Saya seorang #PlannerLovers. Setiap tahun memang saya akan jadi "planner hunter". Because I love to plan. Terutama sekali, bab CUTI *😁😁*
Planner juga penting untuk saya catatkan setiap aktiviti bulanan dan tahunan seperti meeting, kursus dan sebagainya. Saya kena catat semua supaya senang nanti nak rujuk balik. Maklumlah, walau muka maintain comel tapi ahkak dah berusia. Penyakit lupa tu pakej la dengan peningkatan usia. 😎😎
Bermula tahun lepas, saya berjinak- jinak menjadi " Planner Seller". Alaa, kecil- kecilan je pun. Nak cuba belajar bisnes. Dan Alhamdulillah, saya berjaya jual semua stok Planner yang saya ada * 😁senyum sampai telinga*. Ada permintaan lebih lagi. Tapi, terpaksa mengecewakan mereka sebab stok dah habis. Huhu..
Mula daripada situ, saya pun berangan lah nak buat Planner sendiri. Saya mulalah sibuk fikir ciri- ciri Planner yang saya nak. Saya catat semuanya dalam buku nota. Takut lupa you..
Antara ciri-ciri yang saya nak ada dalam Planner saya ialah Kalendar Hijriah, Jadual Mutabaah Amal harian, Jadual Mutabaah Amal untuk Ramadan, Things To Do, Important Reminder ,mini Kalendar, sticker dan penanda buku. Wahh..berangan. hehe..
Hari berlalu, bulan berganti.
Tanpa disangka, banyak ujian melanda sepanjang tahun.
Jadi, plan nak buat Planner sendiri untuk tahun depan tidak kesampaian.
Akhirnya, saya cari sajalah Planner yang dah ada di pasaran. Huhu..
Dan, jumpalah satu Planner ni. Comel sangat.
And guess what? Isinya hampir sama dengan ciri- ciri yang saya mahukan. Suka, suka, suka.
Alhamdulillah Ya Syakur. Terima kasih Ya Razzaq, yang memberi rezeki kepada saya. Sesungguhnya aturan Dia adalah yang terbaik.
Saya terus grab Planner ni sebelum habis. And... good news is, saya beli lebih!!
Kalau nak memiliki Planner comel ni boleh roger saya , Fiza@011 17933520.
Itu je untuk kali ni..
Saya Fiza, and I'm checking out. Chiaoo..
( Tiru Chef Sherson 5 Rencah 5 Rasa 😂😂hehe)
Ahad, 20 November 2016
Let's Plan Our Future
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan