By: Fiza Aziz
Assalamualaikum wbt.
Setelah hampir setahun bergelar seorang blogger, saya akhirnya mendapat ilham tentang "niche" yang sesuai untuk blog saya.
Apa itu "niche"? Saya juga pada mulanya agak confuse. Namun, setelah membelek-belek beberapa blog, saya akhirnya faham apakah yang dimaksudkan dengan "niche". Dalam kata yang mudah, "niche" ni sebenarnya asas blog kita. Blog kita ni tentang apa sebenarnya? Blog kedai, pendidikan, parenting, sukan, fesyen atau apa saja yang menarik minat kita untuk berkongsi. "Niche" ni penting untuk menentukan hala tuju blog kita.
So, apa "niche" blog ni sebenarnya?
Pada mulanya, saya nak jadikan Yours Truly, FIZA AZIZ ni sebuah kedai blog. Maklumlah, terpengaruh dengan dunia perniagaan online yang sangat popular sekarang ni. Tapi bila fikir balik, saya tak banyak update pun pasal barang yang saya nak jual. Confirm ramai yang tak tahu saya seorang ajen dropship untuk produk digital dan kelas online bawah jenama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) kan?
Agak lama juga saya berfikir tentang "niche" yang sesuai untuk YTFA. Sehinggalah saya ditegur oleh salah seorang sahabat saya.
And finally, ketika otak tengah serabut, mood tengah down, mental dan fizikal tak stabil akibat terjangkit selsema dengan Ilham, Allah bagi saya idea.
Sekarang, hala tuju blog ni dah agak jelas. Sekiranya anda adalah seorang pembaca blog saya, anda akan tahu saya banyak menulis tentang motivasi serta perkongsian ilmu kan? Jadi, "niche" untuk blog ini sekarang adalah tentang MOTIVASI DAN PERKONGSIAN ILMU.
Saya bukan seorang pakar motivasi, tidak juga seorang doktor psikologi (it is my dream to become one, though),jauh sekalilah seorang ustazah.
Apa yang saya tulis lebih kepada #notetoself. But still, sharing is caring, right? If I'll get motivated, who knows someone somewhere will get the inspiration too. So, along all ups and downs in my journey called "life" I would like to share with everyone out there.
Tapi..adakah saya akan give up untuk jadi dropshippers? Of course not!
Saya akan pindahkan ke blog kedai rasmi saya Fiza Aziz's E-bookstore. Buat masa sekarang, tak banyak yang saya update di FAE, namun saya akan cuba untuk beri berita terkini mengenai sebarang produk baru keluaran ABDR. Hope I will be given enough time to handle all my blogs. InshaaAllah.
So please, please, please give me your support, ok? Kindly leave your comment here. I would love to hear from you.
Towards Eternal Happiness...JANNAH
Yours Truly,
FIZA AZIZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan