Assalamualaikum wbt.
Saya mula mengetahui tentang Ebook Bertanya Allah Dulu tulisan saudari Insyirah Azhar melalui guru online saya Pn Anys Idayu Zakaria.
Bila dapat tahu mengenai ebook terbaru Insyirah Azhar, terus saya klik ke pautan yang berkenaan untuk muat turun ebook tersebut (ebook ini setakat ini diberi percuma, Alhamdulillah). Pertama kali cuba muat turun, tak berjaya. Beberapa hari selepas itu, saya terbaca beberapa status dari rakan FB saya yang sudah berjaya muat turun ebook BAD ini. Saya mencuba sekali lagi dan akhirnya Alhamdulillah saya berjaya muat turun ebook BAD ini.
Saya terus baca selepas berjaya muat turun. Separuh bacaan, saya berhenti. Baca masa kerja,hehe. Selesaikan tugas hakiki dulu. Walaupun hanya separuh bacaan, dalam hati dah mula terdetik. Bagusnya ilham yang Allah kurniakan kepada saudari Insyirah Azhar ni. Saya terus cuba praktik walaupun tak habis baca. Saya cuba je. belum cuba, belum tahu, kan?
Kebetulan saya ada masalah kewangan sikit. Saya perlu membayar roadtax dan insurans kereta bulan ni. Jumlahnya lebih kurang RM600++. Hati sebenarnya sudah tak keruan kerana saya tiada simpanan untuk kereta melainkan bayaran untuk ansuran kereta setiap bulan.
Terus teringat #teknikbad. Saya mula berdoa, "Ya Allah, hanya padaMu tempat hambaMu ini memohon pertolongan. Berikan aku petunjukMu Ya Allah, bagaimana aku harus membayar roadtax dan insurans keretaku ini. Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik penolong Ya Allah."
Selepas itu, saya cerita pada suami saya, En.Ayie (kami tinggal berjauhan atas faktor kerja). En.Ayie cakap, InshaaAllah dia cuba usahakan.
Tarikh tamat makin hampir. Saya hanya pasrah. Saya bagi kad bank pada Abah (saya minta tolong Abah tolong bayarkan) untuk ambil duit untuk bayar roadtax dan insurans. Dalam bank memang ada cukup-cukup je duit. Maknanya, selepas itu simpanan saya akan habis.
Namun, ternyata Allah itu Maha Mendengar. Selepas itu, suami saya telefon mengatakan dia sudah bank-in RM200 ke akaun saya. Syukur Alhamdulillah, sekurang-kurangnya akaun saya masih ada baki. Kemudian Abah balik dan cakap cuma perlu bayar RM300++ saja sebab bayar untuk setengah tahun sahaja. Dua berita baik untuk saya dalam satu masa. Hati rasa macam tak percaya. Terima Kasih Ya Allah telah tanpa pertolonganMu tak mungkin semua ini terjadi.
Kemudian, bila ada saja masa free terus saya khatamkan ebook BAD dan terus praktik.
Oh, ya. Cerita pasal roadtax tak habis kat situ je. Ada lagi sambungannya.He he.
Abah cakap prosesnya tak sempat siap sebelum tarikh tamat roadtax sedia ada. Jadi, saya terpaksa pergi kerja dengan membawa kereta yang roadtaxnya dah tamat tempoh. Sepanjang perjalanan memang akan ada roadblock samada dari polis atau polis trafik. Perjalanan ke tempat kerja saya masih lagi boleh bertenang kerana ada sehari lagi sebelum tarikh tamat. Yang membimbangkan saya adalah perjalanan balik (oleh kerana saya bekerja ikut shif, saya akan berada ditempat kerja sampai habis shif saya).
Sebelum memulakan perjalanan balik, saya dah doa awal-awal supaya perjalanan saya dipermudahkan. Ditakdirkan, hari itu saya menempuh dua sekatan jalan raya. Satu dari polis biasa dan satu lagi polis trafik.
Sekatan yang pertama, semasa saya sampai di tempat sekatan, para pegawai polis baru nak menyusun kon. Jadi sesi pemeriksaan belum bermula. Fuhh, selesai sekatan pertama. Alhamdulillah.
Sekatan kedua, dengan polis trafik. Sekali lagi, saya bernasib baik dengan pertolongan Allah. Mereka hanya menahan kereta dan pemandu yang melakukan kesalahan trafik seperti memandu melebihi had laju dan memotong doubleline. Syukur,syukur,syukur Ya Allah.
Sebaik sahaja selesai membaca ebook BAD, saya akan praktik 'anytime and anywhere'. Saya juga turut 'invite' sahabat-sahabat kesayangan untuk turut muat turun ebook BAD ini. Saya nak kongsi dengan mereka apa yang saya dapat.
Namun, samada mereka nak muat turun, baca, khatamkan dan praktik apa yang mereka baca, itu di luar kawalan saya. Bak kata salah seorang penulis novel kesayangan saya Hlovate menerusi bukunya yang bertajuk Anthem,
"Hati tu Allah yang pegang. Sama ada untuk bersinar bergilap atau terus jadi hitam gelap."
Dan dalam hal ini juga tanpa disedari, saya turut mempraktikkan BAD. Allah dulu, Allah lagi, Allah terus.
Bagi anda yang berminat nak muat turun ebook BAD ni, ini linknya http://www.teknikbad.com/
Bagi anda yang berminat nak muat turun ebook BAD ni, ini linknya http://www.teknikbad.com/
** Saya hanya ingin berkongsi, tiada tujuan lain
** Spread the dakwah, utuhkan ukhwah, tonggak pembangunan ummah
** Credit to saudari Insyirah Azhar www.wrthrough.com
** Spread the dakwah, utuhkan ukhwah, tonggak pembangunan ummah
** Credit to saudari Insyirah Azhar www.wrthrough.com
hai fiza..best kan praktis teknik BAD ni.
BalasPadamalhamdulillah.saya turut mempraktiskannya.
tak sangka kita minat penulis yang sama, Hlovate:)
Hai fatirah..tq sudi singgah kat sini..betul, teknik BAD memang best..n Hlovate memang sangat sangat best...hehe..
BalasPadamSalam perkenalan..
Link download dah takdak .
PadamBoleh Tak puan tolong email ebook tu pada Saya ?
Mudah mudahan atas usaha ini insyirah juga beroleh pahala .
hafyz1984@gmail.com
assalamualaikum... isi kandungan yang download dgn yg hard copy di kedai sama tak? yang free dah x boleh download....saya dah beli yg hard copy...mmg best
BalasPadamWaalaikummussalam..hai, sama nama,hehe..
PadamEbook dh tak boleh download mungkin sebab dah terbit versi buku. Sepertimana yang penulis dia, saudari Inyirah Azhar cakap, ebook tu cuma 10% je drpd kandungan dlm buku. So, buku tu lebih detail lagi.
Waalaikummussalam..hai, sama nama,hehe..
PadamEbook dh tak boleh download mungkin sebab dah terbit versi buku. Sepertimana yang penulis dia, saudari Inyirah Azhar cakap, ebook tu cuma 10% je drpd kandungan dlm buku. So, buku tu lebih detail lagi.
Kat Mana nak beli buku tu ?
Padam