Hari ni masih lagi hujan. Dari semalam memang on off. Sedikit sebanyak buat diri rasa lemau. Yelah, dah hujan, sejuk. Kalau sambung tidur memang nikmat lah. Huhu..
Tapi, jangan haraplah. Kerja oii..
Minggu lepas, download free ebook dari Cik Hajar Abdullah. First ebook dari Cik Hajar yang I miliki. Tajuk dia " 6 Langkah Bagaimana Newbie Bisnes Bermula".
Well, looks like I have to start from scratch back. Sebab mood yang sentiasa on off. Nak istiqomah bukan senang kalau hati tak sado. So, tahun ni, I decided nak belajar banyak ilmu baru + praktik terus. Belajar teori je tak guna beb. Sebab simpan sensorang. No good, no good.😁
Okayyy..
Let's get started.
Hujan tak hujan, lemau tak lemau.
Kita kupas satu persatu nanti ye.
By yours truly,
🌹F. A
Memaparkan catatan dengan label Ulasan ebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulasan ebook. Papar semua catatan
Ahad, 8 Januari 2017
Let's get started!!
Isnin, 1 Februari 2016
Ulasan Ebook "Yeay! Mama Sudah Resign"
Assalamualaikum wbt.
Allahummasolli a'la saidina Muhammad, waa'la a'lihi wasohbihi wasalam.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Allahummasolli a'la saidina Muhammad, waa'la a'lihi wasohbihi wasalam.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Alhamdulillah Ya Syakur. Akhirnya berjaya menyelesaikan bacaan ebook "Yeay! Mama Sudah Resign" tulisan pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad.
Membaca intronya saja, sudah mengusik rasa. Sementelah hati sememangnya berniat untuk berhenti kerja makan gaji dan menjadi bos kepada diri sendiri. Hasrat untuk menjaga sendiri anakanda Iman dan Ilham juga untuk menabur bakti kepada ayah bonda tercinta sebelum dipanggil Maha Pencipta. Sudah tiba masanya untuk mengambil alih menjaga Iman,anak syurga yang menjadi rebutan dan kesayangan ramai.
Kalau anda memang bercita-cita untuk resign dan bergelar WAHM (Working at Home Mom), ebook ini sememangnya bacaan yang tepat untuk anda. Penuh dengan kisah inspirasi dan motivasi. Juga memaparkan kisah suri hebat yang telahpun berjaya menjadi WAHM. Mereka hanya bekerja dari rumah dan berjaya menjana pendapatan yang lumayan.
Ebook ini juga menyingkap persoalan kepada mereka yang mengalami pelbagai masalah untuk merealisasikan impian menjadi seorang ibu/suri yang bekerja dari rumah serta mampu untuk menjana ekonomi disamping menguruskan hal ehwal rumahtangga. Melalui segmen Sesi Soal Jawab (Q&A),InshaaAllah dapat merungkai setiap persoalan yang dihadapi.
Antara persoalan yang diutarakan adalah bagaimana persediaan untuk menjadi seorang WAHM, bagaimana untuk menjana pendapatan, motivasi bisnes, cara pengurusan masa, emosi, keluarga dan bisnes dan banyak lagi. Info yang sangat berguna bagi saya.
Di bahagian ketiga pula dikongsikan kisah-kisah pengalaman Usahawan SOHO (Small Office Home Office). Ada sepuluh kisah daripada sepuluh orang usahawan suri berjaya. Perkongsian yang boleh memberi inspirasi dan semangat kepada kita untuk turut mengikut jejak langkah mereka di masa akan datang. InshaaAllah.
TIPS SEBELUM BERGELAR WAHM
1. Perbaiki hubungan dengan Allah, yakinlah Allah
Yang Maha Memberi Rezeki
2. Kena ada BIG WHY kenapa perlu resign
3. STRONG WILL – keinginan yang kuat untuk
merealisasikan impian
4. Membuat perancangan sekurang-kurangnya 3 tahun
sebelum betul-betul resign
5. Sentiasa positif, berdisiplin dan focus
6. Jangan berhenti belajar dan serap ilmu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Amin, Ya Mujib.
***Jika anda berminat untuk mengetahui lebih terperinci mengenai ebook "Yeay! Mama Sudah Resign" boleh whatsapp/pm saya di 011 17933520 - Fiza. Kita sama-sama kongsi ilmu. InshaaAllah.
Sabtu, 13 Disember 2014
E-book "Bertanya Allah Dulu" (BAD) by Insyirah Azhar
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Saya mula mengetahui tentang Ebook Bertanya Allah Dulu tulisan saudari Insyirah Azhar melalui guru online saya Pn Anys Idayu Zakaria.
Bila dapat tahu mengenai ebook terbaru Insyirah Azhar, terus saya klik ke pautan yang berkenaan untuk muat turun ebook tersebut (ebook ini setakat ini diberi percuma, Alhamdulillah). Pertama kali cuba muat turun, tak berjaya. Beberapa hari selepas itu, saya terbaca beberapa status dari rakan FB saya yang sudah berjaya muat turun ebook BAD ini. Saya mencuba sekali lagi dan akhirnya Alhamdulillah saya berjaya muat turun ebook BAD ini.
Saya terus baca selepas berjaya muat turun. Separuh bacaan, saya berhenti. Baca masa kerja,hehe. Selesaikan tugas hakiki dulu. Walaupun hanya separuh bacaan, dalam hati dah mula terdetik. Bagusnya ilham yang Allah kurniakan kepada saudari Insyirah Azhar ni. Saya terus cuba praktik walaupun tak habis baca. Saya cuba je. belum cuba, belum tahu, kan?
Kebetulan saya ada masalah kewangan sikit. Saya perlu membayar roadtax dan insurans kereta bulan ni. Jumlahnya lebih kurang RM600++. Hati sebenarnya sudah tak keruan kerana saya tiada simpanan untuk kereta melainkan bayaran untuk ansuran kereta setiap bulan.
Terus teringat #teknikbad. Saya mula berdoa, "Ya Allah, hanya padaMu tempat hambaMu ini memohon pertolongan. Berikan aku petunjukMu Ya Allah, bagaimana aku harus membayar roadtax dan insurans keretaku ini. Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik penolong Ya Allah."
Selepas itu, saya cerita pada suami saya, En.Ayie (kami tinggal berjauhan atas faktor kerja). En.Ayie cakap, InshaaAllah dia cuba usahakan.
Tarikh tamat makin hampir. Saya hanya pasrah. Saya bagi kad bank pada Abah (saya minta tolong Abah tolong bayarkan) untuk ambil duit untuk bayar roadtax dan insurans. Dalam bank memang ada cukup-cukup je duit. Maknanya, selepas itu simpanan saya akan habis.
Namun, ternyata Allah itu Maha Mendengar. Selepas itu, suami saya telefon mengatakan dia sudah bank-in RM200 ke akaun saya. Syukur Alhamdulillah, sekurang-kurangnya akaun saya masih ada baki. Kemudian Abah balik dan cakap cuma perlu bayar RM300++ saja sebab bayar untuk setengah tahun sahaja. Dua berita baik untuk saya dalam satu masa. Hati rasa macam tak percaya. Terima Kasih Ya Allah telah tanpa pertolonganMu tak mungkin semua ini terjadi.
Kemudian, bila ada saja masa free terus saya khatamkan ebook BAD dan terus praktik.
Oh, ya. Cerita pasal roadtax tak habis kat situ je. Ada lagi sambungannya.He he.
Abah cakap prosesnya tak sempat siap sebelum tarikh tamat roadtax sedia ada. Jadi, saya terpaksa pergi kerja dengan membawa kereta yang roadtaxnya dah tamat tempoh. Sepanjang perjalanan memang akan ada roadblock samada dari polis atau polis trafik. Perjalanan ke tempat kerja saya masih lagi boleh bertenang kerana ada sehari lagi sebelum tarikh tamat. Yang membimbangkan saya adalah perjalanan balik (oleh kerana saya bekerja ikut shif, saya akan berada ditempat kerja sampai habis shif saya).
Sebelum memulakan perjalanan balik, saya dah doa awal-awal supaya perjalanan saya dipermudahkan. Ditakdirkan, hari itu saya menempuh dua sekatan jalan raya. Satu dari polis biasa dan satu lagi polis trafik.
Sekatan yang pertama, semasa saya sampai di tempat sekatan, para pegawai polis baru nak menyusun kon. Jadi sesi pemeriksaan belum bermula. Fuhh, selesai sekatan pertama. Alhamdulillah.
Sekatan kedua, dengan polis trafik. Sekali lagi, saya bernasib baik dengan pertolongan Allah. Mereka hanya menahan kereta dan pemandu yang melakukan kesalahan trafik seperti memandu melebihi had laju dan memotong doubleline. Syukur,syukur,syukur Ya Allah.
Sebaik sahaja selesai membaca ebook BAD, saya akan praktik 'anytime and anywhere'. Saya juga turut 'invite' sahabat-sahabat kesayangan untuk turut muat turun ebook BAD ini. Saya nak kongsi dengan mereka apa yang saya dapat.
Namun, samada mereka nak muat turun, baca, khatamkan dan praktik apa yang mereka baca, itu di luar kawalan saya. Bak kata salah seorang penulis novel kesayangan saya Hlovate menerusi bukunya yang bertajuk Anthem,
"Hati tu Allah yang pegang. Sama ada untuk bersinar bergilap atau terus jadi hitam gelap."
Dan dalam hal ini juga tanpa disedari, saya turut mempraktikkan BAD. Allah dulu, Allah lagi, Allah terus.
Bagi anda yang berminat nak muat turun ebook BAD ni, ini linknya http://www.teknikbad.com/
Bagi anda yang berminat nak muat turun ebook BAD ni, ini linknya http://www.teknikbad.com/
** Saya hanya ingin berkongsi, tiada tujuan lain
** Spread the dakwah, utuhkan ukhwah, tonggak pembangunan ummah
** Credit to saudari Insyirah Azhar www.wrthrough.com
** Spread the dakwah, utuhkan ukhwah, tonggak pembangunan ummah
** Credit to saudari Insyirah Azhar www.wrthrough.com
Ahad, 15 Jun 2014
#3 Pengembaraan diteruskan..Asas Bina Blog
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Suka-duka kehidupan adalah lumrah dalam hidup setiap insan. Tidak dinafikan kita semua mempunyai masalah yang rasanya amat berat untuk kita menanggungnya. Kita juga punya impian untuk menggapai bahagia. Namun semua itu harus kita lalui jua. Tak semua insan bahagia senantiasa, tidak semua juga insan derita berpanjangan. Malah semua itu bisa memberi kita kekuatan dan juga menjadi pengalaman berharga suatu hari kelak. Roda kehidupan sentiasa berputar dalam meniti hari hari yang masih tinggal buat kita sebelum dijemput Sang Pencipta.
Begitulah saya meneruskan kehidupan. Terus-terusan mencari jalan untuk 'transform' diri menjadi lebih kuat. Langkah pertama telah saya mulakan. Setelah melanggan eBook Jana Wang Di Rumah tulisan Pn. Masayu Ahmad, saya baca dan kaji kandungannya. Ternyata ianya memberi kesan yang mendalam kepada saya. Seakan-akan pencarian saya bakal bertemu jawapan yang saya cari selama ini. Saya semakin bersemangat apabila mendapat tahu, bukan saya sahaja yang mengalami masalah terutama tentang dilema antara kerjaya dan keluarga. Sudah ramai suri yang berkerjaya mempunyai perasaan yang sama. Saya amat berterima kasih Pn. Masayu Ahmad. Kerana melalui ilham yang dikurniakan Allah kepada beliau, beliau telah memberi inspirasi kepada saya dan ramai lagi suri diluar sana melalui tulisannya.
Melalui eBook Jana Wang Di Rumah, saya meneruskan pencarian dengan melayari blog beliau di http://naufalsayang.blogspot.com/. Dari blog beliau saya terjumpa satu lagi eBook tulisan beliau iaitu Belajar Asas Blog. Hati sudah berbunga-bunga kerana saya sudah temui sesuatu yang saya cari selama ini. Sebenarnya sudah lama saya teringin untuk mempunyai blog sendiri. Tapi tidak tahu cara. Pernah bertanya dengan En. Google, tapi setakat tajuk saja yang saya sempat buat. Ini semua gara-gara tiada motivasi dan kononnya nak jadi misteri macam penulis novel kegemaran saya Hlovate. Berangan tak sudah,he he. Jadi, tanpa membuang masa saya terus membeli eBook Belajar Asas Blog tersebut. Apabila dapat sahaja email saya terus muat turun dan mula membaca. Daripada situ baru saya dapat tahu tentang kepentingan membina jenama sendiri terutama apabila kita ingin membina blog bisnes. Agak malang bagi orang yang kurang mahir tentang IT macam saya ni . Walaupun sudah diterangkan secara terperinci dalam eBook berkenaan tentang cara-cara membina blog yang berpengaruh namun saya rasa saya memerlukan lebih dari itu. Saya memerlukan seorang guru. Lalu, saya meneruskan lagi pengembaraan mencari ilmu dengan membaca kembali blog Pn.Masayu Ahmad. Dan saya terpandang satu logo yang menarik perhatian saya.
Apakah logo itu? Adakah pencarian saya akan berakhir dengan penemuan logo berkenaan?
Saya akan sambung pada entri akan datang.
*setiap entri yang bersambung saya akan tandakan dengan simbol (#) diikuti dengan nombor, contoh #1,#2 dan seterusnya*
*dah macam siri cerita detektif Conan je :-) *
............................................................................................................
Khamis, 5 Jun 2014
Ulasan e-Book Super WAHM Super Mom
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, baru sahaja selesai membaca e-book Super WAHM Super Mom tulisan pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) Pn. Masayu Ahmad.
Usai membaca e-book ini, saya menyedari bahawa setiap wanita terutama yang bergelar ibu mempunyai perasaan yang sama. Ingin sentiasa bersama-sama dengan anak-anak, menjaga, melayan kerenah dan mendidik mereka sendiri.
Zaman semakin moden, lelaki dan wanita tiada bezanya. Isu wang menjadi satu keutamaan dalam hidup. Nak duit, kena kerja. Justeru semua orang berlumba-lumba mencari kerja diluar untuk mencari rezeki serta menampung kehidupan yang segala-galanya berpaksikan wang. Sehinggakan sekiranya seseorang wanita itu tidak bekerja, secara otomatik masyarakat akan melabel mereka tidak berpelajaran tinggi.
Apabila sudah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata, masalah akan muncul. Ibubapa tiada masa untuk menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak. Kalau adapun, masa yang sangat terhad dan akibatnya momen-momen penting dalam hidup anak-anak akan berlalu begitu sahaja. Senyuman pertama, langkah pertama, perkataan pertama dan banyak lagi.
Hati seorang wanita, pasti sedih apabila mereka terlepas saat-saat indah dalam hidup anak-anak. Ingin berhenti kerja dan duduk di rumah menjaga anak, banyak yang perlu difikirkan. Ekonomi keluarga, hutang pinjaman pelajaran, hutang pinjaman peribadi, harapan ibubapa malah pandangan masyarakat sekeliling menambahkan lagi kebuntuan fikiran. Dan saya adalah diantara wanita-wanita itu.
Namun, apabila membaca e-book ini, saya sangat teruja apabila mengetahui bahawa untuk berhenti kerja tetapi tetap dapat membantu ekonomi keluarga hanya dari rumah adalah tidak mustahil untuk dilakukan. Dan sudah ramai wanita yang berjaya melakukannya,. Mereka inilah yang digelar WAHM (Working At Home Mom). Mereka surirumah sepenuh masa dalam masa yang sama tetap bekerja mencari pendapatan menambah ekonomi keluarga.
Meskipun bekerja sendiri dari rumah, cabarannya tetap ada. Disiplin diri yang tinggi sangat penting. pengurusan masa yang bijak sangat perlu. Usaha dan kerja keras perlu 200 peratus lebih daripada bekerja makan gaji. Disinilah pentingnya mendapat sokongan yang kuat dari orang-orang tersayang untuk kekal positif dalam menghadapi cabaran untuk bergelar WAHM.
Dalam e-book ini terdapat banyak tip-tip yang berguna untuk dijadikan panduan bagi mereka yang bercita-cita untuk bergelar WAHM. Juga terdapat kisah-kisah inspirasi dari wanita-wanita yang sudahpun berjaya menjadi seorang WAHM.
Dalam hidup setiap orang, ada masalah dan cabaran yang berbeza. Namun, dengan tekad yang kuat, semangat yang tidak pernah luntur, InshaaAllah impian akan jadi kenyataan. Tapi mestilah disertai dengan usaha yang jitu, doa yang tidak pernah putus dan seterusnya bertawakal kepada Yang Maha Esa. Dan inilah juga impian saya. Semoga akan terlaksana tidak lama lagi. Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini. Amin.
*Sekiranya ada yang berminat dengan e-book Super WAHM, super Mom ini, boleh hubungi saya ya.
Email : norafizaabdulaziz@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-9464062 / 011-17933520
atau boleh pm di fb saya : https://www.facebook.com/fiza.aziz.12
Langgan:
Catatan (Atom)
