Rabu, 13 Mei 2015

Happy 1st Anniversary

Assalamualaikum wbt.


Tanggal 9 Mei lalu, genaplah usia blog Yours Truly, FIZA AZIZ© setahun.
Alhamdulillah, setahun berlalu dengan pelbagai kisah yang dikongsi untuk tatapan pembaca.

Bermula dengan tajuk blog, Diari Fiza Aziz: From Zero to Hero saya menukar nama hampir tiga kali dan akhirnya saya memilih untuk tetap dengan Yours Truly, FIZA AZIZ©. Tujuannya adalah untuk memperkuatkan lagi jenama Fiza Aziz.

Sepanjang setahun menjadi blogger, banyak perkara baru yang saya belajar. Tambahan lagi saya belajar membina blog melalui Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Jadi, secara otomatik, saya berkenalan dengan blogger lain yang turut menyertai ABDR. Kini, jemaah ABDR menuju ke 2000 keahlian. Memang banyak manfaat yang diperolehi apabila kita belajar secara berjemaah berbanding sendirian. Memang seronok menimba ilmu baru.

Namun, sepanjang setahun itu juga, banyak menguji diri. Kekurangan idea untuk menulis, kekangan masa malah kadangkala kalah dengan tekanan sama ada keletihan atau not in a mood. Nak mengekalkan disiplin untuk konsisten menulis bukan mudah sebenarnya. Halangan dan cabarannya bukan sedikit.

Oleh kerana itulah, motivasi sangat perlu. Kalaulah tak motivated diri sendiri, memang blog ini akan bersaranglah jawabnya.

Special thanks to my blog readers and followers. 

Kerana kalianlah, saya akan tetap meneruskan blog ini. Walaupun jumlah trafik masih belum mencapai target, tapi apabila melihat angka yang bertambah setiap hari, memberi saya semangat untuk terus berjuang dan mengasah bakat menulis saya ini. Hehe.

Semoga tahun mendatang akan bertambah baik dan YTFA akan terus memberi cerita warna warni sebuah kehidupan serta memberi inspirasi kepada anda semua.

Terima kasih di atas sokongan anda. Teruskan menyokong dan doakan kejayaan saya ye. *senyum lebar*







2 ulasan:

  1. salam perkenalan dari saya..terima kasih atas kesudian melawat blog dan komen yg positif

    bw dr housewifearts.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga sudi singgah sini..*wink*

      Padam