Jumaat, 20 Januari 2017

Cerita Hari Khamis

Pagi nak membawa ke tengahari siang tadi, waktu kemuncak tengah busy nak siapkan kerja lain. Idea yang datang, Subhanallah, banyak sungguh. Tak sempat nak mengarang apatah lagi nak menulis. Sempat la catat beberapa idea yang melintas dalam fikiran.

Usai Zohor, terlelap kejap dekat surau. Tak sempat nak buka kain sembahyang, terus lelap gitu je. Cadangnya nak pejam mata 15 minit je.

Masa terjaga, sedang elok si Ila tu tengah buka pintu surau. Nyaris tak kena heart attack tengok benda putih elok berbaring ditepi dinding. Keadaan yang sunyi dan baru je lepas hujan menambahkan keseraman surau tu. Hehe..Kesian Ila.

Lepas lepak borak jap dengan Ila, aku kembali menyambung tugas. Tengok keadaan lengang, wifi pulak lost connection due to bad weather, so boleh lah nak start mengarang satu dua ayat.

Ambil pen and notebook, mood pulak ke laut. Sisa kantuk belum hilang habis tambah dengan perut kosong. Hari ni kan Khamis. Puasa ganti. Hehe.

Jadinya, satu benda pun tak jadi. Haila.

Satu- satunya benda yang buat saya happy hari ni, cuti raya cina ni dah lulus! Yeay!
Rindu ya amat dah kat family terchenta.❤❤

#ByYoursTrulyFizaAziz
Nota Fiza Aziz #4


Tiada ulasan:

Catat Ulasan