Selasa, 24 Mei 2016

Clever Girl Malaysia Yang Pertama

Assalamualaikum wbt.

Good morning everyone..

Akhirnya, berakhir sudah pertandingan Clever Girl Malaysia terbitan TV3.
Sekalung tahniah kepada Clever Girl Pertama Malaysia, Fatin Nuraisya, mek Klate. Huh, bangga jap. Maklumlah, ambo pun mek klate jugok. Hehe.




Masa episod pertama, saya kurang berpuas hati dengan format pertandingan ni. Rasanya konsep begini lebih sesuai jika di letak nama Lucky Girl. Sebab ia bergantung juga kepada kepantasan peserta menekan buzzer. Siapa cepat, dia dapat. Jadi, walaupun tahu jawapannya, kalau lambat menekan buzzer, melepaslah.

Tapi, ada dua perkara yang saya suka tentang Clever Girl ni.

Pertama, soalan-soalan yang dikemukakan mengimbau kembali zaman sekolah dulu. Tetiba teringat tentang sejarah, tentang formula matematik dan fizik yang dah lama dilupakan. Rindu pulak bila teringat. Rasa macam best pula bila dapat refresh balik apa yang pernah belajar dulu. Di samping itu juga, dapat tambah ilmu baru. Yelah, bukan kita tahu semua pun kan. At least, bila tengok rancangan ni banyak lah yang kita belajar.

Tapi paling syok bila saya dapat teka jawapan yang betul. Haha, Clever Girl juga I ni. (masuk mood perasan jap, hihi).

Kedua, kedua-dua finalist pernah terkeluar, lepas tu masuk balik, terus dapat ke pentas akhir. Tulah, rezeki namanya. Dan rezeki tak pernah salah alamat. Dan semangat juang serta tidak putus asa mereka membawa mereka ke final. Both girls are strong girl, very competitive in their own way. Congratulations to the both of them.

Sabtu, 21 Mei 2016

Tips Menangani Bos Cerewet

Assalamualaikum wbt.

Hari Jumaat beberapa minggu lepas, saya menonton rancangan Al-Hidayah. Episod kali ni menceritakan tentang Mashitah, hairstylist anak Firaun dan bosnya, Firaun. Semua pun tahu kan pasal  bagaimana Mashitah dan familynya dibunuh dengan kejam kerana beriman kepada Allah dan bukannya kepada Firaun. Dan syurgalah balasannya. 

Ustazah Fatimah Syarha ada bagi tips untuk kita sentiasa positif dan tenang semasa bekerja kalau kita ada bos yang agak cerewet Antaranya:

  • Sejahat-jahat bos kita, takkan dapat dibandingkan dengan bos Mashitah, Firaun. Jadi, bersyukurlah.:-) 


  • Hidup ni penuh ujian. Jadi, kita tak boleh nak expect bos akan sentiasa memuji kerja kita, rakan-rakan sekerja akan sentiasa bagi kerjasama yang baik kepada kita. Jangan emo dulu. Chillaxx.. Kena ingat, ni ujian. Hidup tak selalu indah beb. Tu kenyataan. 


  • Kalau bos selalu marah dan cari pasal dengan kita, pandanglah dia dengan rasa kasihan. Sebab harga dirinya rendah dan dia sebenarnya perlukan perhatian dan nak diri dia diterima seadanya. 


  • Kita pun kenalah berusaha lebih supaya kita ni up to their expectation. Supaya bos rasa yang dia boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kita. 


  • Last but not least, perbaikilah komunikasi kita dengan bos kita. Guna kata-kata yang baik untuk lembutkan hati bos. Tapi AWAS, jangan sampai masuk kategori bodek. Hehe.. Nanti lain pulak ceritanya. 

Semoga bermanfaat. Apapun, stay positive okay *senyum manis tutup mata*

>> Nak naikkan likes kat FB korang tak? 

>> Nak belajar bina blog bisnes?

>> Nak ebook panduan untuk biz online dan Bekerja Di Rumah?

Whatsapps Fiza : 011 17033520

Khamis, 19 Mei 2016

Working At Home Mom


Cita-citaku sejak dua tahun lalu.
Hati sudah tawar "nak kerja dengan orang".  Banyak sangat "politiknya".

Habis tu, takkan nak bercita-cita je kot. Make a move laa. 

Lalu, jari-jemari mula menaip diruangan enjin carian Encik Google yang semestinya banyak membantu. Satu persatu ku belek, ku telek dan fahamkan tentang konsep Bekerja Di Rumah. Oh, rupanya dah ramai dah golongan ibu-ibu yang bekerja dari rumah je atau lebih dikenali dengan WAHM- Working At Home Mom. 

Aku baca kisah mereka, pengalaman pahit manis mereka. Rupanya bukan senang juga nak jadi WAHM ni. Kalau tak ada kesabaran dan semangat juang yang jitu memang confirm tersungkur.

Tapiii...TAK MUSTAHIL. Itu kata kuncinya.

Aku search lagi. Baca lebih banyak kisah kejayaan (kisah kejayaan-positif) para ibu hebat yang bergelar WAHM ni. Seronok baca cerita diorang. Bersemangat nak jadi macam diorang. 

Akhirnya, Allah menemukan aku dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Terus terpaku kejap mata kat skrin laptop. Macam tak percaya.

Akhirnya, inilah peluang yang aku cari selama ini. Menimba ILMU untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya. 

Aku kaji setiap sudut, apa ABDR ni? Bagaimana ABDR ni boleh bantu aku? Aku baca satu-persatu.

Ohh..Kelas bina blog rupanya. Belajar online jer? Cantikkk...

Kebetulannya, dah bertahun aku cuba bina blog sendiri tapi tak reti. Tak ada orang nak ajar.

Ramai juga yang join ABDR ni. Rata-rata ahli ABDR ni macam aku lah. Nak sangat jadi WAHM. Suri rumah yang nak belajar cari side income pun ramai. Bolehlah bertukar pendapat dan share experience.

Eh? Ada ebook. Dapat bonus kalau join kelas blog. Download je. Memang senang. Ebook ni semua menarik. Ada ebook panduan bagaimana nak urus masa antara kerja, bisnes dan keluarga, ada cerita-cerita menarik tentang wanita-wanita hebat yang bergelar WAHM, ada juga panduan untuk memulakan bisnes online atau offline. Semua best, best.

Aku buat keputusan untuk join ABDR. Belajar dari zero. Dan semoga impianku untuk bergelar WAHM akan terlaksana tidak lama lagi. InshaaAllah. Amin Ya Mujib.

Ada yang nak join sekali?
Komen 'Nak' di ruangan komen. :-) 

Ahad, 15 Mei 2016

Group Support Likes (GSL)

Assalamualaikum wbt.
Bismillah

Melihat status beberapa sahabat menggunakan #GSL, saya tertanya-tanya, apa GSL ni? Akhirnya persoalan saya terjawab apabila guru kelas online blog saya, Cikgu Anys memperkenalkan saya kepada GSL. Impian untuk tidak lagi menjadi orang biasa-biasa, saya nekad mendaftar. " Selamat berhuru-hara, Fiza." Itu kata Cikgu Anys. Alahai, buat orang berdebar je.

Akhirnya, pada tanggal 27.2.2016, sebaik sahaja log masuk ke akaun Facebook, 'friend request' bertalu-talu masuk. Apa dah jadi ni? Pertama kali dapat request sebanyak ni! Maka, fahamlah saya maksud Cikgu Anys. Lebih kurang seminggu menyiapkan tugasan yang diberi sifu Tuan Khairul Zahrin Abd Karim, saya dah ada satu 'support group' yang sangat-sangat 'awesome'. #GSLbatchTam. Maka, bermulalah episod baru dalam dunia muka buku saya.

'Status updates' tidak lagi dipandang sepi, 'energy' positif merata-merata dan yang paling seronok, ukhuwah yang terbina antara ahli serta sokongan yang tidak berbelah bagi menaikkan lagi semangat untuk meneruskan cita-cita dan impian bergelar Jutawan Dunia Akhirat. GSL..memang OUTSTANDING! Two thumbs up!

Terima kasih Allah, Tuan Khairul Zahrin, Cikgu Anys dan adik beradik dalam GROUP SUPPORT LIKES terutama Batch Tam. Kamu semua memang terbaik. Daebak!!!

* Nilah karangan saya masa menyertai Contest Menulis GSL minggu lepas. Walaupun tak menang, tapi saya tetap puas hati. Sebab ia dah menaikkan semangat saya nak terus menulis.

* Oh ye, kalau korang nak join GSL, jangan segan silu wassap saya di 011 17933520. Jom, huru harakan wall FB anda.

* Kelas blog pun masih berjalan macam biasa. Pendaftaran buka setiap hari. Share la cerita best korang tu kat blog. Sharing kann caring. Nanti wassap tau kalau nak tahu cara bina blog berpengaruh.