Ahad, 19 Februari 2017

Life is a choice

Pernah lalui tak situasi ni..

Korang selalu nampak happy. Kalau senyum mesti terserlah nampak gigi. Malah kebanyakkan masa korang gelak ketawa riang ria macam di dunia ni korang lah makhluk Tuhan paling happy.

Tapi hakikatnya..
Senyum hanya pada wajah. Gelak ketawa riang ria tapi tak sampai ke hati. Hanya luaran. Hanya lakonan.

Dalam hati hanya Allah yang tahu.

"Fake it until you make it."

Masa- masa macam nilah quote ni boleh nak di apply pun. Biarlah hanya "fake" tapi pilihlah untuk sentiasa senyum. Lama- lama jadi "real" lah. Kan?

Masalah tu datang dan pergi. Face it with a strong heart. You'll be fine.

Life is a choice.

And choose to be happy.

Always.

**Status ni di tulis sebab masa lepas solat Maghrib tadi, tertido. Bangun balik setengah jam kemudian, solat Isyak dan sekarang mata masih segar bugar dah tak boleh nak lelap. Memang saja cari penyakit.🙄😥😣😖

By Yours Truly,
FizaAziz 🌹

Jumaat, 20 Januari 2017

Hujan dan Selsema

Hujan.

Saya suka hujan. No specific reason why I like it so much. Mungkin ia adalah gambaran perasaan yang tersembunyi. *shrug*

But, right now, look like l catch a cold. Because of the rain. Well, maybe. My throat sore, I coughed a lot and, I will have a running nose soon. Huhu.

Okay, here is the soothing words for the soul.😉

Sakit ni penghapus dosa. Allah sayang, nak ampunkan dosa-dosa silam, Dia tarik la sikit nikmat yang Dia bagi. Dia nak kita lebih dekat dengan Dia, nak kita ingat lebih dekat Dia.
Semua jadi hanya dengan izin dari Dia.

Mudah- mudahan lepas ni, setiap urusan jadi lebih mudah, lebih lancar. Hati pun lebih tenang. Fikiran juga lebih lapang. InshaaAllah.

Have faith in Allah. That is what I always told myself. He knows best.

Dan, dah banyak kali terbukti pun. It just a matter of time. What important is, be patient.

Hari ni Jumaat, hujan pulak tu.

Ya Allah, Kau tarik nikmat ini seketika, Kau gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik untukku.

Semoga setiap doa saya dan anda semua dimakbulkan Ya Rahman Ya Rahim. Amin Ya Mujib.

#ByYoursTruly
Nota Fiza Aziz #5


Cerita Hari Khamis

Pagi nak membawa ke tengahari siang tadi, waktu kemuncak tengah busy nak siapkan kerja lain. Idea yang datang, Subhanallah, banyak sungguh. Tak sempat nak mengarang apatah lagi nak menulis. Sempat la catat beberapa idea yang melintas dalam fikiran.

Usai Zohor, terlelap kejap dekat surau. Tak sempat nak buka kain sembahyang, terus lelap gitu je. Cadangnya nak pejam mata 15 minit je.

Masa terjaga, sedang elok si Ila tu tengah buka pintu surau. Nyaris tak kena heart attack tengok benda putih elok berbaring ditepi dinding. Keadaan yang sunyi dan baru je lepas hujan menambahkan keseraman surau tu. Hehe..Kesian Ila.

Lepas lepak borak jap dengan Ila, aku kembali menyambung tugas. Tengok keadaan lengang, wifi pulak lost connection due to bad weather, so boleh lah nak start mengarang satu dua ayat.

Ambil pen and notebook, mood pulak ke laut. Sisa kantuk belum hilang habis tambah dengan perut kosong. Hari ni kan Khamis. Puasa ganti. Hehe.

Jadinya, satu benda pun tak jadi. Haila.

Satu- satunya benda yang buat saya happy hari ni, cuti raya cina ni dah lulus! Yeay!
Rindu ya amat dah kat family terchenta.❤❤

#ByYoursTrulyFizaAziz
Nota Fiza Aziz #4


Khamis, 19 Januari 2017

Buku Cerita Tulisan Tangan

Saya dah lama minat menulis. Dari zaman pakai uniform putih- biru air laut lagi. Huhu.
Tapi tak pernah ada yang menjadi satu cerita penuh.

Dulu, menulis sekadar minat mungkin sebab memang hantu buku cerita. Jadinya, secara tak sengaja terberangan nak tulis cerita sendiri. Cambes je..Hehe.

Tapi, sekadar tu je lah. Tanggungjawab sebagai calon SPM lebih penting pada ketika itu. Memang dilupakan minat yang satu ni untuk seketika. Tumpuan memang hundred percent pada SPM. Gaya seorang best student memang camni. Hehe.

Tapi kan, tanpa la disangka- sangka, rupanya raamaiii yang pandai tulis cerita. Saya pernah membaca karya- karya kawan-kawan saya. Tulis dengan tangan kat buku latihan yang garis dua tu.. klasik kan? Ye laa, masa tu anak lord je ada komputer peribadi. Haha..

Cerita dia tulis memang best. Kena dengan jiwa I, haha. Ada yang habis ceritanya, ada yang to be continued..😂😂 dan sampai ke sudah tak bersambung..Haha.

Pendapat saya, semua orang ada bakat menulis sebenarnya. Sebab sejak dari pakai uniform putih- biru tua lagi dah belajar mengarang cerita. Kan kan?

Yang berbeza adalah minat yang mendalam  dannn the way of thinking.

Maksud saya, setiap penulis ada genre penulisan masing-masing.

Ada yang suka love story, romantik komedi, thriller, fantasy, adventure, cerita perang, kisah dakwah dan banyak lagi.

Maka dengan itu, jadi lah macam-macam cerita. Sebagai peminat buku tegar, saya memang layan semua jenis buku. Well, hampir semua. Ada jugak yang baca separuh sebab tak berapa nak feel..Hihi.

Bila saya start serius menulis?

Yang ni nanti next post. Ini pun dah panjang nak jadi novel dah ni.

So, stay tuned😉😉

By Yours Truly, F.A
StoryTeller Newbie


Rabu, 18 Januari 2017

Pembakar Semangat

Konsisten menulis tentang minat, bakat dan kesukaan sendiri di media sosial selama sekurang-kurangnya 3 bulan akan jadikan profile kalian dikerumuni orang ramai.- Khairul Hakimin Muhammad.

I really like this!!

Nak konsisten menulis memang la bukan senang. Tambah bila otak dan idea cam perang tak nak kawan lagi dah. Hah ha.

Ini, memang selalu sangat rasa. Selalu idea tu datang dalam keadaan yang sangat lah tidak membantu.

Kadang tengah gosok gigi, tengah drive, tengah basuh baju, tengah makan nasi. Nak lagi parah bila dia datang menyerang waktu rakaat kedua masa tengah sembahyang sampai lupa rakaat berapa dah solat. Nampak sangat tak khusyuknye. Hadoii..

Bila mula nak pegang pen and notebook terbentang depan mata, satu huruf pun tak tertulis. Idea yang kemain lagi gempak di waktu- waktu kurang sesuai tadi, dah hilang ghaib tak timbul- timbul.

Itulah dilema seorang penulis baru. Hehe.

Kata- kata pembakar semangat dari figura- figura yang dah pun berjaya menempatkan diri di kalangan masyarakat dan dikenali memang patut dijadikan sumber inspirasi. It helps a lot.

Bedah siasat akan diteruskan lagi walau hanya beberapa minit je sehari. Caiyok!!

Making sacrifices for a knowledge..
Seriously, I really don't mind.
It's my passion, my " piece of mind" pills anyway.

Wish me luck. Really need that.

#ByYoursTruly
#StoryTellerNewbie


Selasa, 17 Januari 2017

Semangat

Bagusnya lahai kalau semangat nak kejar cita dan impian tu setegar semangat nak habiskan baca satu novel sehari semalam atau tengok drama series marathon dari episode satu sampai akhir dalam masa 24 jam je..

Haha..

That's my dilemma actually.

Kalau baca novel Melayu memang boleh habis dalam sehari dua je. Baca English Novel pun lebih kurang jugak sekarang ni.

Nampak tak betapa ber"semangat" nya. Sanggup tak tidur tau.

Macam tu jugak bila dah layan drama. Especially, drama Korea laa..Hihi..Memang tak buat apa dah. Selagi tak habis, memang ngadap laptop la kejenya. Haha..

Bukan apa, hati, jiwa dan perasaan memang tak tenteram la selagi tak baca habis or tak tengok habis. Sampai rasa cam nak demam.

Tapi...

Bila nak buka Quran baca Yassin je pun..Dia punya air mata dan hidung tak berhenti mengalir. Menguap tu, kalau boleh ukur, dah seluas Padang bola. Huhu..Teruk bebenor.

Tu belum bab nak solat sunat. Ada je halangan dan alasan yang tercipta. *Hantuk kepala*

Belum jugak masuk bab nak siapkan segala tugasan dan kerja- kerja yang sendiri rasa nak buat tanpa ada paksaan dan sebenarnya tak de sapa suruh pun buat kerja tu.

Kerja apa?

Theory and practical yang saya sedang cuba nak apply dalam kehidupan seharian saya.
Ilmu tentang Copywriting, Storytelling and also how to make your writing interesting and people getting excited nak baca your story.

Ini, masuk kategori kedua iaitu, berair mata nak cuba buat, nak hadam dan faham segala benda.
Once again "hantuk kepala ke bantal"😙😙

#ByYoursTruly
#StoryTellerInTheMaking
**Saya budak baru belajar**


Jumaat, 13 Januari 2017

Vitamins and Supplements

Akhirnya, mengalah juga.

Bila badan dah terlampau penat tapi sebenarnya bukan buat kerja berat pun. Tapi dia punya tak larat, aduhai..

Selama ni memang ada ambil supplement tapi tak konsisten. Beli yang boleh buat stok sebulan, pastu rasa tak ada perubahan, terus stop.

Tapi, tahun ni nak jadi lebih fit. Tak mau lemau- lemau lagi dah. Ada misi dan visi yang harus diperjuangkan. Jadi, saya ambil keputusan untuk cuba makan vitamin.

Kenapa Shaklee?

No specific reason actually. Kebetulan ada kawan yang saya percaya walau hanya kenal kat fb je, seorang Agen Shaklee.

Mulanya just nak minta konsultasi. She can answer my question with no time, so I decided to give it a try. Let's just see what will happen next. Hehe

Tapi saya sangat berharap this vitamins can help. Bila rasa tak bertenaga, semua benda akan rasa tak kena. Emosi juga sangat tidak stabil.

Situasi macam ni boleh mengundang padah. Lebih baik ambil langkah pencegahan sebelum jadi lebih parah.

Tapi kena sentiasa ingat. Kita hanya berusaha. Yang menentukan mujarab atau tidak hanyalah Dia. Dialah Ya Salam Ya Fatah. Yang memberi kesembuhan hanya Dia. Yang itu, kena percaya 100℅.

Ya Allah, Ya Salam, Ya Fatah..Aku mohon agar 2017 ini aku akan lebih sihat, lebih bertenaga, lebih positif dan lebih fokus dalam mendepani cabaran akan datang. Amin Ya Mujib.

By Yours Truly,
   🌹F.A