Isnin, 9 Januari 2017

New Day, New Hope

Assalamualaikum wbt.
Salam Isnin.

Alhamdulillah, pagi ni matahari memancar terang.

Saya dalam di lema sebenarnya, adakah saya betul nak menceburkan diri dalam bisnes. Kalau dulu, yes, sebab saya nak masa untuk diri sendiri menguruskan anak- anak.

Namun kini, saya rasa macam berbelah bagi. Betul ke aku ni nak berbisnes. Mampu ke aku nak bahagikan masa. Bila dah rasa macam ni, memang semua jadi celaru. Kejap on, kejap off.

Ini masalah dengan diri sendiri sebenarnya. Lemah dalam pengurusan emosi. Mudah sangat give up.

Oleh itu, saya ambil keputusan untuk take it easy. Ambil sedikit masa untuk susun balik apa yang patut saya lakukan.

Dan saya pilih untuk ikut tips serta cara daripada Cik Hajar Abdullah( #penuliscilik) dan Cik Insyirah Azhar (penulis buku Bertanya Allah Dahulu).

Gaya mereka santai tapi berkesan. Nak buat apa- apa, turn to Allah first. Ask Allah. And He will guide you to the right path. InshaaAllah.

Doa saya agar saya bertemu dengan apa yang saya cari. Agar saya mampu menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang berjaya di dunia dan layak untuk ke Jannatul Firdausi. Amin Ya Mujib.

By Yours Truly,
   🌹F.A


Tiada ulasan:

Catat Ulasan