Khamis, 4 Februari 2016

Jurnal Bisnes #2: Profile picture baru

Assalamualaikum wbt.

Allahumma solli a'la Muhammad waa'la a'lihi wasohbihi wasalam.

Baru-baru ni saya berminat untuk menyertai satu group di facebook. Tapi syaratnya gambar profil mesti gambar muka sendiri. Alamak!

Sejak menjadi pengguna fb, baru dua kali saya menukar gambar profil saya. Mula-mula memang guna gambar sendiri, tapi untuk seminggu je. Lepas tu saya tukar gambar lain yang bukan muka saya. Saya guna gambar tu sampailah baru-baru ni.

Saya sebenarnya lebih suka berada di belakang tabir. Low profile. Hehe. Lebih selesa begitu.

Namun, ada sesuatu yang menyedarkan saya. Yang membuatkan saya nekad untuk menukar gambar profil menggunakan wajah sendiri.

Ini ada kaitan dengan keyakinan diri. Selama ni, saya bersembunyi dan banyak menyepi. Saya hanya menjadi silent reader dan hanya suka menekan butang like, just to let them know that I'm exist. And that is all.

Dan ini bukanlah ciri-ciri usahawan berjaya. Salah satu sebab mengapa saya masih lagi ditahap suam-suam kuku.

Jadi, mulai hari ini, saya akan keluar dari kepompong yang membelenggu saya selama ini dan terbang bebas seperti rama-rama dan berani mengejar impian dan cita-cita.

Assalamualaikum dunia!!!

**Terima kasih pada yang memberi komen pada profile pic saya yang baru. Terima kasih sebab cakap saya cantik dan comel! Hehe.
**Gambar nanti saya upload kemudian ye. Ada problem sikit sekarang ni.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan