Assalamualaikum wbt.
Suasana pagi ni agak mendung. Musim tengkujuh sudah mula mengucapkan salam. Memang sejak akhir-akhir ini, hampir setiap hari hujan akan turun. Tapi selalunya sebelah petang. Namun hari ni pagi-pagi lagi matahari sudah menyorok.
Cuti sekolah juga sudah bermula. Rasa-rasa apa yang sinonim dengan cuti sekolah? Hahha..Kenduri kahwin! Selalunya, saya sangat jarang menghadiri kenduri kahwin. Sebab kawan-kawan rapat saya semua duduk jauh. Tapi hari tak boleh nak elak. Sebab hari ni adalah hari pernikahan adinda saya sendiri.
Akhirnya adik lelaki kesayangan saya akan bergelar suami orang hari ni. Rasa macam tak percaya je. Rasa macam dia masih lagi budak kecil. Dulu kami amat rapat, namun sekarang dek kerana batasan kerja dan masa, hubungan menjadi agak renggang. Tapi, bak kata pepatah, air dicincang takkan putus.
Semoga majlis hari ni berjalan lancar. Saya doakan adinda saya berbahagia bersama pasangannya. Harapan saya mereka akan tabah menghadapi semua dugaan alam rumahtangga. This is the beginning of a new life. Hope they're strong to face the bitter sweet of a married life. Wish them happy and may Allah bless them both. I also hope he can be a great leader to guide his wife and family towards Jannah, InshaaAllah. I love u, my little brother.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan