Ahad, 1 Mac 2015

Pengaruh Drama Kepada Kita


By: Fiza Aziz
Foto: Google search

Assalamualaikum wbt.

Semasa di sekolah rendah, saya sangat meminati drama-drama terbitan TVB dari Hong Kong. Hampir setiap petang memang akan terpaku depan tv menonton drama berbahasa kantonis itu. Beratus cerita sudah saya tonton. Kalau tak silap saya mula meminati drama bersiri ini sejak darjah 3 lagi. Saya dan Kak long akan menonton drama-drama ini saban minggu tanpa jemu. Peminat fanatik la katakan. Punyalah minat, sehingga saya mampu bertutur beberapa ayat dalam bahasa Kantonis. Sehingga Abah pernah mengugut nak letak saya kat rumah jiran kami yang berbangsa Cina dek terlalu asyik dengan drama Hong Kong. Hehe.


Dulu, saya kurang gemar dengan bahasa Mandarin. Saya lebih suka bahasa Kantonis yang pada pendapat saya lebih mudah difahami dan dituturkan. Namun, suatu hari saya tertonton satu drama Taiwan. Sepertimana yang kita tahu, bahasa pertuturan di Taiwan ialah bahasa Mandarin. Semakin lama menonton drama Taiwan, saya semakin meminati bahasa Mandarin. 

Dan saya berpeluang untuk belajar bahasa Mandarin secara formal semasa mengikuti kursus Induksi dulu. Dapatlah sijil untuk Tahap 1. InshaaAllah, ada peluang, saya akan sambung lagi pengajian bahasa Mandarin saya. Tiba-tiba rindu kat "laoshe" (cikgu) Mandarin saya.

                        
     


Kini, sebagaimana yang semua orang maklum, drama-drama Korea telah menjadi satu fenomena bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Saya pernah menonton satu konsert selebriti-selebriti Korea di Brazil sempena World Cup tahun lepas dan wow!! Rakyat Brazil boleh menyanyi dan menari lagu-lagu K-Pop!

Menonton drama Korea juga membolehkan saya memahami beberapa perkataan dalam bahasa Korea. Kadangkala saya bertutur tiga bahasa (Kantonis, Mandarin dan Korea) sekaligus dalam satu ayat. Hehe, confuse makcik.


Bagi saya, menonton drama-drama ini bukan setakat satu hiburan. Yes, it makes my day. Tapi moral of the story tu yang penting.

Kegigihan, jatuh bangun, tidak mudah berputus asa dan ahkirnya berjaya mengatasi semua cabaran. Perkara positif macam ni yang sepatutnya kita serap melalui tontonan drama-drama ini. Bukan hanya sekadar hiburan dan memenuhi masa terluang. Apa yang baik, boleh ambil sebagai contoh dan panduan. Dan yang tidak baik tu kita jadikan sebagai pengajaran dan sempadan untuk kita.

Itu saya. Anda, bagaimana?

2 ulasan:

  1. Saya peminat tegar drama hongkong dulu... sekarang dah terbantut sebab bekerja hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samala..bz dgn keje kan? Tapi sesekali curi masa juga untuk tengok..saja nak mengimbas zaman dolu2

      Padam