Memaparkan catatan dengan label Program TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program TV. Papar semua catatan

Isnin, 15 Jun 2015

The Streets

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni mendung. Mentari masih malu-malu untuk keluar menjengah. Setiap hari bumi Jelapang Padi dibasahi hujan. Syukut di atas setiap rahmat yang di kurniakan.

Cuti hujung minggu, tak ada rancangan apa-apa. Maklumlah, tengah bulan. Ahaha. Tak de duit la tuh..*senyum sumbing*

So, layan tv je lah. Terjumpa dengan satu rancangan ni. The Streets. Sebuah ramcangan travelog yang membawa kita kembara ke tempat-tempat menarik di luar negara. Saya sempat tengok dua episod. Satu episod di Bangkok, Thailand dan satu lagi di Melbourne, Australia.

Apa yang bestnya The Streets ni? Ok, dalam bahasa melayu, the streets maksudnya jalan/lorong. So, travelog ni mengenengahkan tempat-tempat menarik yang terdapat di jalanan atau lorong-lorong. Membawa kita ke tempat-tempat yang unik namun, kalau kita tak berani meneroka memang tak akan jumpa tempat-tempat tu. Itu yang istimewanya The streets. Dan sudah tentu lah akan membawa kita ke tempat shopping yang harganya lebih murah!! Saya suka, saya suka (baca ikut cara Mei Mei dalam Upin Ipin).

Seronok kan boleh mengembara free camtu. Hahha. Tak pelah. InshaaAllah ada rezeki nanti.

Tagline The Streets,
" Jangan jadi pelancong, jadilah pengembara".


Sabtu, 12 Julai 2014

Always A Traveller - Reclaim Your Heart

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Anda semua kenal dengan Mizz Nina? Alhamdulillah, syukur dengan perubahan beliau setelah menunaikan haji tahun lepas (kalau tak silap saya).

Minggu lepas, saya ada menonton sebuah travelog Mizz Nina yang bertajuk Always A Traveller- Reclaim Your Heart. Travelog ini berkisarkan tentang pencarian Mizz Nina tentang Islam dan kehidupan. Pengembaraan beliau bermula setelah membaca buku Reclaim Your Heart yang membawa beliau ke bumi New Zealand untuk bertemu dengan penulis buku tersebut, Ustazah Yasmin Mogahed.

Sedikit perkongsian dari program ini:
Ustazah Yasmin dalam sesi ceramahnya menyatakan bahawa kita adalah pengembara dan dunia ini adalah satu persinggahan kita dalam menuju ke kehidupan abadi iaitu Jannah. Untuk itu, kita seharusnya mempunyai bekal secukupnya dalam perjalanan kita sebagai persediaan untuk menghadapi hari Akhirat.

Memang benar, kita cuma pengembara sahaja di dunia ini. Tiba masanya kita akan sampai ke destinasi akhir kita, Akhirat. Untuk itu, kita perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai ujian dan dugaan dalam perjalanan yang semestinya penuh dengan onak duri. Persediaan yang cukup amat perlu agar perjalanan akhir kita dapat dilalui dengan mudah.

Travelog ini mempunyai beberapa siri, berdurasi selama 30 minit (termasuk iklan) setiap siri dan boleh diikuti setiap Sabtu dan Ahad jam 5.30 petang.

#Reclaim Your Heart dah masuk dalam 'book wishlist' saya
#mood gila buku dah datang

Rabu, 28 Mei 2014

The Return of Superman

Teks: Norafiza Abdul aziz

Assalamualaikum wbt.

Saya adalah antara berjuta peminat drama bersiri dan siri realiti dari Negara Kimchi, Korea Selatan. Sebut je drama apa, rancangan tv mana, hampir semua saya tonton, *kenyit mata*.

Salah satu siri realiti kegemaran saya dan si kecil Ilham ialah The Return of Superman. Siri ini mengisahkan tentang empat orang selebriti lelaki Korea yang diberi cabaran  untuk menjaga sendiri anak-anak mereka selama 48 jam tanpa bantuan dari isteri masing-masing. Selebriti ini terdiri daripada pelakon, penulis lirik dan petinju.

Pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh selebri-selebriti ini. Mereka perlu mengambil alih tugas isteri mereka untuk menguruskan anak-anak. Rancangan ini banyak bermain dengan emosi yang kadangkala lucu, sedih, gembira dan boleh buat kita rasa terharu pun ada.

Apa yang menarik bagi saya, melalui siri ini para suami dan bapa dapat merasai sendiri bagaimana sukarnya untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak. bermula dengan bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan, melayan anak-anak makan, menukar dan memakaikan lampin, memasak makan tengah hari dan malam, membawa anak-anak untuk temujanji doktor dan banyak lagi.

Setelah melalui sendiri rutin harian seorang isteri dan ibu, mereka akan lebih menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita. Dan apabila ditanya adakah mereka sanggup mengambil alih tugas isteri secara sukarela dan bukan semata-mata kerana menjayakan sebuah siri realiti, kesemua mereka menjawab TIDAK SANGGUP.

Kalau lah ahli-ahli akademi buat macam tu pada para suami, agak- agak apa yang akan terjadi?