Isnin, 1 Februari 2016

Ulasan Ebook "Yeay! Mama Sudah Resign"

Assalamualaikum wbt.

Allahummasolli a'la saidina Muhammad, waa'la a'lihi wasohbihi wasalam.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Alhamdulillah Ya Syakur. Akhirnya berjaya menyelesaikan bacaan ebook "Yeay! Mama Sudah Resign" tulisan pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad.

Membaca intronya saja, sudah mengusik rasa. Sementelah hati sememangnya berniat untuk berhenti kerja makan gaji dan menjadi bos kepada diri sendiri. Hasrat untuk menjaga sendiri anakanda Iman dan Ilham juga untuk menabur bakti kepada ayah bonda tercinta sebelum dipanggil Maha Pencipta. Sudah tiba masanya untuk mengambil alih menjaga Iman,anak syurga yang menjadi rebutan dan kesayangan ramai.

Kalau anda memang bercita-cita untuk resign dan bergelar WAHM (Working at Home  Mom), ebook ini sememangnya bacaan yang tepat untuk anda. Penuh dengan kisah inspirasi dan motivasi. Juga memaparkan kisah suri hebat yang telahpun berjaya menjadi WAHM. Mereka hanya bekerja dari rumah dan berjaya menjana pendapatan yang lumayan.

Ebook ini juga menyingkap persoalan kepada mereka yang mengalami pelbagai masalah untuk merealisasikan impian menjadi seorang ibu/suri yang bekerja dari rumah serta mampu untuk menjana ekonomi disamping menguruskan hal ehwal rumahtangga. Melalui segmen Sesi Soal Jawab (Q&A),InshaaAllah dapat merungkai setiap persoalan yang dihadapi.

Antara persoalan yang diutarakan adalah bagaimana persediaan untuk menjadi seorang WAHM, bagaimana untuk menjana pendapatan, motivasi bisnes, cara pengurusan masa, emosi,  keluarga dan bisnes dan banyak lagi. Info yang sangat berguna bagi saya.

Di bahagian ketiga pula dikongsikan kisah-kisah pengalaman Usahawan SOHO (Small Office Home Office). Ada sepuluh kisah daripada sepuluh orang usahawan suri berjaya. Perkongsian yang boleh memberi inspirasi dan semangat kepada kita untuk turut mengikut jejak langkah mereka di masa akan datang. InshaaAllah.


TIPS SEBELUM BERGELAR WAHM
1.     Perbaiki hubungan dengan Allah, yakinlah Allah Yang Maha Memberi Rezeki
2.    Kena ada BIG WHY kenapa perlu resign
3.    STRONG WILL – keinginan yang kuat untuk merealisasikan impian
4.    Membuat perancangan sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum betul-betul resign
5.    Sentiasa positif, berdisiplin dan focus
6.    Jangan berhenti belajar dan serap ilmu.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Amin, Ya Mujib.

***Jika anda berminat untuk mengetahui lebih terperinci mengenai ebook "Yeay! Mama Sudah Resign" boleh whatsapp/pm saya di 011 17933520 - Fiza. Kita sama-sama kongsi ilmu. InshaaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan