Khamis, 1 September 2016

Sembang petang

Assalamualaikum wbt.

Sejak awal Ogos lalu, saya dah kembali bekerja secara shif. Nak buat macam mana, dah memang bidang tugasnya begitu. Terima jelah.

New routine, maksudnya jadual hidup turut berubah. Tiada lagi istilah hari minggu. Yang ada hanya off day. Dah lebih 10 tahun kerja, sepatutnya dah biasa. Yang luar biasa, dulu si kecik Ilham akan menangis dan tidak faham kenapa mummy selalu tiada namun kini Ilham dah sekolah. Bila cakap, mummy kena kerja sayang. Dia faham walau kadangkala nampak kecewa. Alah, sekejap je..Bila dah jumpa kawan, Dia pun lupa dah kat mummy dia ni. Haila..😂

Tapi seronok sebenarnya. Sebab hari weekdays, semua pergi kerja dan sekolah, takde orang nak kacau. Less distraction. So, lebih mudah nak fokus pada kerja.

And one more thing, I' ve more time to read!! Sukaaa.. bolehlah nak menghabiskan buku yang sebakul tu. Lama tinggal, alasan, penat. Kononnya..hehe.

So, dalam duk godek bakul buku tu, jumpala buku ni. Dah lama ambil dari rumah kat Pasir Puteh, tapi tak baca- baca. 😥



Belek punya belek, jumpala kata- kata Tok Guru tentang blogger.

" Blogger ni ada yang berwatak semut yang hanya pergi ke tempat yang manis. Ada yang berwatak lalat yang pergi ke tempat manis dan juga tempat busuk. Ini kerana Blogger pun manusia yang punya nafsu. Nafsu ni tidak boleh dikaji di makmal dan tidak boleh dilihat dengan mata. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab Blogger dan juga kita mengawal nafsu biar selari dengan ajaran Allah SWT.."
** Majlis melancarkan Facebook Rasmi Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Perdana Resort pada 6 February 2010.

Deep kan?
Sebagai blogger atau penulis, kita bertanggungjawab atas setiap tulisan kita. So, tulislah yang baik- baik yang mampu memberi manfaat untuk orang lain, menggembirakan hati yang walang, yang mampu membangkitkan semangat yang hilang dan menginspirasikan jiwa yang lemah.

Tulis dari hati,
Dengan restu dari Ilahi,
InshaaAllah akan diberkati.
** Sharing kan caring *wink*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan