Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya sentiasa.
Semenjak bertukar bahagian awal bulan lalu, hidup agak kelam kabut dan kerja menjadi super duper sibuk.
Hampir 10 tahun saya bekerja secara shift, sekarang saya beralih ke waktu pejabat, 8-5. Dan sekarang, saya turut merasai kesesakan yang hampir semua pekerja lalui setiap hari. Berkejar pada waktu pagi, kesesakan lalu lintas. Oh, sangat meletihkan sehingga saya tidur sebaik sahaja selesai solat Isyak. Yeah! First week is the toughest. Nasib baik juga saya memang sudah biasa bangun awal pagi dan bersiap awal semenjak dari zaman sekolah lagi, kalau tak, memang haru lah.
Dan sekarang, saya mula memahami perasaan ibu-ibu bekerjaya yang bekerja pada waktu pejabat. How to manage the busy life. Kerja, family, urusan rumahtangga. Semua kena urus. I've yet to learn how to manage all that chores. Haila!
Dan semenjak dari itu juga, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru, suasana baru dan cabaran baru. Nak tak nak, kena belajar handle semua tu. Dan SABAR menjadi elemen penting dalam setiap aspek.
Oleh itu, saya dah tetapkan niat untuk berhenti kerja dan bergelar Working At Home Mom (WAHM). Tapi bukan sekarang lah. Sekarang adalah masa untuk buat persediaan sebelum boleh berhenti. Sasaran saya 2-5 tahun lagi. InshaaAllah.
Menyertai ABDR adalah salah satu dari persediaan saya. Kerana ABDR memang ditubuhlan untuk membantu ibu-ibu yang ingin bergelar WAHM membuat persediaan sebelum berhenti kerja sepenuhnya.
Nak tahu apa itu ABDR, boleh .klik sini.
Atau boleh jer kalau nk pm saya di facebook. Saya sedia membantu anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan