Isnin, 9 Januari 2017

Throwback

Pada waktu itu..
' Alahai..semua tudung labuh la roommates aku. Oh no..segannya'.

Hari pertama bersama. Memang aku membawa diri. Pergi menyibuk di bilik kawan. Agak lama juga begitu. Namun, tidak pernah pula sampai tak balik tidur di bilik sendiri. Bukan nak menyombong, tapi perasaan malu dan segan menghuni diri.

Sampai suatu ketika..
Aku penat. Dan diri juga perasan yang kawan juga ingin privacy sendiri. Tanpa ada tetamu tidak diundang dibilik mereka. Aku akhirnya sedar dan kembali.

Telahan aku selama ini ternyata silap. Memakai tudung labuh, bersekolah agama bukannya alasan utk mereka menjadi skema 24 jam.

Mereka sangat terbuka. Malah menyayangi aku seadanya. Dan kami memanggil diri kami Along, Angah, Achik dan Su mengikut bulan kelahiran kami sementelah kami semua sebaya. Akulah si bongsu itu.

Tidur malamku terkadang ditemani alunan ayat suci dan zikir Along. Kaset- kaset nasyid underground milik Angah dan Achik menjadi kegemaranku. Kaset Celine Dion dan koleksi English Novel aku turut diminati Angah. Dari mereka aku belajar tabah, belajar mengenal Tuhan, belajar erti hidup. Aku belajar tentang usrah dan ukhuwah. Mereka sangat rapat dan tidak pernah memandangku sinis walau aku bukan dari "golongan" mereka. Malah berkawan denganku tanpa pernah memandang rendah padaku.

Kini..
Setelah kami terpisah untuk mengejar cita dan impian, akhirnya hubungan juga seakan terputus. Aku faham mereka sibuk. Kerana aku juga begitu. Namun, tatkala memori itu menyapa, aku jadi rindu. Aku rindukan saat itu. Saat mereka ada disampingku.

Aku doakan mereka bahagia. Walau dimana mereka berada. Semoga mereka juga rindu padaku. Dan semoga takdir mempertemukan kami kembali.

* Gara-gara baca novel Tunas by Hlovate la ni, terus teringat cerita sendiri. Huhu..Rindu pulak saat dan ketika itu. Mata masuk habuk..

#throwbackKC0001

By Yours Truly,
    🌹F.A


Tiada ulasan:

Catat Ulasan