Memaparkan catatan dengan label Akademi bekerja dari Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akademi bekerja dari Rumah. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mei 2016

Working At Home Mom


Cita-citaku sejak dua tahun lalu.
Hati sudah tawar "nak kerja dengan orang".  Banyak sangat "politiknya".

Habis tu, takkan nak bercita-cita je kot. Make a move laa. 

Lalu, jari-jemari mula menaip diruangan enjin carian Encik Google yang semestinya banyak membantu. Satu persatu ku belek, ku telek dan fahamkan tentang konsep Bekerja Di Rumah. Oh, rupanya dah ramai dah golongan ibu-ibu yang bekerja dari rumah je atau lebih dikenali dengan WAHM- Working At Home Mom. 

Aku baca kisah mereka, pengalaman pahit manis mereka. Rupanya bukan senang juga nak jadi WAHM ni. Kalau tak ada kesabaran dan semangat juang yang jitu memang confirm tersungkur.

Tapiii...TAK MUSTAHIL. Itu kata kuncinya.

Aku search lagi. Baca lebih banyak kisah kejayaan (kisah kejayaan-positif) para ibu hebat yang bergelar WAHM ni. Seronok baca cerita diorang. Bersemangat nak jadi macam diorang. 

Akhirnya, Allah menemukan aku dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Terus terpaku kejap mata kat skrin laptop. Macam tak percaya.

Akhirnya, inilah peluang yang aku cari selama ini. Menimba ILMU untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya. 

Aku kaji setiap sudut, apa ABDR ni? Bagaimana ABDR ni boleh bantu aku? Aku baca satu-persatu.

Ohh..Kelas bina blog rupanya. Belajar online jer? Cantikkk...

Kebetulannya, dah bertahun aku cuba bina blog sendiri tapi tak reti. Tak ada orang nak ajar.

Ramai juga yang join ABDR ni. Rata-rata ahli ABDR ni macam aku lah. Nak sangat jadi WAHM. Suri rumah yang nak belajar cari side income pun ramai. Bolehlah bertukar pendapat dan share experience.

Eh? Ada ebook. Dapat bonus kalau join kelas blog. Download je. Memang senang. Ebook ni semua menarik. Ada ebook panduan bagaimana nak urus masa antara kerja, bisnes dan keluarga, ada cerita-cerita menarik tentang wanita-wanita hebat yang bergelar WAHM, ada juga panduan untuk memulakan bisnes online atau offline. Semua best, best.

Aku buat keputusan untuk join ABDR. Belajar dari zero. Dan semoga impianku untuk bergelar WAHM akan terlaksana tidak lama lagi. InshaaAllah. Amin Ya Mujib.

Ada yang nak join sekali?
Komen 'Nak' di ruangan komen. :-) 

Isnin, 29 Jun 2015

Naik pangkat vs berhenti kerja

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Malam tadi hujan lebat. Namun pagi ni, mentari muncul lagi. Rahmat dan nikmat dari Ya Waasi', Yang Maha Luas PemberianNya.

Kerja dah ok, seronok belajar perkara baru. A few mistakes here and there tu biasalah. Namanya pun budak baru belajar. That's what I always wanted. Seek new knowledge. Jumpa dengan orang, share opinion and experience. Takdelah sesak nafas aayik berkurung je dalam rumah.

Tapi, itu kat tempat kerja. Bila balik rumah, suasananya jadi lain. Balik saja dari kerja, si kecik dah menunggu depan pintu. Ayat pertama yang keluar dari bibir comelnya, "lamanya mummy gi kerja".

Alahai, kesian sayang mummy.

Itu cerita Ilham. Teringat pula pada Iman yang berada nun jauh di Pantai Timur. Jika sekiranya apa-apa terjadi pada mama, pada siapa harus Iman menumpang kasih sayang apabila Mummy terpaksa keluar mencari rezeki. Saya bukan mendoakan yang buruk pada mama, namun harus di akui, mama sudah tidak kuat. Mama juga perlu kehidupannya sendiri. Perlukan bekalan untuk akhiratnya juga.

Jadi, diri sendiri atau keluarga?
Berhenti kerja atau naik pangkat?


##Pernah tak berangan nak berhenti kerja? Boleh baca naskhah ni dulu

## Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ye..*senyum tutup mata*

Ahad, 17 Mei 2015

Tempat baru, Cabaran baru

Assalamualaikum wbt.

Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya sentiasa.



Semenjak bertukar bahagian awal bulan lalu, hidup agak kelam kabut dan kerja menjadi super duper sibuk.

Hampir 10 tahun saya bekerja secara shift, sekarang saya beralih ke waktu pejabat, 8-5. Dan sekarang, saya turut merasai kesesakan yang hampir semua pekerja lalui setiap hari. Berkejar pada waktu pagi, kesesakan lalu lintas. Oh, sangat meletihkan sehingga saya tidur sebaik sahaja selesai solat Isyak. Yeah! First week is the toughest. Nasib baik juga saya memang sudah biasa bangun awal pagi dan bersiap awal semenjak dari zaman sekolah lagi, kalau tak, memang haru lah.

Dan sekarang, saya mula memahami perasaan ibu-ibu bekerjaya yang bekerja pada waktu pejabat. How to manage the busy life. Kerja, family, urusan rumahtangga. Semua kena urus. I've yet to learn how to manage all that chores. Haila!

Dan semenjak dari itu juga, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru, suasana baru dan cabaran baru. Nak tak nak, kena belajar handle semua tu. Dan SABAR menjadi elemen penting dalam setiap aspek.

Oleh itu, saya dah tetapkan niat untuk berhenti kerja dan bergelar Working At Home Mom (WAHM).  Tapi bukan sekarang lah. Sekarang adalah masa untuk buat persediaan sebelum boleh berhenti. Sasaran saya 2-5 tahun lagi. InshaaAllah.

Menyertai ABDR adalah salah satu dari persediaan saya. Kerana ABDR memang ditubuhlan untuk membantu ibu-ibu yang ingin bergelar WAHM membuat persediaan sebelum berhenti kerja sepenuhnya.




Nak tahu apa itu ABDR, boleh .klik sini.

Atau boleh jer kalau nk pm saya di facebook. Saya sedia membantu anda.

Isnin, 2 Februari 2015

Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Guru Online:Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum wbt.

Impian untuk mempunyai blog sendiri akhirnya terlaksana selepas menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). ABDR merupakan sebuah akademi online yang menawarkan kelas asas membina blog. Saya tidak perlu keluar rumah dan memandu untuk mengikuti kelas ini. Syaratnya cuma perlu ada telefon pintar/ tablet atau komputer dah juga talian internet. Sangat mudah. Memang sangat sesuai dan menepati kehendak saya yang memang payah nak keluar dari rumah ni.

Saya mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes. Selain belajar membina blog, saya juga belajar bisnes online. Boleh juga tambah pendapatan. Oleh kerana saya tidak mempunyai produk sendiri, saya menyertai Rakan Niaga ABDR sebagai Pengurus Online. Tugas saya cuma mempromosi produk yang disediakan pihak ABDR. Macam-macam pilihan produk yang ada seperti e-book, makanan sunnah, produk makanan, rempah, produk islamik dan telekung solat.

Pakej yang saya ambil serta e-book bonus apabila menyertai kelas ini.







Masa Belajar
Oleh kerana ini adalah kelas online, jadi kita boleh belajar bila-bila masa dan di mana sahaja. mengikut masa kita sendiri. Saya berhubung dengan guru online saya hanya melalui messager  di Facebook sahaja. Guru online akan memasukkan kita di group kelas di Facebook dan kita boleh belajar hanya melalui medium Facebook.

Kumpulan Sokongan
Sehingga ke hari ini, saya tak pernah menyangka saya akan ada sahabat yang hanya kenal melalui atas talian. Ramai pula tu. Kebanyakkannya mempunyai tujuan yang sama apabila menyertai ABDR. Pengalaman serta latar belakang yang berbeza membolehkan saya belajar dan mengetahui banyak perkara melalui perkongsian sahabat-sahabat ABDR di blog masing-masing juga di Facebook.

Kesimpulan yang dapat saya buat, kelas ini memberi banyak kemudahan dan manfaat terutama kepada wanita yang ingin mempunyai kebebasan kewangan dan juga lebih masa bersama keluarga. Keputusan saya menyertai ABDR adalah keputusan yang tepat.

Syabas kepada pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad dan jemaah ABDR. Semoga kita semua terus success dalam mengejar cita-cita dan impian.

Syukur Allah masih sayang

Khamis, 29 Januari 2015

Iklan Nuffnang


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Perasan tak, kat atas, bawah dan tepi sebelah kanan entri blog saya dah ada iklan Nuffnang?
Haa, jemputlah klik ye. Terima kasih.

Pada mulanya, saya sangkakan nak buat iklan nuffnang ni, kena tunggu aliran trafik blog kita banyak, lepas tu pihak Nuffnang akan tawarkan untuk pasangkan iklan kat blog kita. Sehinggalah suatu hari saya terjumpa blog Pn. Munirah (rakan ABDR). Daripada blog beliaulah, baru saya dapat tahu rupanya iklan Nuffnang ni kita kena letak sendiri. Haha. Salah sangka rupanya selama ni. 

Kebetulah Pn. Munirah ada menyediakan perkhidmatan tutorial memasang iklan Nuffnang. Terus saya hubungi beliau. Dan Disember tahun lepas, bermulalah sesi pembelajaran pemasangan iklan Nuffnang kat blog saya. 

Ketika entri ini ditulis, saya masih lagi dalam proses belajar. Mujur ada cikgu yang nak mengajar, kalau tak alamat terkial-kiallah nak buat. Thanks, Uni.

Anda berminat nak belajar pemasangan iklan Nuffnang ni bolehlah hubungi Pn. Munirah di sini.

**Kalau nak buat apa-apa, carilah cikgu. Lebih mudah nak faham. Nak belajar buat blog, boleh tanya saya. InshaaAllah, saya tolong. Sharing is caring.

Syukur Allah masih sayang.

Selasa, 27 Januari 2015

Fitrah Kembali Bekerja di Rumah


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

"Mummy, adik nak ikut gi ijee."
"Tak boleh, nanti adik besar, adik kerjalah."
"Adik nak g ije jugok."

Situasi seperti ini saban kali saya hadapi. Berat je rasa hati melihat si kecil ni nak mengikut setiap kali nak pergi kerja. Kesian adik, selalu kena tinggal. Ditambah pula dengan Abe Long (my firstborn) yang mengidap Epilepsy tu, lagilah sesak dada setiap kali berfikir mengenainya. Anak-anak saya tinggalkan di bawah jagaan Mama sepanjang pemergian saya mencari rezeki. Lumrah kehidupan dalam zaman yang serba mencabar ni.

Dalam setahun dua ni, saya kerap berfikir, bagusnya kalau boleh kerja di rumah je. Tak perlu lagi nak tinggal anak-anak, jaga sendiri saja.

Lalu, saya mula mencari dan menkaji. Setiap peluang dan ruang untuk bekerja hanya dari rumah. Akhirnya saya bertemu ABDR (Akademi Bekerja Dari Rumah). Satu akademi yang menawarkan kelas membina blog secara online di samping juga menawarkan ilmu berniaga secara atas talian.

Saya sertai ABDR untuk mencedok segala ilmu yang ada. Mula menyiapkan diri untuk bergelar Working at Home Mom (WAHM). Kini, hampir setahun bersama ABDR, bukan sahaja ilmu yang saya dapat. Saya dapat ramai kawan (sama-sama belajar di ABDR). Mereka inilah supporters saya. Saya bukan sahaja belajar dari cikgu kelas malah melalui sahabat-sahabat ABDR juga.

Semoga impian saya untuk bergelar WAHM akan tercapai tidak lama lagi. InshaaAllah. Doakan saya ye.

**Kalau berminat nak sertai ABDR boleh lah hubungi saya. Semua maklumat ada kat sebelah kanan. Tapi saya tidak menerima sebarang panggilan telefon ye. SMS, Whatapps dan PM sahaja. Harap maklum.
** Boleh juga baca di SINI
Syukur Allah masih sayang.



Ahad, 23 November 2014

Istimewanya ABDR

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Hampir tujuh bulan berlalu sejak saya menyrtai keluarga besar (yang semakin bertambah) Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih dikenali dengan ABDR ni.

Semenjak saya mendaftar dan mula belajar di ABDR, saya dapat ramai kawan baru. 'Follower' kat sini pun dah makin bertambah. Syukur Alhamdulillah.

Terus-terang saya katakan, pada mulanya saya tidak yakin bahawa saya akan mempunyai 'follower' di blog saya. Saya bukan siapa-siapa dan tak punya apa-apa kepakaran atau kemahiran. Atas sebab itulah saya ingin belajar. 

Pada mulanya, saya hanya menulis mengikut 'guideline' yang diberikan oleh sifu saya cikgu Anys Idayu Zakaria. Namun lama-kelamaan, saya semakin yakin untuk menulis dan berkongsi cerita. Syukur sangat saya dipertemukan dengan insan-insan luar biasa di ABDR ni walaupun hanya di alam maya.

Apa yang saya suka sangat tentang ABDR ni? Hah, mari sini nak cerita:
  • Sifu-sifunya terdiri daripada insan baik hati yang InshaaAllah sentiasa ada untuk membantu
  • Jemaahnya terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang seperti jurutera, arkitek, pakar jahitan baju, kraftangan, pakar kecantikan dan kesihatan, juru hias dalaman, penulis tersohor dan ramai lagi yang mempunyai kehebatan dalam bidang masing-masing.
  • Mereka semua ni, sangat la mesra alam. Hulur saja salam persahabatan samada 'add friend di fb' atau 'add di google' pasti akan disambut dengan tangan terbuka. Kenapa senang sangat? Sebab nampak je logo ABDR dah tahu kami dari rumpun yang sama.
  • Yang penting sekali, mereka ni ada AURA POSITIF. Setiap kali rasa 'down', kecewa, putus asa, putus harapan, buat je 'blog walking' kat blog mereka ni. Gerenti boleh 'up' balik semangat yang hilang tu.
  • We didn't know each other, but we support each other. Ukhuwah tetap terjalin walau di mana berada.
  • Dan yang paling best boleh belajar tentang bisnes. Saya dah lama teringin nak belajar berniaga tapi selalu buntu dan tak tahu nak mula. Di ABDR ni lah saya belajar. Dari langkah pertama sampai sekarang cikgu saya tak pernah jemu nak ajar. Siap sediakan produk lagi untuk saya mulakan bisnes online saya sendiri.
Nak join kami? Boleh je. 
PM saja saya di Facebook. Maklumat ada kat sebelah kanan ni ye.
Nak tahu lebih lanjut?
Boleh baca sini



Khamis, 4 September 2014

Kelas Asas Blog Fanpage Mula Bisnes

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Ramai yang berminat untuk melakukan bisnes online. Satu bentuk perniagaan yang mudah tanpa perlu keluar rumah dan menghadapi kesesakan lalu lintas. Kebanyakan orang hanya menggunakan Facebook sebagai medium utama untuk mempromosikan produk mereka. Tetapi ada lagi cara yang boleh digunakan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk dengan lebih terperinci iaitu melalui blog dan fan page.

Akademi Bekerja di Rumah menawarkan Kelas Online Belajar Asas Blog dan Fanpage (Mula Bisnes) kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan bisnes online sendiri.

Apa yang kita belajar melalui kelas ini:

  1. Kelas ini khusus bagi anda yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
  2. Mahu memulakan bisnes online sendiri tetapi tidak tahu cara yang betul dan berkesan.
  3. Tidak mempunyai produk sendiri / tidak tahu bisnes apa yang sesuai. Jangan bimbang. ABDR ada menyediakan produk untuk anda memulakan perniagaan anda. Produk- produk tersebut terdiri daripada produk digital ebook dan kelas online, produk makanan sunnah, produk islamik dan produk mudah masak (masakan arab).
  4. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal bermula dari RM10. Sekiranya anda konsisten dalam menjalankan promosi, pendapatan akan meningkat ke RM20, RM50, RM100 dan seterusnya.
  5. Kelas ini sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri berkerjaya yang ingin menambah pendapatan / belajar berniaga, juga terbuka kepada kaum adam.
  6.  Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain juga membina jaringan bisnes secara online.
  7. Sebelum memulakan kelas, kami akan analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai untuk anda berdasarkan minat serta pengalaman anda. Anda akan dibimbing untuk:
  • membina blog kedai online
  • belajar menulis secara konsisten
  • belajar buat borang tempahan
  • belajar buat fanpage di facebook
  • belajar buat pautan
  • belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik
  • ebook bonus disediakan sebagai panduan untuk anda.             
    Anda boleh mendaftar sebagai AGEN DROPSHIP melalui pendaftaran kelas-kelas berikut:
  1. Kelas Online Borong Telekung Solat
  2. Kelas Online Produk Makanan (pek mudah masak,kurma,kismis,serunding dan lain-lain)
  3. Pengurus Online ABDR
  4. Kelas Online Produk Islamik
Keistimewaan agen dropship:
  • tidak perlu simpan stok
  • tidak perlu uruskan penghantaran
  • tidak perlu COD


JOM MULA JANA PENDAPATAN BERSAMA KAMI WARGA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH. BERGABUNG DENGAN LEBIH 800 PAUTAN BLOG DAN 11 ORANG GURU ONLINE SEDIA UNTUK MEMBIMBING ANDA!!

Maklumat lanjut boleh baca di sini.

Sebarang pertanyaan dan untuk mula mendaftar boleh hubungi saya. Pendaftaran adalah setiap hari.            



Kelas Borong Telekung Solat

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

KELAS BORONG TELEKUNG SOLAT


Berniaga, sambil beramal. Antara produk yang boleh kita ketengahkan adalah telekung solat.

Maka dengan besar hati ABDR mencari mereka yang fokus dan berkomitmen untuk merebut peluang ini.

Kelas membina Blog & Fanpage Borong Telekung Solat khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!

Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

- Ilmu membina blog & fanpage niaga
- Blog yang menepati minat pembeli
- Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
- Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.








Jom rebut peluang ini untuk belajar berniaga. Mudah-mudahan dapat membantu menambah pendapatan keluarga. 

Tak banyak yang perlu anda buat. Hanya daftar dan barisan guru online di ABDR akan membimbing anda dari mula sampai akhir. Hanya satu syarat diperlukan, minat dan fokus. InshaaAllah semua urusan dipermudahkan.




Dibuka untuk 30 penyertaan sahaja!!


-Guru online Mie Normi.
-4 ebook rujukan
Yuran RM250 (kelas premium)

* Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh pm saya di facebook atau melalui email

Sabtu, 12 Julai 2014

Kelas Online ABDR I

Assalamualaikum wbt.

Adakah anda berminat untuk mempunyai blog anda sendiri? Di Akademi Bekerja Di Rumah, kami menawarkan kelas-kelas online yang anda boleh ikuti dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.


Kelas- kelas Yang Ditawarkan ABDR
  1. Kelas Asas Blog Dan Penulisan
  2. Kelas Asas Blog Fanpage Mula Bisnes
  3. Kelas penulisan kreatif
  4. Kelas penulisan ebook pertama
  5. Kelas Akaun WAHM SAHM SOHO Bisnes Kecil
  6. Kelas asas wordpress
  7. Kelas beriklan mudah.my
  8. Tempahan blog bisnes - 5 hingga 7 hari siap
  9. beriklan di sohodirectory dengan pautan hampir 800 blog

Matlamat utama
  1. Memberi pencerahan dan ruang kepada suri rumah yang baru mengenal dunia online terutama tentang blog, fan page dan sebagainya.
  2. Kelas Asas Blog dan Fan page, khusus kepada mereka yang 'zero knowledge' tentang urusniaga online. Sebagai permulaan awal, membina Kedai online dan latihan urusniaga. Selepas boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih meluas dan membina rangkaian bisnes sendiri. ABDR adalah sebagai trek pemula, sebagai langkah awal bagi mereka yang benar-benar zero tentang bisnes dan urusniaga online.
  3. Kelas Asas Blog dan Penulisan pula untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian Google.

Bagaimana Kelas ini dijalankan
  1. Tutorial dijalankan sepenuhnya secara online. Oleh itu, kelengkapan yang perlu ada ialah komputer/ laptop/ tablet/ smartphone dan talian internet.
  2. Komunikasi adalah secara one to one ( personal coaching) dengan guru online. Sebarang pertanyaan dan rujukan boleh diajukan melalui pm di Facebook atau melalui group kelas.
  3. Jadual adalah fleksibel - ikut kelapangan masa masing-masing.
  4. Nota dan tutorial bergambar disediakan.
  5. Bonus 4  eBook rujukan.
Kelas ini dimana?
  • Kelas dijalankan hanya secara online. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya bekerja, tak ada masa
  • Kelas ini dijalankan secara fleksibel iaitu mengikut masa setiap protege itu sendiri.
  • 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk sendiri
  • Produk disediakan oleh pihak akademi. Boleh join Rakan Niaga Akademi.
  • Jika sudah mempunyai produk sendiri, anda boleh belajar untuk menaikkan jualan.
Bila boleh pandai?
  • Bergantung kepada berapa anda boleh siapkan tugasan yang diberi. Ada pelajar yang boleh siapkan tugasan dalam masa hanya 10 hari, 3 minggu, sebulan malah ada lebih lagi. Semuanya bergantung kepada usaha setiap pelajar itu sendiri. Lebih cepat tugasan disiapkan, lebih cepat boleh menjana pendapatan daripada blog, Facebook dan fan page.
Apa lagi manfaat dari ABDR?
  • Jaringan dan perhubungan dengan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah dan suri berkerjaya.
  • Boleh berkenalan dan bertukar pandangan
  • Mempunyai kumpulan sokongan untuk mendapat semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.
  • Juga pertukaran jaringan antara blog boleh menarik aliran trafik ke blog kita.
Siapa yang boleh menyertai kelas ini
  • Surirumah
  • Suri berkerjaya yang ingin mencari pendapatan sampingan
  • Juga terbuka kepada kaum Adam













# Anda boleh pilih mana-mana kelas yang sesuai untuk anda
# Untuk sebarang pertanyaan boleh email kepada saya atau pm saya di fb (semua maklumat ada di petak sebelah kanan page)









Jumaat, 27 Jun 2014

e-Book Belajar Asas Blog

e-Book Asas Blog Dan Penulisan




Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian atau blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Dalam ebook ini disertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang sudah mengikuti kelas online di ABDR.

Analisa pengalaman dan kepakaran untuk memulakan blog pertama. Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca di khalayak ramai. Teknik mudah menggunakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama. Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online. Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu langkah yang betul. Ebook ini boleh mengajar langkah demi langkah cara-cara membina blog berpengaruh.

Kandungan eBook:
Bab 1: Analisa Penentuan Tajuk Blog
(Berdasarkan pengalaman dan kepakaran)
Bab 2: Pendapatan Pasif/Aktif Melalui Blog dan EBook
Bab 3: Langkah demi langkah blog
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Menyusun Bab
Bab 6: Tips Menulis
Bab 7: Tulisan Berpengaruh
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Panduan Temuramah
Bab 10: Asas Suntingan
Bab 11: Mengurus ebook/ manuskrip pertama

Anda boleh memiliki ebook ini pada harga RM50 sahaja
Untuk tempahan klik sini
Lain-lain ebook dari ABDR boleh lihat di sini



#5 Kelas Online Belajar Asas Blog Dan Fanpage

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Pernahkah anda menghadapi situasi seperti ini,

     " Malasnya nak pergi kerja hari ni "
     " Bosannya hidup macam ni , macam orang tak ada tujuan hidup je"
     "  Kenapa hidup aku tak senang macam orang lain?"
     "  Hutang banyak, gaji ciput, bila la nak habis bayar hutang ni"

Inilah situasi yang saya hadapi hampir setiap hari sehingga mendorong saya mengambil keputusan drastik mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan. Dan selama tempoh bercuti itu saya mengambil kesempatan untuk menenangkan diri dan mengumpul kembali semangat dan kekuatan. Di tambah dengan keberkatan Ramadhan, saya akhirnya mendapat kembali tenaga positif yang hampir hilang dalam diri. Dengan semangat baru, saya mulakan pencarian dan menyusun strategi untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Namun ternyata ia bukan semudah yang disangka. Banyak rintangan yang perlu diharungi untuk mengorak langkah pertama. Tapi, dengan pertolongan dari Yang Maha Kuasa, sedikit demi sedikit saya kikis sifat negatif dalam diri. Alhamdulillah, saya kembali memulakan tugasan hakiki sebagai penjawat awam dengan lebih positif dan mula bertugas dengan pandangan yang berbeza. 

Walaupun begitu, saya tetap meneruskan pencarian untuk mencari pendapatan sampingan kerana saya memang sudah berniat untuk berhenti kerja sebelum sikecil Ilham memulakan alam persekolahan. Terdapat beberapa pilihan yang ada dan saya mencuba hampir kesemuanya. Namun, takdir Allah menentukan segalanya. Rezeki tidak berpihak kepada saya. Saya redha dan pasrah. Ini ujian untuk saya. Dan saya tidak berputus asa. Pada masa yang sama saya masih lagi mengikuti blog Pn Masayu Ahmad dan akhirnya Allah membuka pintu hari saya untuk menghubungi beliau.

Penghujung April 2014, dengan lafaz bismillah, saya menghubungi Pn. Masayu melalui 'private messager' di fb beliau untuk bertanya tentang kelas online yang ditawarkan di Akademi Bekerja Di Rumah yang diasaskan oleh beliau. Setelah berbincang, beliau menyarankan agar saya mengambil kelas bisnes dengan yuran sebanyak RM200. Setelah pembayaran dibuat, akhirnya pada awal Mei 2014 saya mengorak langkah baru dengan menjadi pelajar online di ABDR dan diperkenalkan dengan guru online saya, Pn Anys Idayu Zakaria dan bermulalah sesi pembelajaran saya bersama ABDR melalui kelas Belajar Asas Blog dan Fan page.

Betullah orang kata, belajar dengan guru ni , lebih mudah. Melalui ABDR, saya belajar membuat email, membina blog sendiri dan seterusnya belajar membuat fan page di fb bagi tujuan mempromosi produk. Jadual belajar yang fleksibel- ikut masa kita sendiri, berhubung dengan guru online hanya melalui pm di fb, tunjuk ajar yang jelas, terang dengan adanya slide2 contoh yang disediakan, guru online yang sentiasa bersedia menjawab seribu satu pertanyaan, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog saya sendiri. Gembiranya hati hanya Allah yang tahu. It's like a dream come true. Dan semua ini saya belajar hanya dalam tempoh sebulan. Menarik bukan?

Oleh kerana saya tiada produk sendiri untuk memulakan bisnes secara online, saya dilantik sebagai pengurus online akademi. Tugas mudah sahaja. Saya hanya perlu mempromosikan produk-produk akademi yang terdiri daripada kelas-kelas online, produk digital eBook dan juga sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang Akademi juga ada menyediakan produk makanan sunnah, pek nasi Arab, serunding, kurma dan kismis juga telekung solat.  Produk sudah ada, saya hanya perlu promosi di blog dan juga di fb sahaja.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pengasas ABDR, Pn.Masayu Ahmad dan guru online saya yang sentiasa 'disana' Pn Anys Idayu Zakaria. Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan insan-insan baik hati ini dalam hidup saya. Walaupun tak pernah bersua namun ukhuwah yang terjalin sangat utuh. SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Akhir kata, doakan perjuangan saya, insan kerdil yang sedang cuba mengubah diri kearah yang lebih baik. InshaaAllah.

Anda boleh mengikuti siri pengembaraan saya ini melalui link berikut:
#1 Saya dan Bisnes
#2 Jana Wang Di Rumah
#3 Pengembaraan Diteruskan..Asas Bina Blog
#4 Akademi Bekerja Dari Rumah






Selasa, 24 Jun 2014

#4 Akademi Bekerja Dari Rumah

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

" Tensionnya kerja"
" Apa yang aku buat kat sini? Dah macam tahanan dah, asyik terkurung dalam blok ni . Buang masa betul."
" Kesian Abe Long dan Adik, asyik kena tinggal je."

Setelah saya mendapat surat arahan pertukaran, melapor diri dan akhirnya menjalankan tugasan baru di Depot Tahanan Imigresen Terengganu dua tahun lepas, kata-kata di atas selalu bermain di minda saya. Hidup saya penuh dengan aura negatif sehingga saya menganggap saya manusia paling malang. 

Pergi kerja,balik kerja,cukup bulan dapat gaji,bayar hutang. Rutin yang sama, seolah-olah hidup hanya untuk itu. Tiada semangat,tiada motivasi. Ditambah dengan masalah peribadi lebih memburukkan keadaan.

Namun,takdir Allah lebih besar dan hebat. Perancangan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui memang tiada cacat celanya. Dia menjadikan saya seorang pemikir. Dia tidak pernah membiarkan hambaNya yang satu ini terus terbelenggu dalam kesempitan. Betullah, Dia tidak memberi apa yang kita mahu, Dia beri apa yang kita perlu.

Akhirnya,dengan kekuatan yang diberi olehNya, saya mengambil keputusan drastik untuk mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan bermula Ramadhan tahun lepas. Keputusan ini saya ambil kerana saya benar-benar tidak punya kekuatan lagi untuk meneruskan tugas saya. 'I need a break.' Dan saya bersyukur saya mengambil keputusan itu.

Kenapa saya ambil keputusan itu?
Satu: Saya ingin mengambil kesempatan sempena keberkatan bulan Ramadhan untuk beribadat dan menenangkan diri.
Dua: Saya perlu berfikir dalam keadaan yang aman dan tidak berserabut untuk mendapat keputusan terbaik.
Tiga: Ingin meluangkan waktu bersama anak-anak
Empat: Saya perlu memikirkan strategi baru bagaimana saya boleh hidup bebas hutang, menjaga sendiri anak-anak dan hidup tanpa tekanan.
Lima: l just need a break!

Saya tahu ada orang yang dapat menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Saya juga ingin mencuba tapi tidak tahu bagaimana dan dimana boleh bermula.

Dengan masa yang ada, saya mencari sebanyak mungkin maklumat tentang bagaimana saya boleh buat duit dengan hanya berada di rumah. Sehinggalah saya terjumpa blog Pn Masayu Ahmad. Semasa sedang membaca blog beliau, saya terpandang logo Akademi Bekerja Di Rumah ( logo lama yang berbentuk rumah). Saya tertanya-tanya, apa maksud Akademi Bekerja Di Rumah ni? Dengan perasaan ingin tahu yang kuat, saya terus klik di logo berkenaan dan akhirnya berjumpa dengan jawapannya.

Akademi Bekerja Di Rumah diasaskan oleh Pn Masayu Ahmad. Akademi ini menawarkan kelas-kelas online untuk suri-suri yang ingin belajar membina blog dan juga diajar bagaimana untuk menjana pendapatan secara online. Semua bentuk komunikasi adalah secara atas talian dan mengikut masa sendiri. Memang menarik sekali pakej yang ditawarkan di akademi ini. Antara kelas-kelas yang terdapat di akademi ini pada ketika itu ialah:
1. Kelas Asas Blog dan Penulisan
2. Kelas Asas Blog dan Fanpage
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas Penulisan Kreatif

Pada masa itu hanya beberapa kelas online dengan 2 atau 3 orang guru online sahaja yang ada. Namun kerana permintaan yang semakin banyak setiap hari, kini akademi ini sedang menuju ke 1000 penyertaan dengan 11 orang guru online siap sedia bertugas dan 40 orang pengurus online. Maklumat lanjut mengenai pakej kelas yang ditawarkan di Akademi Bekerja Di Rumah boleh baca disini atau boleh juga klik pada logo akademi disebelah kanan blog ini.

Bagaimana saya akhirnya menyertai akademi ini? Saya akan ceritakan pada entri akan datang. Jadi, nantikan sambungan kisah saya ye.





Jumaat, 6 Jun 2014

Akhirnya...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bertemu lagi dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Banyak yang mahu saya syukuri hari ini. Syukur diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan. Syukur ada rezeki untuk bersarapan pagi ini. Syukur dipanjangkan umur untuk terus muhasabah diri. Syukur di beri peringatan untuk sentiasa cuba memperbaiki kekurangan diri. Kalau nak disenaraikan lagi, memang banyak sangat. Syukur Alhamdulillah di atas segala rahmat Mu Ya Razzaq.

Akhirnya, saya berjaya mengorak satu lagi langkah. Semalam, saya sudah mula mempromosikan produk di bawah Akademi. Walaupun berdikit-dikit,namun yang penting usaha sudah dimulakan. Doakan saya ye! Buat masa sekarang masih belum ada pelanggan tapi dah ramai yang 'like'. Itu pun dah buat saya cukup gembira. Syukur, Alhamdulillah.

Inilah hasil apabila tidak lokek menuntut ilmu. Jom join kelas online mula bisnes. Macam-macam ada. Pendek kata tak rugi masuk kelas dan berguru ni. Kalau sesat ada boleh bantu tunjukkan jalan.

Kalau berminat boleh hubungi saya seperti yang tertera di page sebelah kanan ni  ye.*senyum*