruk. Itulah yang terjadi kepada saya. Tiga hari lepas memang saya langsung tak boleh buat kerja. Nak berdiri pun tak larat. Masa tulah baru nak ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Apa yang dimaksudkan 5 perkara sebelum 5 perkara tu? Mesti macam pernah dengar kan? Ye betul, tajuk lagu kumpulan Raihan. He he..
Jangan marah ye. Saya sebenarnya belum sembuh sepenuhnya lagi. Ok, 5 perkara sebelum 5 perkara tu adalah:
# Muda sebelum Tua
# Kaya sebelum Miskin
# Lapang sebelum Sempit
# Sihat sebelum Sakit
# Hidup sebelum Mati
Kata Dr. Azizan Osman, kesihatan adalah kekayaan
Kata Prof. Dr. Muhaya, kesakitan dan kesembuhan datang dari Allah. Tapi terpulang kepada kita bagaimana kita menghadapi ujian sakit itu. Kalau kita fikir positif, InshaaAllah, kesakitan itu akan berlalu dengan cepat.
Kata FIZA AZIZ, lepas ni kena tukar cara hidup, cara makan dan cara fikir. Boleh ke? InshaaAllah. Semuanya dengan izin Allah.
Khamis, 5 Jun 2014
Novel Pilihan
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Ulasan Buku
Tajuk: Versus
Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Publishing
" Buat 'awak' yang mahu berubah,
Berubahlah walaupun payah,
Berubahlah ke arah hidup lebih indah,
Hidup dan masa muda sekali cuma,
Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?"
* HLOVATE*
Menghayati kata-kata penulis diatas, itulah yang ingin disampaikan oleh penulis melalui novel ini. Bagaimana untuk berubah berperang melawan diri sendiri. Sakitnya hanya orang yang merasainya sahaja yang tahu. Inilah yang ditonjolkan dalam 'VERSUS'.
Versus mengisahkan tentang perjalanan dua remaja, Minn Edina dan Ashraff Omar.
Kerana wasiat arwah datuknya, Minn mula berubah. Berubah perangai dan penampilan. Dari seorang gadis 'jalanan' yang kehidupannya penuh warna-warni kepada seorang gadis yang lebih menjaga batas pergaulan dan aurat.
Mengenali seorang Minn Edina sebagai mentor untuk salah satu sabjek untuk kursusnya mengubah diri seorang Ashraff Omar. Ashraff juga adalah 'budak jalanan'. Melalui perkenalan dengan Minn, Ashraff mula kembali mengenal Tuhan dan agama. Kembara menuntut ilmu di Australia menjadi titik mula untuk kehidupan Ashraff yang baru. Mengenali saudara-saudara seagama yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar menjadikan Ashraff seorang insan yang jauh lebih baik daripada sebelumnya.
Pertemuan kembali dengan Ashraff ketika pemuda itu pulang untuk cuti semesta memberi tamparan besar kapada Minn. Perubahan Ashraff yang jauh meninggalkan dirinya membuatkan Minn merasa rendah diri. Sangkanya penghijrahannya selama ini sudah cukup baik tapi rupanya masih banyak yang dia harus belajar. Merasakan dirinya tidak layak untuk berdamping dengan Ashraff, Minn nekad memutuskan hubungan. Dan dia mula belajar memperbaiki diri. Solat dijaga dan ditambah lagi yang sunat, amalan dipertingkatkan, penampilan diri juga lebih mengikut syariat yang dituntut dalam Islam.
Bumi Australia menemukan kembali dua insan yang terpisah atas takdir Yang Maha Kuasa. Salah faham akhirnya terlerai dan menyatukan kembali dua hati. Tapi kali ini ianya lebih indah kerana disertai dengan cinta kepada-Nya.
Tentang Penulis
Hlovate penulis yang misteri. Beliau tidak pernah menonjolkan dirinya. Maklumat tentang beliau juga amat sedikit. Tetapi beliau mempunyai ribuan pengikut di blog beliau (suatu ketika dahulu ) dan di facebook (sekali-sekala dia akan muncul dengan kata-kata yang mampu memberi sumber inspirasi untuk para peminatnya). Novel-novel tulisan Hlovate rata-rata mengisahkan tentang mereka yang ingin berubah. Dari zaman 'jahiliah' akhirnya kembali ke fitrah agama Islam yang sebenarnya. Setiap tulisan beliau sangat jujur dan 'straight to the point'. Malah kadang-kadang 'makan dalam'. Tapi itulah istimewanya Hlovate. Dia memberi inspirasi kepada mereka yang ingin berubah melalui tulisannya. Dan saya adalah salah seorang daripadanya. Tapi awas, Hlovate menggunakan 40 sehingga 50 peratus Bahasa Inggeris dalam novelnya. Boleh dikatakan novel Hlovate ni separuh melayu, separuh Inggeris.
Pendapat Peribadi
Versus memberi satu 'sentimental value' untuk saya. Menerusi Versus saya mendapat suntikan semangat untuk terus belajar memperbaiki diri yang sememangnya sangat jahil dan cetek ilmu. Melalui Versus juga, saya belajar banyak perkara baru. Bukan hanya Minn dan Ashraff yang berubah malah saya sendiri turut melalui proses penghijrahan itu. Versus adalah langkah pertama saya dalam mencari diri dan lebih mengenali serta mendekati Sang Pencipta.
Syukur Ya Allah kerana Kau telah memberi ilham kepada penulis ini untuk menyampaikan dakwahnya melalui tulisan. Terima kasih kepada adinda saya Mohd Azwan Abdul Aziz yang memperkenalkan buku ini dan kekanda saya Nurazimawati Abdul Aziz, pelabur dan pemilik novel yang penuh inspirasi ini. Semoga mereka semua mendapat 'bahagian' masing-masing daripada Allah SWT. Amin.
"...bukan mudah untuk berubah,
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud mengadap Tuhan...."
*HLOVATESAYS*
Khamis, 29 Mei 2014
Rejab Dan Syaaban
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Hari ni hari terakhir di bulan Rejab untuk tahun 1435 Hijrah. InshaaAllah, esok kita akan bertemu dengan Syaaban pada hari jumaat penghulu segala hari. Tidak sabar rasanya untuk menunggu kedatangan Ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Semoga kita semua dipanjangkan umur sehingga bertemu Ramadhan sekali lagi tahun ini. InshaaAllah.
Semalam, semasa dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Ajil, saya terdengar satu ceramah agama sempena Israk Mikraj di sebuah stesen radio (saya kurang pasti stesen radio mana). Saya jarang mendengar ceramah agama semasa memandu tetapi semalam secara tidak sengaja saya terdengar semasa sedang mencari stesen radio lain, he he. Apa yang menarik perhatian saya apabila penceramah memperkatakan tentang puasa sunat. Kata beliau umat Islam disarankan untuk berpuasa pada hari yang panas terik. Hal ini adalah untuk melatih umat Islam supaya menjadi lasak. Umat Islam tidak boleh lagi bermanja-manja dan bersikap malas serta lemah kerana kita mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu menaikkan kembali nama Islam di mata dunia.
Terkesan dengan kata-kata penceramah itu, saya terfikir keadaan saya sehari sebelum. Saya puasa, tapi mata sangatlah berat walaupun dah tidur (lebih dari hari tak puasa). Kebetulan pula saya off hari tu. Memang tak lasak langsung. Lepas ni, saya kena lebih kuat melawan segala godaan dan cabaran. Tambah lagi sebagai persediaan untuk menyambut Ramadhan yang sangat dirindui oleh semua umat Islam.
Jom, muhasabah diri. Ada sebulan lagi nak masuk bulan puasa. Kerja, kerja juga. Bisnes, bisnes jugak. Saham akhirat pun kena tambah juga.
Selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa hari ini.
Assalamualaikum wbt.
Hari ni hari terakhir di bulan Rejab untuk tahun 1435 Hijrah. InshaaAllah, esok kita akan bertemu dengan Syaaban pada hari jumaat penghulu segala hari. Tidak sabar rasanya untuk menunggu kedatangan Ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Semoga kita semua dipanjangkan umur sehingga bertemu Ramadhan sekali lagi tahun ini. InshaaAllah.
Semalam, semasa dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Ajil, saya terdengar satu ceramah agama sempena Israk Mikraj di sebuah stesen radio (saya kurang pasti stesen radio mana). Saya jarang mendengar ceramah agama semasa memandu tetapi semalam secara tidak sengaja saya terdengar semasa sedang mencari stesen radio lain, he he. Apa yang menarik perhatian saya apabila penceramah memperkatakan tentang puasa sunat. Kata beliau umat Islam disarankan untuk berpuasa pada hari yang panas terik. Hal ini adalah untuk melatih umat Islam supaya menjadi lasak. Umat Islam tidak boleh lagi bermanja-manja dan bersikap malas serta lemah kerana kita mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu menaikkan kembali nama Islam di mata dunia.
Terkesan dengan kata-kata penceramah itu, saya terfikir keadaan saya sehari sebelum. Saya puasa, tapi mata sangatlah berat walaupun dah tidur (lebih dari hari tak puasa). Kebetulan pula saya off hari tu. Memang tak lasak langsung. Lepas ni, saya kena lebih kuat melawan segala godaan dan cabaran. Tambah lagi sebagai persediaan untuk menyambut Ramadhan yang sangat dirindui oleh semua umat Islam.
Jom, muhasabah diri. Ada sebulan lagi nak masuk bulan puasa. Kerja, kerja juga. Bisnes, bisnes jugak. Saham akhirat pun kena tambah juga.
Selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa hari ini.
Langgan:
Catatan (Atom)




