Assalamualaikum wbt.
Allahummasolli ala saidina Muhammad, wa'ala alihi waashabihi ajmain.
Perjalanan pagi menuju ke pejabat paling saya suka. Entah bila bermulanya, saya suka memandang ke langit luas. Indahnya pemandangan yang Allah sajikan kepada hambaNya.
Jiwa rasa tenang dan lapang setiap kali memandang langit. Mengingatkan diri ini sangat kerdil disisi Allah.
Walaupun melalui jalan yang sama setiap hari, namun pemandangan langit tak pernah serupa setiap hari. Setiap hari, suasananya berbeza. Namun yang pasti semuanya sangat indah. Ciptaan Allah Ya Khaliq yang tidak ada tolok bandingnya.
Setiap hari memandang keindahan langit yang cantik memukau, sehingga menerbitkan suatu rasa. Dan tanpa diundang, kadangkala air mata mengalir di pipi. Rasa sebak didada. Suatu perasaan yang sangat sukar di gambarkan.
Terima kasih Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud...
Kerana kasih sayangMu, aku masih bisa meneruskan hidup penuh ranjau ini.
Kerana Kau mengujiku supaya aku sentiasa dekat denganMu.
Kerana Kau sentiasa memberi kekuatan kepadaKu.
TanpaMu Ya Aziz, Ya Qawiy, aku hilang arah tujuan.
Namun kini, aku semakin jelas dengan kehidupanku.
Dunia hanya persinggahan.
Akhirat jua yang kekal abadi.
Dan semoga destinasi terakhirku adalah Syurga FirdausMu.
Amin, Ya Mujib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan