Sabtu, 28 Februari 2015

Belajar Komputer (Part 1)





By: Fiza Aziz
Foto: Google search


Assalamualaikum wbt.


Pertama kali belajar komputer masa saya Darjah 4. Masa tu tahun 1992. Bestfriend saya ajak join Kelab Komputer. Oleh kerana saya tak pernah belajar komputer sebelum ni, saya setuju aje.

Menghadiri kelas komputer buat julung kali, perasaan sangat teruja dan gementar. Tapi, saya dah lupa nama cikgu yang mengajar saya dulu. Maklumlah, dah lama. Hehe.

Perkara pertama yang saya fikir selepas belajar beberapa minit, susahnya belajar komputer. Bayangkan komputer yang wujud 23 tahun lepas macam mana. Masa tu, kalau tak silap ingatan saya, semua perisian ada dalam disket. Tempat letak disket kat komputer pula ada dua. Drive A dan Drive B. Nak buka Microsoft Words, kena insert disket dulu, lepas tu taip a few keywords, barulah boleh guna Microsoft Words. Punyalah susah. Dah macam belajar pengatucaraan komputer dah.

 
       
macam ni lah lebih kurang komputer zaman saya sekolah rendah dulu.
                 
Lepas hadiri kelas dalam dua tiga kali, cikgu dah tak buat perjumpaan dah. Dia busy kot, hehe. Selepas itu saya tak pernah menggunakan komputer sampailah saya habis SPM. Bayangkan, dari Darjah 4 sampai ke Tingkatan 5. Tujuh tahun tu. Saya tak pernah guna walau sekalipun. Ala, lagipun zaman saya sekolah dulu, semua folio atau projek kelas semua tulis tangan je. Gambar pun lukis sendiri. Tapi selalunya guna gambar yang difotokopi dari buku dan majalah.

Habis SPM, saya menerima tawaran memasuki Kolej Matrikulasi. Sebelum mendaftar, Abah hantar saya ke kelas komputer. Kena belajar juga, kata Abah. Oleh kerana saya kesuntukan masa, saya terpaksa cover semua aplikasi Microsoft Office (Words, Excel, Powerpoint) dalam masa empat hari sahaja. Apa yang bagusnya, saya belajar dengan cikgu berbangsa Cina. Jadi beliau memang cukupkan waktu belajar selama 12 jam (3 jam x 4 hari). Tak lebih, tak kurang.

Selepas 7 tahun, teknologi komputer berkembang pesat. Masa belajar tulah first time saya pegang mouse. Sebelum ni, saya tak tahu pun mouse tu guna untuk apa. Haha.

zaman 90an dulu, mouse belum wujud lagi

Tapi, saya lulus dengan cemerlang ujian kecekapan komputer. Saya dapat 92 peratus. Pretty cool, huh?

Dan apa yang saya rasa tak logik dalam hidup bila saya mendaftar untuk course Sains Fizikal di kolej yang memerlukan saya mengambil subjek Sains Komputer. Untuk semester pertama saya belajar mengenai pengatucaraan komputer, C++. Saya hanya belajar 4 hari tentang komputer dan sekarang saya belajar programming!! Itu baru semester pertama. Semester kedua, saya belajar mengenai Multimedia dan semester ketiga saya harus menyiapkan satu projek Multimedia dari storyboard, tesis dan slide Multimedia.*pengsan*

Bagi seseorang yang baru mengenali komputer selama 4 hari setelah 7 tahun (juga baru tahu mouse tu guna untuk apa), untuk terus terjun ke dunia pengatucaraan dan multimedia adalah satu cabaran yang bukan sedikit. Berapa gelen air mata tumpah kerananya. Serius!!

Akhirnya, saya membuat keputusan,
"Aku tak nak ambil course komputer lagi dah!!!"

Psst..cerita ni ada Part 2..tunggu..






2 ulasan:

  1. zarith pon tak minat sains komputer hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Bikin pening kepala je..hehe

      Padam