Memaparkan catatan dengan label Catatan Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Pengalaman. Papar semua catatan

Ahad, 19 Februari 2017

Life is a choice

Pernah lalui tak situasi ni..

Korang selalu nampak happy. Kalau senyum mesti terserlah nampak gigi. Malah kebanyakkan masa korang gelak ketawa riang ria macam di dunia ni korang lah makhluk Tuhan paling happy.

Tapi hakikatnya..
Senyum hanya pada wajah. Gelak ketawa riang ria tapi tak sampai ke hati. Hanya luaran. Hanya lakonan.

Dalam hati hanya Allah yang tahu.

"Fake it until you make it."

Masa- masa macam nilah quote ni boleh nak di apply pun. Biarlah hanya "fake" tapi pilihlah untuk sentiasa senyum. Lama- lama jadi "real" lah. Kan?

Masalah tu datang dan pergi. Face it with a strong heart. You'll be fine.

Life is a choice.

And choose to be happy.

Always.

**Status ni di tulis sebab masa lepas solat Maghrib tadi, tertido. Bangun balik setengah jam kemudian, solat Isyak dan sekarang mata masih segar bugar dah tak boleh nak lelap. Memang saja cari penyakit.🙄😥😣😖

By Yours Truly,
FizaAziz 🌹

Khamis, 19 Januari 2017

Buku Cerita Tulisan Tangan

Saya dah lama minat menulis. Dari zaman pakai uniform putih- biru air laut lagi. Huhu.
Tapi tak pernah ada yang menjadi satu cerita penuh.

Dulu, menulis sekadar minat mungkin sebab memang hantu buku cerita. Jadinya, secara tak sengaja terberangan nak tulis cerita sendiri. Cambes je..Hehe.

Tapi, sekadar tu je lah. Tanggungjawab sebagai calon SPM lebih penting pada ketika itu. Memang dilupakan minat yang satu ni untuk seketika. Tumpuan memang hundred percent pada SPM. Gaya seorang best student memang camni. Hehe.

Tapi kan, tanpa la disangka- sangka, rupanya raamaiii yang pandai tulis cerita. Saya pernah membaca karya- karya kawan-kawan saya. Tulis dengan tangan kat buku latihan yang garis dua tu.. klasik kan? Ye laa, masa tu anak lord je ada komputer peribadi. Haha..

Cerita dia tulis memang best. Kena dengan jiwa I, haha. Ada yang habis ceritanya, ada yang to be continued..😂😂 dan sampai ke sudah tak bersambung..Haha.

Pendapat saya, semua orang ada bakat menulis sebenarnya. Sebab sejak dari pakai uniform putih- biru tua lagi dah belajar mengarang cerita. Kan kan?

Yang berbeza adalah minat yang mendalam  dannn the way of thinking.

Maksud saya, setiap penulis ada genre penulisan masing-masing.

Ada yang suka love story, romantik komedi, thriller, fantasy, adventure, cerita perang, kisah dakwah dan banyak lagi.

Maka dengan itu, jadi lah macam-macam cerita. Sebagai peminat buku tegar, saya memang layan semua jenis buku. Well, hampir semua. Ada jugak yang baca separuh sebab tak berapa nak feel..Hihi.

Bila saya start serius menulis?

Yang ni nanti next post. Ini pun dah panjang nak jadi novel dah ni.

So, stay tuned😉😉

By Yours Truly, F.A
StoryTeller Newbie


Selasa, 17 Januari 2017

Semangat

Bagusnya lahai kalau semangat nak kejar cita dan impian tu setegar semangat nak habiskan baca satu novel sehari semalam atau tengok drama series marathon dari episode satu sampai akhir dalam masa 24 jam je..

Haha..

That's my dilemma actually.

Kalau baca novel Melayu memang boleh habis dalam sehari dua je. Baca English Novel pun lebih kurang jugak sekarang ni.

Nampak tak betapa ber"semangat" nya. Sanggup tak tidur tau.

Macam tu jugak bila dah layan drama. Especially, drama Korea laa..Hihi..Memang tak buat apa dah. Selagi tak habis, memang ngadap laptop la kejenya. Haha..

Bukan apa, hati, jiwa dan perasaan memang tak tenteram la selagi tak baca habis or tak tengok habis. Sampai rasa cam nak demam.

Tapi...

Bila nak buka Quran baca Yassin je pun..Dia punya air mata dan hidung tak berhenti mengalir. Menguap tu, kalau boleh ukur, dah seluas Padang bola. Huhu..Teruk bebenor.

Tu belum bab nak solat sunat. Ada je halangan dan alasan yang tercipta. *Hantuk kepala*

Belum jugak masuk bab nak siapkan segala tugasan dan kerja- kerja yang sendiri rasa nak buat tanpa ada paksaan dan sebenarnya tak de sapa suruh pun buat kerja tu.

Kerja apa?

Theory and practical yang saya sedang cuba nak apply dalam kehidupan seharian saya.
Ilmu tentang Copywriting, Storytelling and also how to make your writing interesting and people getting excited nak baca your story.

Ini, masuk kategori kedua iaitu, berair mata nak cuba buat, nak hadam dan faham segala benda.
Once again "hantuk kepala ke bantal"😙😙

#ByYoursTruly
#StoryTellerInTheMaking
**Saya budak baru belajar**


Khamis, 12 Januari 2017

Wordless Thursday

Sejak awal tahun hari tu, saya rasa cam jadi penyedih. Semua isu pun jadi sensitif.

Mengulang baca novel Tunas by Hlovate. Kisah pasal budak- budak sekolah duk asrama je pun, tapi hati tiba-tiba jadi sedih. Mungkin teringat masa zaman tengah belajar dulu. Rindu kawan- kawan dan zaman riang ria tanpa perlu fikirkan sangat masalah negara.

Waktu tu hanya fikir, nak sambung study kat mana, nak ambil course apa. Itu je main topic yang selalu jadi perbualan. Memang skema habisan la waktu sekolah dulu.

Bila terkenang waktu itu, memang akan jadi rindu kan. Kawan-kawan pun semua dah lost contact. Tapi, saya pasti, they all happy dengan kerjaya dan keluarga masing- masing.

Saya doakan mereka sentiasa di bawah rahmat Allah. Dan berterima kasih diatas semua kenangan lalu. Priceless!!

Saat dan ketika ini, saya masih struggling. Trying hard to make my life as I dreamed it. Not an easy thing.

Walau sehebat dan segah manapun perancangan saya, rencana Allah lebih hebat. He knows best. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya.

Saya mohon agar sentiasa di beri hidayah, kesabaran dan kekuatan untuk menjalani perjalanan penuh liku ini.

Semoga aku layak untuk syurgaMu.
Amin Ya rabbal Alamin.

**Malam tadi dengar ucapan penghargaan Barack Obama pada isteri dia Michelle pun mata boleh berkaca. Haila..parah!!

By Yours Truly,
   🌹F.A




Rabu, 11 Januari 2017

Bisnes oh bisnes

I'm sooo not into bisnes.

Pada mulanya, bila dengar je pasal berniaga online, first impression, memang la akan kata, kacang je ni..

Tambah bila dengar dan baca macam-macam cerita tentang kejayaan demi kejayaan serta kekayaan orang yang berniaga online ni. Memang superb lah.

Tapi...bila cuba buat sendiri..haa amik kau!!

Ia tidaklah semudah yang disangkakan. Seriously. Yelah, dah buat secara membuta tuli. Ilmu pun tak ada, mentor lagi la kan. Kalau ada customer pun, tu memang kira "luck" la. Bukan perkara yang boleh nak dibanggakan sangat. Cuma boleh dianggap sebagai pengalaman dan sesi pembelajaran. Hati pun tak sado mana. Kejap- kejap give up. Pastu, termenung panjang. Stress sorang- sorang. Nangis bucu katil. Huhu..

Itulah sepak terajang dalam dunia bisnes. Ilmu, mentor dan disiplin perlu ada. Hati pun kena kental. Tak boleh cepat sangat nak putus asa. Dan paling penting, jangan lupa pada yang memberi rezeki pada kita.

Tak tahu, kena belajar. Dah tahu, kena apply, bukan peram. Hihi..Ni #notetoself.

Saya ni jenis yang determined juga sebenarnya. When I really want something, I will make sure that I will have it.

Mungkin sebab tu juga, saya tak berkira sangat nak invest untuk ilmu, untuk belajar. Study is really my thing. I loves to learn new things sampai kadangkala overloaded. Huhu..

Saya mula dengan belajar bina blog. Belajar secara online dengan fb sebagai medium pembelajaran. Saya bina blog untuk tujuan bisnes. Tapi bisnes boleh dikatakan kurang berjaya. Salah sendiri. Sebabnya? Seperti yang dinyatakan di atas.

Walaupun bisnes kurang berjaya, Alhamdulillah blog ni masih hidup sampai sekarang walaupun kerap ditinggalkan sepi oleh tuannya yang sering mengalami mood swing. Haha.

Saya masih tidak berhenti mencari. Apa sebenarnya minat atau passion saya. Minat yang saya boleh turn into something yang mempu memberi pulangan pada saya. Be it satisfaction or material or money. Eheh..

Masih lagi mencari. Adalah nampak a few things. Hasil analisa ke atas diri sendiri. Hihi. Disamping bertanya pada Yang Maha Mengetahui. Kena turn to Him dulu. Tanya Dia, Ya Alim. He knows best. Definitely.

I loves to read. Gila buku. SANGATTT! Tak ada makanan, tak ada internet tak pe lagi. Tapi kalau tak de buku? Boleh sesak nafas ooo..

I juga suka sangat tengok drama dan movies. Bila kita dapat what's behind every story. Kena fikir luar kotak sikit la nak hadam moral of the story. Bukan hanya watch for fun. Learn something from it.

And, I also loves to write. Saya sedar penulisan saya masih lemah. Kadang masuk kategori "syok sendiri". Tapi tak pe, practice makes perfect! Hehe..

Papehal pun, I will keep searching, keep learning until I find something that I really good at. Kambate!!

Wish me luck will you?😉😉

By Yours Truly,
   🌹F.A


Isnin, 9 Januari 2017

Throwback

Pada waktu itu..
' Alahai..semua tudung labuh la roommates aku. Oh no..segannya'.

Hari pertama bersama. Memang aku membawa diri. Pergi menyibuk di bilik kawan. Agak lama juga begitu. Namun, tidak pernah pula sampai tak balik tidur di bilik sendiri. Bukan nak menyombong, tapi perasaan malu dan segan menghuni diri.

Sampai suatu ketika..
Aku penat. Dan diri juga perasan yang kawan juga ingin privacy sendiri. Tanpa ada tetamu tidak diundang dibilik mereka. Aku akhirnya sedar dan kembali.

Telahan aku selama ini ternyata silap. Memakai tudung labuh, bersekolah agama bukannya alasan utk mereka menjadi skema 24 jam.

Mereka sangat terbuka. Malah menyayangi aku seadanya. Dan kami memanggil diri kami Along, Angah, Achik dan Su mengikut bulan kelahiran kami sementelah kami semua sebaya. Akulah si bongsu itu.

Tidur malamku terkadang ditemani alunan ayat suci dan zikir Along. Kaset- kaset nasyid underground milik Angah dan Achik menjadi kegemaranku. Kaset Celine Dion dan koleksi English Novel aku turut diminati Angah. Dari mereka aku belajar tabah, belajar mengenal Tuhan, belajar erti hidup. Aku belajar tentang usrah dan ukhuwah. Mereka sangat rapat dan tidak pernah memandangku sinis walau aku bukan dari "golongan" mereka. Malah berkawan denganku tanpa pernah memandang rendah padaku.

Kini..
Setelah kami terpisah untuk mengejar cita dan impian, akhirnya hubungan juga seakan terputus. Aku faham mereka sibuk. Kerana aku juga begitu. Namun, tatkala memori itu menyapa, aku jadi rindu. Aku rindukan saat itu. Saat mereka ada disampingku.

Aku doakan mereka bahagia. Walau dimana mereka berada. Semoga mereka juga rindu padaku. Dan semoga takdir mempertemukan kami kembali.

* Gara-gara baca novel Tunas by Hlovate la ni, terus teringat cerita sendiri. Huhu..Rindu pulak saat dan ketika itu. Mata masuk habuk..

#throwbackKC0001

By Yours Truly,
    🌹F.A


Jumaat, 30 September 2016

Jemaah Kehormat Amal Till Jannah (JK ATJ)

Assalamualaikum wbt.

Bercerita tentang support group. Saya ada dua group support yang superb. Dua group ni sangat aktif kat WhatsApp la.

Satu, group untuk ahli Jemaah Amal Till Jannah ( JK ATJ). Saya join group ni sebab tertarik dengan program infaq Istiqomah yang baru dilancarkan. Mereka mencari 500 Jemaah untuk bersama - sama istiqomah infaq secara bulanan untuk pelbagai tabung untuk membantu mereka yang memerlukan.

Jadi, saya pun mendaftar tanpa expect ada apa - apa keistimewaan. Dijemput untuk join group WhatsApp khas untuk para Jemaah berdaftar.

Tapi, masyaAllah, saya agak terkejut bila berada dalam group ni. Sangat aktif bukan setakat kutip derma bantu orang susah je. Sangat banyak perkongsian bermanfaat dalam group ni. Ahli - ahli nya pun bukan calang- calang. 

Macam-macam perkongsian ada. Dari bab muamalat sampai bab munakahat diorang cover. Siap support bisnes para Jemaah lagi. Sama-sama membantu meningkatkan ekonomi ummah. Macam-macam idea pulak tu. Semua dikongsi bersama. Sama-sama mengejar akhirat, tanpa melupakan keperluan dunia.

Syukur sangat saya jumpa dengan group ni. InshaaAllah, ahli Jemaah saling ingat- mengingati adalah satu sama lain.

Semoga JK ATJ akan terus diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjuangan membantu dan menyatukan ummah. Amin Ya Mujib.

Untuk support group yang kedua, saya cerita next post ye.😉😉

Info tentang JK ATJ ni saya dah share dalam post sebelum ni. Boleh klik di sini

** Pendaftaran untuk kelas online bina blog dibuka setiap hari.
** Pendaftaran untuk kelas Offline di JB pada 7 Oktober 2016 juga masih di buka.
** Pendaftaran untuk JK ATJ juga masih terbuka.

Feel free to contact me ok😉😉

Khamis, 29 September 2016

Support Groups

Assalamualaikum wbt.

Salah seorang yang suka buat kerja separuh- separuh adalah saya. Emosi saya sangat mudah terganggu. Buat apa - apa mesti separuh jalan. Haila..

Walau bagaimana pun, saya tetap tak akan give up untuk berubah. Usaha tangga kejayaan. Dan Allah tengok usaha, bukan hasil. Itu jelah pegangan saya sekarang ni. InshaaAllah, untuk masa akan datang juga.
Jadi, untuk melaksanakan misi saya untuk "Retire young, Retire rich", dengan emosi yang selalu ups and downs ni, I need a support group.

Alhamdulillah, saya ada dua group support yang cukup aktif. Saya je yang tak aktif. Saya jadi silent reader. Tapi, semua perkongsian mereka, saya baca dan save kat kepala dan hati. Yang mana boleh praktik terus, saya buat. Contohnya macam menulis ni lah.

Ada satu persepsi salah yang saya buat. Contohnya, bila up status kat fb, nak like banyak. Tapi, up status pun sekali tak sekala. Game kat fb tak macam tu. So, saya belajar lagi dan temui formula nya. Dah tahu, kenalah buat kan? Baru boleh tengok kesannya macam mana. Alhamdulillah, result nya memang tak mengecewakan. 

Blog ni pun jarang- jarang sekali update. Pastu mulala nak frust bila viewer dan followers tak ramai. Ni pun kena menuntut ilmu juga. Dah ada ilmu, jangan peram. Sudahnya tak jadi apa juga. Ni, #notetoself. 

Tapi, elok untuk semua orang sebenarnya. Yang mana baik, ambil lah,jadikan tauladan. Yang mana tak sesuai tu jadi kan sempadan. 

Dan bagi saya, mengeluarkan sebahagian modal untuk dapat satu ilmu tu adalah berbaloi. Mungkin tak akan dapat balik modal tu terus, mungkin akan mengambil masa yang lama. Keywords dia, jangan cepat give up. Cuba dan cuba lagi. Walaupun dah banyak kali hanyut dan tenggelam. And, one day, you will see the results and you will be thankful because you never give up.

Yang pasti #niat kena betul disusuli dengan #doa, #tawakal, #usaha. InshaaAllah, kejayaan akan mengiringi mu. Kalau tak di dunia, nanti kan saja rewards nya di akhirat kelak. Wallahu'alam.

*notakaki
...nak like banyak kat fb, ada rahsianya. Kalau nak tahu boleh pm ye😉😉
...kalau nak belajar menulis secara consistent dan bersistem pun ada caranya😉😉. Pm je ye..

Penjawat awam beruniform

Assalamualaikum wbt.

Saya seorang wanita berkerjaya. Kerja Gomen, beruniform lagi. Tak pernah ada dalam senarai cita- cita saya masa sekolah dulu. Tak pernah terlintas pun. Dalam senarai saya, hanyalah 1. Engineer, 2. Lecturer, 3. Businesswoman. 

Tapi takdir Allah lebih hebat. Saya gagal dalam mengejar impian menggenggam segulung ijazah sekaligus menguburkan cita- cita untuk bergelar seorang jurutera. 

Akhirnya, selepas dua tahun hidup menganggur, saya diterima untuk menjawat jawatan sebagai penjawat awam beruniform. Tapi, ada suatu janji antara saya dan diri saya. Ini hanyalah sementara. Ini hanyalah batu loncatan untuk aku mara ke peringkat seterusnya. Untuk aku terus mengejar impian aku. Itu janji saya sebelum saya menjejak kaki ke akademi latihan. 

Selepas menjalani kursus induksi dengan jayanya, saya memulakan kerjaya saya nun jauh di utara negeri Sarawak. Satu benda yang seronok bila anda adalah seorang penjawat awam beruniform, kereta pun akan berhenti untuk bagi laluan pada anda untuk melintas jalan. Persepsi orang pun akan jadi lain. Mereka akan lebih mesra dan ramah dengan anda. Kalau gi shopping, silap- silap dapat free gift. Kalau nak tukar barang, kalau tak puas hati dengan barang tu, senang - senang je dapat tukar. Ini berlaku pada saya. Malah, kalau lalu kat mana - mana roadblock pun, mudah je terlepas. Pakcik polis siap senyum, angkat tangan lagi. Hehe. Begitu kuatnya pengaruh sepasang uniform.

Tapi, itulah yang bahayanya. Kerana sepasang uniform juga, akidah kita boleh terpesong tanpa kita sedari. Kita akan berharap pada sepasang uniform tu instead of Allah. Seolah-olah uniform itulah yang akan membantu dan menyelamatkan kita dari masalah dan musibah. Nauzubillahi min zalik. 

Saya tak kata semua pegawai beruniform ni macam tu. Tapi hakikat ini berlaku tanpa sedar.

Saya bangga dengan pekerjaan saya sekarang. Saya sangat bersyukur Allah memberi rezeki kepada saya melalui pekerjaan ini. Terlalu banyak pengalaman berharga yang saya lalui sepanjang menjawat jawatan sekarang. 

Namun, saya ada impian lain yang ingin saya kejar. Ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Dan harapan saya, semoga Allah akan mempermudahkan jalan untuk saya. Amin Ya Mujib.

*Nak tahu apa impian saya? Nantikan sambungannya ye😍😍
*Pendaftaran untuk kelas blog online sentiasa dibuka. Nak belajar bina blog secara santai dan sempoi, boleh hubungi saya. InshaaAllah, saya bantu.
* Kelas blog Offline pun ada juga. Akan diadakan di Johor Bharu pada 7 October 2016 ni. Kalau berminat boleh daftar dengan saya.
* Kalau nak join infaq Istiqomah bulanan boleh join Jemaah Kehormat Amal Till Jannah. Hanya RM40 sebulan. Pun boleh hubungi saya, InshaaAllah saya bantu.

#ByYoursTruly
#FizaAzizStation
#IWantToBeAWriter
#WAHMToBe

Sabtu, 21 Mei 2016

Tips Menangani Bos Cerewet

Assalamualaikum wbt.

Hari Jumaat beberapa minggu lepas, saya menonton rancangan Al-Hidayah. Episod kali ni menceritakan tentang Mashitah, hairstylist anak Firaun dan bosnya, Firaun. Semua pun tahu kan pasal  bagaimana Mashitah dan familynya dibunuh dengan kejam kerana beriman kepada Allah dan bukannya kepada Firaun. Dan syurgalah balasannya. 

Ustazah Fatimah Syarha ada bagi tips untuk kita sentiasa positif dan tenang semasa bekerja kalau kita ada bos yang agak cerewet Antaranya:

  • Sejahat-jahat bos kita, takkan dapat dibandingkan dengan bos Mashitah, Firaun. Jadi, bersyukurlah.:-) 


  • Hidup ni penuh ujian. Jadi, kita tak boleh nak expect bos akan sentiasa memuji kerja kita, rakan-rakan sekerja akan sentiasa bagi kerjasama yang baik kepada kita. Jangan emo dulu. Chillaxx.. Kena ingat, ni ujian. Hidup tak selalu indah beb. Tu kenyataan. 


  • Kalau bos selalu marah dan cari pasal dengan kita, pandanglah dia dengan rasa kasihan. Sebab harga dirinya rendah dan dia sebenarnya perlukan perhatian dan nak diri dia diterima seadanya. 


  • Kita pun kenalah berusaha lebih supaya kita ni up to their expectation. Supaya bos rasa yang dia boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kita. 


  • Last but not least, perbaikilah komunikasi kita dengan bos kita. Guna kata-kata yang baik untuk lembutkan hati bos. Tapi AWAS, jangan sampai masuk kategori bodek. Hehe.. Nanti lain pulak ceritanya. 

Semoga bermanfaat. Apapun, stay positive okay *senyum manis tutup mata*

>> Nak naikkan likes kat FB korang tak? 

>> Nak belajar bina blog bisnes?

>> Nak ebook panduan untuk biz online dan Bekerja Di Rumah?

Whatsapps Fiza : 011 17033520

Khamis, 19 Mei 2016

Working At Home Mom


Cita-citaku sejak dua tahun lalu.
Hati sudah tawar "nak kerja dengan orang".  Banyak sangat "politiknya".

Habis tu, takkan nak bercita-cita je kot. Make a move laa. 

Lalu, jari-jemari mula menaip diruangan enjin carian Encik Google yang semestinya banyak membantu. Satu persatu ku belek, ku telek dan fahamkan tentang konsep Bekerja Di Rumah. Oh, rupanya dah ramai dah golongan ibu-ibu yang bekerja dari rumah je atau lebih dikenali dengan WAHM- Working At Home Mom. 

Aku baca kisah mereka, pengalaman pahit manis mereka. Rupanya bukan senang juga nak jadi WAHM ni. Kalau tak ada kesabaran dan semangat juang yang jitu memang confirm tersungkur.

Tapiii...TAK MUSTAHIL. Itu kata kuncinya.

Aku search lagi. Baca lebih banyak kisah kejayaan (kisah kejayaan-positif) para ibu hebat yang bergelar WAHM ni. Seronok baca cerita diorang. Bersemangat nak jadi macam diorang. 

Akhirnya, Allah menemukan aku dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Terus terpaku kejap mata kat skrin laptop. Macam tak percaya.

Akhirnya, inilah peluang yang aku cari selama ini. Menimba ILMU untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya. 

Aku kaji setiap sudut, apa ABDR ni? Bagaimana ABDR ni boleh bantu aku? Aku baca satu-persatu.

Ohh..Kelas bina blog rupanya. Belajar online jer? Cantikkk...

Kebetulannya, dah bertahun aku cuba bina blog sendiri tapi tak reti. Tak ada orang nak ajar.

Ramai juga yang join ABDR ni. Rata-rata ahli ABDR ni macam aku lah. Nak sangat jadi WAHM. Suri rumah yang nak belajar cari side income pun ramai. Bolehlah bertukar pendapat dan share experience.

Eh? Ada ebook. Dapat bonus kalau join kelas blog. Download je. Memang senang. Ebook ni semua menarik. Ada ebook panduan bagaimana nak urus masa antara kerja, bisnes dan keluarga, ada cerita-cerita menarik tentang wanita-wanita hebat yang bergelar WAHM, ada juga panduan untuk memulakan bisnes online atau offline. Semua best, best.

Aku buat keputusan untuk join ABDR. Belajar dari zero. Dan semoga impianku untuk bergelar WAHM akan terlaksana tidak lama lagi. InshaaAllah. Amin Ya Mujib.

Ada yang nak join sekali?
Komen 'Nak' di ruangan komen. :-) 

Ahad, 15 Mei 2016

Group Support Likes (GSL)

Assalamualaikum wbt.
Bismillah

Melihat status beberapa sahabat menggunakan #GSL, saya tertanya-tanya, apa GSL ni? Akhirnya persoalan saya terjawab apabila guru kelas online blog saya, Cikgu Anys memperkenalkan saya kepada GSL. Impian untuk tidak lagi menjadi orang biasa-biasa, saya nekad mendaftar. " Selamat berhuru-hara, Fiza." Itu kata Cikgu Anys. Alahai, buat orang berdebar je.

Akhirnya, pada tanggal 27.2.2016, sebaik sahaja log masuk ke akaun Facebook, 'friend request' bertalu-talu masuk. Apa dah jadi ni? Pertama kali dapat request sebanyak ni! Maka, fahamlah saya maksud Cikgu Anys. Lebih kurang seminggu menyiapkan tugasan yang diberi sifu Tuan Khairul Zahrin Abd Karim, saya dah ada satu 'support group' yang sangat-sangat 'awesome'. #GSLbatchTam. Maka, bermulalah episod baru dalam dunia muka buku saya.

'Status updates' tidak lagi dipandang sepi, 'energy' positif merata-merata dan yang paling seronok, ukhuwah yang terbina antara ahli serta sokongan yang tidak berbelah bagi menaikkan lagi semangat untuk meneruskan cita-cita dan impian bergelar Jutawan Dunia Akhirat. GSL..memang OUTSTANDING! Two thumbs up!

Terima kasih Allah, Tuan Khairul Zahrin, Cikgu Anys dan adik beradik dalam GROUP SUPPORT LIKES terutama Batch Tam. Kamu semua memang terbaik. Daebak!!!

* Nilah karangan saya masa menyertai Contest Menulis GSL minggu lepas. Walaupun tak menang, tapi saya tetap puas hati. Sebab ia dah menaikkan semangat saya nak terus menulis.

* Oh ye, kalau korang nak join GSL, jangan segan silu wassap saya di 011 17933520. Jom, huru harakan wall FB anda.

* Kelas blog pun masih berjalan macam biasa. Pendaftaran buka setiap hari. Share la cerita best korang tu kat blog. Sharing kann caring. Nanti wassap tau kalau nak tahu cara bina blog berpengaruh.

Isnin, 16 November 2015

10 Tahun Dah!!

Assalamualaikum wbt.

Pagi Isnin yang kejap cerah, kejap mendung..Alhamdulillah, nikmat Allah Ya Karim.

Banyak perkara yang patut disyukuri hari ni. 

Syukur sebab masih bernafas.

Syukur atas rezeki yang sentiasa melimpah ruah.

Pagi ni, Alhamdulillah, bangun awal, sampai pejabat pun awal.

Selesai beberapa perkara yang perlu diurus, buka FB. Ada orang tag. Siapa yang dah tag orang pagi-pagi ni. Rupanya sahabat baik saya, Norul.

"Selamat ulangtahun ke-10 buat semua Pegawai Imigresen siri 3/2005."

Begitu bunyi status Norul dilaman facebooknya.

Allahuakbar! Saya terlupa. Apapun, terima kasih Norul.

Tak sangka, sekejap saja dah sepuluh tahun saya berkhidmat dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Dah boleh mohon kenaikan pangkat. Hehe...

Ini adalah kerjaya saya yang satu-satunya. Saya tidak pernah bekerja dalam bidang lain. Alhamdulillah, banyak dugaan yang saya harungi untuk sampai ke hari ini. Dan ini juga mungkin titik permulaan untuk saya mengorak langkah seterusnya, untuk merealisasikan impian saya yang saya niatkan sepuluh tahun dulu.

Untuk 'pencen' dan meneruskan cita-cita sebenar saya.

Terus-terang, saya tak pernah berhasrat untuk kekal dengan kerjaya ini sehingga bersara. Ia hanyalah tempat persinggahan sementara saya mencari apa yang saya mahukan sebenarnya. Dan InshaaAllah, saya semakin hampir ke arah itu.




Walaubagaimanapun, sepanjang 10 tahun ni, banyak pahit manisnya. Terutama di tahun-tahun awal saya memulakan kerjaya ini.

Bagai tidak percaya, anak manja En. Aziz ini berjaya menamatkan Kursus Induksi selama tiga bulan dengan jayanya. Saya terbang ke Tedungan, Sarawak sebaik habis Kursus Induksi yang terletak hampir di hujung peta Sarawak bersempadan dengan negara Brunei Darussalam.

Setahun setengah bermastautin di bumi Sarawak, terlalu banyak kenangan. Haii, rasa nak nangis la pulak ingat kat kawan-kawan seperjuangan.

Menumpang rumah senior, main bola jaring, makan kat hotel bila ada function, bekalan air yang diangkut dengan lori, sesat di Brunei, beli-belah gelang kristal di Labuan, jalan-jalan di Miri, kena 'usik', barbeku umah boss, karaoke ramai-ramai kat kuarters... Hai, kalau dah masuk mood "terkenang kesah dolu-dolu" banyak je memori indah untuk dikenang. Rindunye...

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Sarawak dulu,

Abang Zalee, Kak Eda, Kak Ida, Kak Ina, Norul, Fiza, Nora, Shamini, Nik, Abang Fendi, Awang dan Hod,

Kenangan bersama tak mungkin dilupa. Walau sekarang kita jauh, bertebaran seluruh negara dan terputus hubungan saya tetap mendoakan semoga kalian semua di beri kesihatan yang baik, dapat terus berkhidmat dengan dedikasi, berjaya di dunia dan akhirat serta dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Keep up the good works mates!









Ahad, 15 November 2015

RodieR

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selesai membaca novel "ASH" karya penulis berbakat, RodieR, terbitan Jemari Seni Sdn. Bhd. Ini merupakan novel keempat tulisan RodieR dan, as always, I love it!





Kenapa saya suka karya RodieR? Nak kata karyanya lain dari yang lain, tak juga. Tak ada banyak beza sangat dengan novel lain. Sebagai seorang pembaca novel tegar, dah boleh agak jalan ceritanya.

Tapi, karya RodieR ni 'fresh'. Tak ada nak ciplak mana-mana cerita terutamanya tiru scene-scene dalam drama Korea (saya juga adalah peminat tegar drama-drama Korea). Jadi, mengelakkan saya dari menjadi seorang yang 'judgemental'. Dan Bahasa Inggeris yang digunakan juga sangat bagus. Two thumbs up. Itu yang saya suka. Jadi tak hairanlah kalau RodieR turut menghasilkan satu novel Inggeris berjudul 'One Fine Day'. 

Kredit untuk novel melayu zaman sekarang. Banyak ilmu dan isu yang diketengahkan. Terutama bab keagamaan. Memang nampak dari luaran, hanyalah novel picisan yang berlambak di pasaran. Cer baca dulu tengok. Banyak perkara yang berguna yang dikongsikan untuk kita. 

Kalau nak tahu 'ASH' ni cerita pasal apa, boleh layari website Jemari Seni kat sini.

Saya sangat sarankan anda untuk baca novel 'ASH' ni. It's not just a romantic comedy love story, it's more than that..

Rabu, 11 November 2015

99 Nama Yang Indah

Assalamualaikum wbt

Sepanjang program  Da'i- Pendakwah Milenia setiap hari kita mendengar alunan zikir Asmaul Husna di televisyen. Memang indahkan? Saya juga selalu mengalunkan zikir ini setiap kali mendengarnya.

Ramai antara kita yang tahu mengenai Asmaul Husna ni, namun tak ramai yang mengetahui rahsia disebalik setiap nama. Setiap satu nama mempunyai maksud dan fadhilat yang sangat besar bagi pengamal-pengamalnya.

Saya mula menyedari tentang kelebihan Asmaul Husna secara tidak sengaja. Anak sulung saya, Iman tertarik kotak yang mengandungi surah-surah Yassin di rak buku. Surah-surah Yassin ni merupakan doorgift kenduri. So, memang banyaklah ada kat rumah dan saya susun dalam kotak sebab saiznya yang comel. Bila Iman tarik kotak tu, isi kotak berterabur, saya terpaksalah menyusunnya kembali. Semasa sedang menyusun ni lah saya terjumpa  kad Asmaul Husna yang juga merupakan sebahagian dari doorgift kenduri. Doorgift kenduri yang kami dapat bukan hanya surah Yassin, ada juga Al- Mathurat, Ayat-ayat Manzil, Doa-doa harian termasuklah Asmaul Husna ni. Banyak juga rupanya.

Kalau dah jenis orang yang suka membaca, saya tertarik nak tengok isi kandungan kad Asmaul Husna tu. Pada kad yang dilipat cantik itu, terkandung Nama-nama Allah bersama maksud dan fadhilat setiap nama. Subhanallah, saya baru tahu, kehebatan disebalik 99 nama yang indah itu.

Mulalah projek mencatat dan mula memasang niat nak mengamalkannya. Hari berganti hari, minggu berganti bulan. Niat hanya tinggal niat.

Betapa lemahnya iman manusia yang bernama Norafiza ni. Huhu..



Selasa, 10 November 2015

Indahnya Ciptaan Ya Khaliq

Assalamualaikum wbt.

Ni cerita petang semalam.

Selesai mengemas barang di pejabat, saya terus menuju ke kereta. Selesai meletak semua barang, dengan lafaz Bismillah, saya bertolak pulang.

Dalam fikiran sibuk memikir,nak ikut jalan mana. Emm, minyak kereta ada lg ni, ikut jalan belakang lah. Jalan belakang yang dimaksudkan melalui jalan yang lurus saujana mata memandang melalui kebun- kebun dan kelapa sawit. Sangat jarang kereta melalui jalan ini. Selalunya hanya dilalui motosikal empunya tuan kebun.

Sambil memandu, saya melihat keliling. Satu yang saya suka buat sejak menjadi pemandu tegar ni adalah menikmati alam ciptaan Allah Ya Khaliq. Bukit- bukau yang menghijau. Kebiruan apabila memandang dari kejauhan. Serta langit yang pelbagai warna. Memang sangat indah dan menenangkan. Juga memberi keinsafan bahawa alam ini ada pentadbirnya. Sesuatu yang sangat mustahil untuk dilakukan oleh manusia biasa.

Sedang asyik menikmati panorama alam yang memukau, saya terpandang satu kepulan awan dan kelihatan seolah- olah air terjun atau hujan. Cantiknya, detik saya dalam hati. Saya tersenyum sendiri dan meneruskan perjalanan.

Wait!

Saya memandang sekali lagi ke arah awan itu.

Subhanallah!!!

Itu memang hujan!!!

Allahuakbar. Dari kejauhan saya memandang awan yang memuntahkan hujan itu dan yang lebih mengagumkan,di kiri dan kanan awan itu, cuaca panas.

Allahu Allah. Tak disangka saya terjumpa pemandangan menakjubkan ini. Saya mengambil keputusan untuk berhenti dan mengambil gambar yang cukup indah ini.

Klik, klik, klik...selesai. Fuhh, seronok rasa dapat capture momen indah itu.

Ok, jom balik. Sebelum tu tutup cermin kereta dulu.

Oh no..power window tak berfungsi. Dah lah turunkan maksimum tadi. Memang terbuka luas. Gosh!! I've tried a few times with no luck. Apa boleh buat, balik jelah dengan tingkap terbuka luas. Huhu.

Saya teruskan perjalanan balik tapi tiba-tiba...

Hujan lebat!!!

Great. Hujan lebat dan tingkap terbuka luas. What a fine combination!

Apo nk dikato. Redha jelah...



Khamis, 30 Julai 2015

Push Button

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah Pemilik segenap dunia serta selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW, keluarga serta sahabat baginda.

Salah satu daripada kunci kejayaan datangnya dari keinginan yang kuat ( strong will). Sejauh mana anda inginkan sesuatu itu. Keinginan yang kuat itu akan menjadi push button kepada anda untuk mengejar dan merealisasikan apa saja yang kita impikan.

Contoh macam masa kita sekolah dulu, keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan membuatkan kita berusaha untuk belajar siang malam bersengkang mata. Kerana pada masa itu kejayaan dalam peperiksaan akan menentukan hala tuju hidup kita seterusnya.

Begitu juga yang harus kita lakukan sekarang. Kita bukan lagi berdepan dengan peperiksaan disekolah, namun kita sebenarnya sedang melalui peperiksaan yang lebih besar daripada itu.

Ujian hidup.

Semakin meningkat dewasa, kehidupan perlahan-lahan berubah.Dari hanya seorang budak sekolah yang hanya memikirkan tentang kerja sekolah dan exam kepada seorang yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar.

Ujian demi ujian silih berganti dalam hidup kita. Ada yang berjaya mengharunginya tapi tak kurang juga yang tersungkur di tengah jalan.



Jadi, imbas kembali kehidupan anda saat di mana anda mempunyai keinginan yang kuat, serap tenaga positif daripadanya dan praktikkan dalam kehidupan anda sekarang.

Cari 'push button' anda dan Teruskan usaha untuk mencapai setiap yang anda  inginkan. InshaaAllah kejayaan akan menyusul mereka yang tidak berputus asa.

Rabu, 29 Julai 2015

Berani Menongkah Arus

Assalamualaikum wbt.


Dulu..

Macam mana nak cari duit lebih ye.
Buat bisneslah.
Nak bisnes apa?
Online bisnes paling mudah.
Tapi, kenapa dah buat tapi tak ada sambutan pun.
Malas la camni.
Malu pulak tu.
Kalau kawan-kawan dan family tahu.
Takut kena kutuk, kena sindir, kena perli.
Akhirnya, hanya lepas beberapa ketika, terus berhenti dan putus asa.

Kini...

Apa yang perlu aku buat untuk jana pendapatan lebih.
Nak bisnes lagi ke.
Tak salah mencuba.
Setting minda, serap aura positif dalam diri.
Cari ilmu, cari mentor.
Belajar, belajar, belajar.
Serap sebanyak mungkin ilmu yang ada. Kalau tak nak keluar rumah, internet kan ada.
Cari orang berjaya, belajar dari mereka.
Sekarang ni, ramai kot sedia berkongsi ilmu, tip-tip untuk berjaya.
Mula praktik.
Semat dalam fikiran, kejayaan tak datang bergolek tanpa usaha keras.
Buang perkataan putus asa dalam diri anda.
Just do it.
Praktik ilmu tarik rezeki.
Seimbangkan dunia akhirat.
InshaaAllah, kejayaan akan datang kepada kita.
Hati yang tenang, jiwa yang lapang juga satu kejayaan.

Berani menongkah arus.

By Yours Truly, F.A

Khamis, 23 Julai 2015

Raya 2015

Assalamualaikum wbt.

SELAMAT HARI RAYA!!

Walau hari ni dah raya ke 7, harap masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya. Raya kan sebulan...

Maaf sangat lama tak update. Kesibukan melanda diri. Hehe..nanti-nanti kita cerita ye. Hari ni just nak wish raya je.

So, di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari ,memohon ampun maaf atas semua salah silap saya. Saya insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan. Oleh itu, harap semua dapat mafkan saya ye.

Selamat meraikan Syawal yang mulia. Kalau tak keberatan tu, jemput-jemputlah puasa enam. Banyak pahalanya. Soo Wincci pun boleh puasa enam tau. Eh?!! Hehe..

Dengan ini saya dengan baik hati nak belanja anda semua foto saya dan keluarga raya tahun ni. Enjoy!!









Nak makan rendang..belum jumpa lagi rendang tahun ni..huhu..

Ahad, 5 Julai 2015

Tayar Kereta Pecah

Assalamualaikum wbt.

Ni cerita "imbas kembali"

Semasa dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Ajil.

Hari tu cuaca cerah. Bawa kereta tengahari Jumaat memang best. Jalan raya clear je. Maklumlah, time orang sembahyang Jumaat. Perjalanan lancar ditemani lagu-lagu favourite di radio Era. Kepala sesekali terangguk-angguk mengikut rentak muzik yang berkumandang. Mulut tak payah cakaplah, asyik 'melalak' je penuh perasaan. Kononnya nak menghilangkan mengantuk.

Sesekali, mata mengerling ke arah jam di tangan. Yes!! Lagi setengah jam nak sampai. Tak sabarnya.

Tiba-tiba...

Papp!!!!

Kereta otomatik terhenti. Hah?!!

What happened?

Terus keluar dari kereta untuk melihat apa yang dah jadi.

OMG! OMG!

Tayar kereta depan pecah! Macam mana ni? Apa nak buat ni?

Ok, tarik nafas. Fikir!

First thing first. Bawa kereta ke tepi jalan dulu. Nasib baik jalan kampung. Kereta tak banyak. In fact, tak ada kereta langsung masa tu.

Keluar dari kereta, mata melilau mencari kalau-kalau ada orang di kawasan berdekatan. Boleh minta tolong. Tak jauh dari tempat berdiri, mata menangkap seseorang sedang berjalan ke arah sini. Fuh, nasib baik ada orang. Alhamdulillah.

" Assalamualaikum. Kenapa ni dik?"

"Waalaikummussalam. Tayar kereta pecah pakcik."

" Oh, tayar kereta pecah. Ingatkan accident tadi. Kuat juga bunyinya. Tu yang datang tengok."

" Ha, tulah. Pakcik boleh tolong saya tak?"

" Tolong tukar tayar? Boleh. Tayar spare ada?"

" Hah? Tayar spare? Err..addaa kot. Sekejap nak tengok."

" Nasib baik ada. Peralatan nak tukar tayar ada?"

" Hah? Alamak, tak ada lah pakcik."

" Tak apa lah. Nanti pakcik ambil peralatan pakcik."

15 minit kemudian, pakcik selesai menukar tayar kereta saya. Lega. Terima kasih pakcik. Kalau pakcik tu tak ada masa tu, alamatnya, menangis tepi jalan la jawabnya.

Moral of the story.


  1. Periksa keadaan tayar sebelum memulakan perjalanan terutama kalau nak jalan jauh.
  2. Pastikan ada tayar spare yang elok. Kalau ada tayar spare tapi tak ada angin atau bocor tak guna jugak. Huhu.
  3. Pastikan ada "tool kit" kereta. Ada yang asas pun dah ok. Malang tak berbau kan.
  4. Belajar cara-cara menukar tayar kereta. Nanti tak ada lah nangis tepi jalan tak ada orang nak tolong. Hehe.


Tak pasal-pasal je kan. Tak apa. Ini pengalaman dan tauladan. Semoga tak berulang lagi lah lepas ni.