Walaupun cerita bola dah habis, tapi nak cerita jugak, hehe.
Sebagai orghe kelate, of course rasa sedih sebab kalah. Siapa tak sedih bila pasukan dia kalah. We are talking about football here. Semua orang akan jadi emo bila cakap pasal bola.
Bila tahu TRW masuk final Piala FA, memang dah semangat dah. Rasa macam dah agak lama TRW tunjuk aksi hambar since two years ago. So, kali ni bila dapat masuk final sekali lagi, bersemangat lah. Tambah pulak lawannya dari Tanah Seberang Selat Tebrau. Bukan setakat membawa nama Kelantan, malah TRW turut memikul tugas berat membawa nama negara.
Pada mulanya, saya buat cool je. Malas nak tunjuk sangat semangat bola yang membara dalam jiwa (perghh, ayat jiwang,haha). Tapi tak boleh. Sebaik saja dah mula menonton, terus semangat 'red warriors' meresap dalam diri.
Terus-terang, saya memang tak arif pun pasal bola. Yang saya tahu, nak menang je,hehe (biasalah, perempuan). Namun, bila melihat cubaan demi cubaan dan serangan demi serangan tidak membuahkan hasil, rasa kecewa juga. Tapi semangat tak akan pernah luntur untuk menyokong pasukan kesayangan.
Namun, nasib tetap tidak menyebelahi TRW. Boleh imagine kekecewaan adindaku yang bertiga yang bersemangat turun ke Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada TRW. Tak apalah. Bukan rezeki kita. Yang penting kita tak putus asa.
We lose but we are not a loser.
Satu yang best, malam tadi fair play. Walau ada yang jatuh tergolek, tapi tak serius dan tidak berpanjangan. Semangat macam ni yang kita nak. Tahniah untuk semua pemain dan penyokong.
Tahniah kepada pasukan The Lions XII. Setelah sekian lama memburu kejayaan. Namun, janganlah happy sangat. Tahun depan piala tu akan pulang ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. InshaaAllah. *senyum penuh yakin*
*Dua tiga hari ni feeling down. Bukan sebab TRW kalah ye. So, pepagi ni nak serap tenaga-tenaga positif je. Alhamdulillah, hujan rahmat membasahi bumi Kedah hari ni. Semoga semuanya berjalan lancar dengan redha Ilahi. Amin*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan