Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Januari 2017

Hujan dan Selsema

Hujan.

Saya suka hujan. No specific reason why I like it so much. Mungkin ia adalah gambaran perasaan yang tersembunyi. *shrug*

But, right now, look like l catch a cold. Because of the rain. Well, maybe. My throat sore, I coughed a lot and, I will have a running nose soon. Huhu.

Okay, here is the soothing words for the soul.😉

Sakit ni penghapus dosa. Allah sayang, nak ampunkan dosa-dosa silam, Dia tarik la sikit nikmat yang Dia bagi. Dia nak kita lebih dekat dengan Dia, nak kita ingat lebih dekat Dia.
Semua jadi hanya dengan izin dari Dia.

Mudah- mudahan lepas ni, setiap urusan jadi lebih mudah, lebih lancar. Hati pun lebih tenang. Fikiran juga lebih lapang. InshaaAllah.

Have faith in Allah. That is what I always told myself. He knows best.

Dan, dah banyak kali terbukti pun. It just a matter of time. What important is, be patient.

Hari ni Jumaat, hujan pulak tu.

Ya Allah, Kau tarik nikmat ini seketika, Kau gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik untukku.

Semoga setiap doa saya dan anda semua dimakbulkan Ya Rahman Ya Rahim. Amin Ya Mujib.

#ByYoursTruly
Nota Fiza Aziz #5


Ahad, 1 Mac 2015

Perubatan Moden, Islam, Alternatif ATAU Doa Seorang Ibu


By: Fiza Aziz
Foto: Google search

Assalamualaikum wbt.


Panjangnya tajuk entry kali ni.

Entah kenapa, hati ingin membicarakan tentang hal ini. Saya mempunyai pengalaman dengan ketiga-tiga jenis perubatan di atas. Kesannya? Alhamdulillah, ada yang ok, ada yang ok jer.

Tidak dinafikan, ketiga-tiga jenis perubatan ini adalah ikhtiar kita dalam proses menyembuhkan sebarang penyakit yang dihidapi. Sekiranya sakit, jumpa doktor. Ubat doktor bagi tak berkesan, jumpa pak ustaz. Dengan ustaz pun tak jalan juga, jumpa pula pakar perubatan alternatif. Lumrah masyarakat zaman sekarang. Malah, kadang-kadang aturannya terbalik.

Tapi, sepanjang pencarian kita untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi, pernahkah terlintas walau sedetik pun untuk mengingati Yang Memberi Penyakit dan Yang Maha Menyembuhkan? Tepuk dada tanya iman.

Ubat atau air tawar bukan boleh menyembuhkan. Yang menyembuhkan hanya Allah. Namun begitu kita masih perlu berikhtiar dan berusaha sebaik mungkin. Kurangnya usaha dari kita mungkin akan menyebabkan Allah menangguhkan proses kesembuhan itu supaya kita selalu meminta dan mengingati-Nya. Sesungguhnya Allah itu suka bila hamba-Nya selalu mengingati-Nya.

Kenapa tak yakin dengan doa sendiri? Kenapa mesti orang lain yang doakan untuk kita atau keluarga kita? Di sinilah 'yakin' itu perlu.

Bukan tidak boleh meminta pertolongan. Berusaha menangani penyakit yang ada. Namun janganlah sampai terlalu taksub dan percaya dengan kata-kata manusia semata.

Yakinlah dengan pertolongan Allah. Yakinlah dalam setiap doa-doa kita. Redha dengan semua ujian yang diberi. seperti tagline saudari Insyirah Azhar "Believe in yourself, have faith in Allah".

Percaya, percaya, percaya. Allah itu Maha Dekat, Maha Mendengar. Dan percayalah, setiap ujian Allah itu mengandungi hikmah yang sangat besar untuk kita.



Pertolongan Allah sentiasa akan datang tepat pada waktunya. Jangan berhenti berdoa, terutama jika anda adalah seorang ibu. Kerana DOA adalah senjata kita, orang-orang mukmin. Wallahu'alam.

**Insyirah Azhar adalah pengasas kepada Teknik BAD (Bertanya Allah Dulu)