Isnin, 1 Februari 2016

Jurnal Bisnes #1 : Cabaran Nak Mula

Assalamualaikum wbt.

Semoga kita semua berada di bawah lindungan Ya Hafiz Ya Muhaimin sentiasa.

Akhirnya, semangat dan kerajinan menjelma semula dalam diri. Alhamdulillah Ya Syakur. Semoga saya terus kuat, lebih bersemangat dan sentiasa rajin. Amin, Ya Mujib.

Saya dah mula buat list. Biasanya bila dah mula buat list tu,kepala jadi ringan sikit. Sebab dah pindahkan memori dari "internal hard disk" (otak) ke "external hard disk" (buku nota, tablet dan pc). Hehe..

Maksudnya saya tak perlu nak mengerah tenaga otak saya untuk mengingat semua benda. Yang mana memang dah lekat dalam kepala tu, Alhamdulillah tapi banyak yang terlupa. Maklumlah, faktor usia. Hehe...

Namun begitu,walau semangat rajin tu dah ada,jangan diingat tiada cabarannya. Saya dalam proses untuk membaca semula, menghabiskan bacaan tertangguh serta menghadam ebook dan buku-buku yang tengah beratur menunggu giliran untuk dibaca. Memang agak banyak bilangannya sebab saya suka beli tapi tak sempat nak baca. 

Oleh itu,saya dah jadikan tugasan wajib untuk saya  untuk menulis ulasan setiap ebook dan buku yang saya baca. Kongsi ilmu. Juga sebagai nota dan peringatan kepada saya.

Jadi, pagi ni saya memilih ebook "Yeay! Mama Sudah Resign". Kebetulan kerja saya pun tak berapa sibuk jadi saya ambil kesempatan habiskan bacaan.

Baru je setengah bacaan, saya dilanda rasa mengantuk yang amat sangat. Menguap sampai keluar air mata. Tu lah, nak serap ilmu ni banyak godaan. Cuba baca novel, sanggup tak makan, tak minum, tak tidur. Tapi kalau bacaan ilmiah, Allahuakbar, macam-macam dugaan datang memberi salam.

Semasa saya menulis entry ini pun, saya break sekejap membaca. nak hilangkan rasa mengantuk  yang kian menggoda. Rasa lapar pun ada jugak walaupun sebenarnya baru sudah makan. Haila!

Oklah,nak sambung membaca. Saya nekad nak habiskan hari ini supaya saya dapat tulis ulasan ebook ni dan dapat terbitkan di blog dalam masa terdekat. Fighting! InshaaAllah saya boleh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan