Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Rabu, 17 Jun 2015

Ramadhan Tiba Lagi

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Hari ni, 30 Syaaban.
Esok, 1 Ramadhan.

Syukur kepada Ya Waasi', Yang Maha Luas Pemberian-Nya, kerana memberi peluang bertemu Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini. Semoga terus di beri umur yang panjang dan kesihatan yang baik agar dapat menyempurnakan semua amalan dan ibadat sebaik mungkin.




Selamat menjalani ibadat puasa kepada anda semua. Di doakan semoga semua ibadat mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Kuasa. Semoga kita semua terus istiqomah dalam menjalani di bulan penuh hikmah ini.



~ SELAMAT BERPUASA ~


Selasa, 8 Julai 2014

Azam 10 Ramadhan

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Sejekap saja masa berlalu. Pejam celik, hari ni  dah 10 Ramadhan. Terasa baru semalam mula berpuasa. Dan sesungguhnya masa yang berlalu itu tidak mungkin akan kembali lagi. Oleh itu, kuatkan semangat, rebutlah peluang yang ada sementara masih diberi kesempatan oleh-Nya.

Setiap permulaan hari yang baru, kita seharusnya mempunyai matlamat yang ingin dicapai pada hari itu. Saya juga begitu. Namun, sebagai manusia biasa, kita juga tidak boleh lari dari dihambat pelbagai cabaran yang kadangkala membuat kita hampir putus asa.

Terus terang saya katakan, saya mempunyai banyak perancangan untuk masa depan. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan sebaik-baik rancangan tentulah daripadaNya Yang Maha Mengetahui.  Di beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. 

Saya baru saja menghabiskan bacaan novel 'Contengan Jalanan' tulisan penulis kegemaran saya, Hlovate. Entah kenapa saya tiba-tiba ingin mengulang membaca buku itu. Ini adalah Kali kelima atau keenam saya membaca buku itu. 'Contengan Jalanan' bukan novel biasa. Ia adalah sebuah contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan. Tentang manusia yang ingin berubah. Saya akan berkongsi intipati buku ini pada entri seterusnya, InshaaAllah. Apa yang boleh saya katakan buku ini banyak memberi kesedaran kepada saya serta mengingatkan saya tentang matlamat sebenar yang saya telah setkan di minda dan hati saya. Sekali lagi menggambarkan bahawa saya seorang hamba yang lemah dan pelupa. Hanya pada Dialah tempat memohon pertolongan dan mengadu. 

Hari ini, saya menulis dengan azam baru. Saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang telah, sedang dan akan saya baca dan pelajari. Kata orang 'sharing is caring'.

Saya seorang yang cetek ilmu. Apa yang saya tulis datang dari pembacaan, pengalaman dan pemerhatian juga ilham yang diberi oleh Allah SWT kepada saya. Andai ada salah dan silap tegurlah saya. Lumrah manusia tiada yang sempurna. Semoga kita semua diberkati oleh-Nya dan mendapat rahmat serta kasih sayang dari-Nya.

Doakan saya semoga sentiasa positif dalam menjalanani liku-liku kehidupan yang masih bersisa ini dan semoga kita semua sempat bersedia untuk membawa bekal secukupnya untuk bertemu dengan Yang Maha ESA kelak.

Selamat menjalani ibadah puasa. Salam 10 Ramadhan.


Ahad, 29 Jun 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt

Marhaban, marhaban ya Ramadhan.

Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga kita kepada bulan penuh keberkatan dan nikmat, bulan Ramadhan yang mulia. Sejuta kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana memanjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan sekali lagi pada tahun ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mohon maaf sekiranya ada tulisan saya yang mengguris hati para pembaca. Marilah sama-sama kita hayati roh Ramadhan dengan hati dan jiwa yang tenang. Semoga kita diberi kesempatan untuk melipat gandakan ibadat sehingga ke hujungnya.

Akhir kata, semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu rahmat untuk kita semua. Selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua umat Islam.


............................................................................................................

- Tempahan untuk serunding, kurma, kismis, pakej kudapan dan pakej makanan sunnah masih dibuka seperti biasa.

- Pendaftaran kelas online juga berjalan setiap hari