Memaparkan catatan dengan label ABDR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ABDR. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Ogos 2016

Kelas Offline Bina Blog Bisnes

Assalamualaikum wbt.
Lama tak update pasal ABDR kan?
Kebetulan sangat. Sifu saya dah update tentang beberapa kelas offline yang akan diadakan pada bulan September nanti.

Ni kelas offline tau. So, nanti belajar bukan setakat coaching one to one tapi face to face lagi. Lagi sedang nak faham dan nak hadam.

Objektif kelas offline ni, at the end of the class, setiap pelajar dah pun berjaya mempunyai satu blog personal untuk mengembangkan lagi biz mereka di samping mengasah bakat menulis. Interesting kan?

Saya sendiri pun kalau ada peluang nak juga join kelas offline ni. Lagi senang sebenarnya. Sebab kita akan lebih fokus untuk menyiapkan tugasan dan tak ada gangguan. Kerja pun cepat je selesai.

So, tunggu apa lagi. Jom daftar sekarang sebelum kuota penuh😆

Info tentang kelas online seperti dibawah ye👇




* Venue untuk kelas di Johor Bharu saya akan update nanti ye. Sifu belum confirm lagi.😊

Untuk pertanyaan dan pendaftaran boleh WhatsApp Fiza: 011 17933520.



Jumaat, 5 Februari 2016

Cuti...Jom balik kampung!!

Assalamualaikum wbt.

Allahumma soli a'la saidina Muhammad, waa'la a'lihi wasohbihi wassalam.

Selamat pagi Jumaat. Hari yang penuh kedamaian dan ketenangan. Semoga kita dilimpahi rahmat Jumaat, penghulu segala hari.

Waktu ini, ketika ini, saya menulis diiringi kicauan burung yang sayup kedengaran belakang rumah.

Dua tiga hari ni, saya leka dalam menjaga kesihatan diri. Jadi agak letih dan lesu sebaik pulang dari kerja. Kena mula cari tips untuk kekalkan kecergasan ni.

Tapi, walaupun letih, hati gumbiraa.. Sebabnya, hari ni nak balik ke Klate. Dah sebulan tak balik. Tak sabar nak peluk mama abah dan anakanda yang dirindui, Iman. Satu-satunya anak saudara saya, Waiz, khabarnya juga tidak berapa sihat. Tak sabar nak jumpa semua orang.
Inilah hikmah jadi perantau, bila berjauhan rindu dan ingat sentiasa.

Oklah, nak sambung sarapan dan kemas barang.

Doakan perjalanan kami selamat dan kami sampai ke destinasi dengan jayanya.

InshaaAllah, kita akan bertemu lagi dan bersiaran di Klate pula selama seminggu.

**Kelas-kelas ABDR beroperasi setiap hari. Nak belajar buat blog, belajar bisnes asas, belajar urus akaun, nak beriklan pun boleh. Boleh whatsapp saya 011-17933520- Fiza. InshaaAllah, saya bantu. Kita sama-sama kongsi ilmu.




Isnin, 1 Februari 2016

Selamat datang pelajar baru ABDR

Assalamualaikum wbt.

Allahummasolli a'la saidina Muhammad, waa'la alihi wasohbihi wassalam.

Wordless Monday.

Since today is 1st of February, I have to finish all of January statistic and account.

Kerja akauntan ke? Taklah..
Bisnes masyuk? Pun bukan..

Tapi ada kaitannya. Tak pernah-pernah buat keje macam ni. Tu yang pening sikit. Tiba-tiba je diberi kepercayaan. Paksarela. Hehe..Ni belum naik pangkat, kalau tak tak tahulah. Tak apa, tu tanda orang percaya kat kita. Bersyukurlah. Boleh belajar benda baru.

Masih lagi dalam usaha nak habiskan bacaan ebook beserta ulasannya sekali. Harap dapat siap dengan segera.

Di kesempatan ni, saya nak ucapkan Selamat Datang kepada pelajar-pelajar kelas online blog yang baru mendaftar. Wahhh..Akademi Bekerja Di Rumah dah makin meriah. Kita menuju ke 2000 ahli. Jom mulakan impian bersama-sama ABDR. Semoga kita semua terus kaya dan berjaya. InshaaAllah, Amin Ya Mujib.

>>> Kalau berminat nak join kami di ABDR boleh whatsapp saya 011 17933520 - Fiza. InshaaAllah, saya bantu. Kita sama-sama kongsi ilmu.

Orait, got to go. Nak habiskan bacaan tertangguh. Caiyok-caiyok!

#wahm2017
#millionireinthemaking
#beyourownboss

ABDR
* belajar blog online
* rakan niaga
* tapak iklan
* belajar akaun online
* ebook panduan WAHM ( Working at Home Mom)