Isnin, 15 Jun 2015

The Streets

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni mendung. Mentari masih malu-malu untuk keluar menjengah. Setiap hari bumi Jelapang Padi dibasahi hujan. Syukut di atas setiap rahmat yang di kurniakan.

Cuti hujung minggu, tak ada rancangan apa-apa. Maklumlah, tengah bulan. Ahaha. Tak de duit la tuh..*senyum sumbing*

So, layan tv je lah. Terjumpa dengan satu rancangan ni. The Streets. Sebuah ramcangan travelog yang membawa kita kembara ke tempat-tempat menarik di luar negara. Saya sempat tengok dua episod. Satu episod di Bangkok, Thailand dan satu lagi di Melbourne, Australia.

Apa yang bestnya The Streets ni? Ok, dalam bahasa melayu, the streets maksudnya jalan/lorong. So, travelog ni mengenengahkan tempat-tempat menarik yang terdapat di jalanan atau lorong-lorong. Membawa kita ke tempat-tempat yang unik namun, kalau kita tak berani meneroka memang tak akan jumpa tempat-tempat tu. Itu yang istimewanya The streets. Dan sudah tentu lah akan membawa kita ke tempat shopping yang harganya lebih murah!! Saya suka, saya suka (baca ikut cara Mei Mei dalam Upin Ipin).

Seronok kan boleh mengembara free camtu. Hahha. Tak pelah. InshaaAllah ada rezeki nanti.

Tagline The Streets,
" Jangan jadi pelancong, jadilah pengembara".


1 ulasan:

  1. Salam. Saya dok terpikiaq apa cerita The Streets ni. Tak penah sempat nak tengok. Cerita jadi pengembara di lorong noo...sesuai sangat la si Qi tu jadi pengacara :)

    BalasPadam