Selasa, 10 Februari 2015

Bijaknya Budak Sekarang



Assalamualaikum wbt..

Hello buddyz...

Semalam keluar makan dengan seorang sahabat.
Sangat teruja dia bercerita tentang kerenah anak saudaranya, Umar. Umur Umar lebih kurang 3 atau 4 tahun tapi sangat bijak bercakap.

Cerita sahabat saya, semasa dia sedang bersiap untuk ke tempat kerja, tiba-tiba Umar datang mendekatinya dan bertanya,

Umar  : Kak Ja, ni berapa? (sambil mengangkat kedua belah tangan comelnya).
Kak Ja: Sepuluh (merujuk kepada bilangan jari).
Umar  : Salah. Jawapannya, dua.
Kak Ja: Kenapa dua?
Umar  : Sebab tangan Umar ada dua je.

Kemudian, Umar bertanya lagi,
Umar  : Kak Ja, macam mana gajah terbang?
Kak Ja: Gajah mana boleh terbang, dia tak ada sayap.
Umar  : Bolehlah, Kak Ja.
Kak Ja: Macam mana?
Umar  : Emm, gajah terbang dengan susah payahnya.
Kak Ja: Umar!! Siapa yang ajar ni?
Umar  : Abah yang ajar (dengan wajah selamba)

Ingatkan dah habis kat situ, rupanya ada lagi soalan Umar.
Umar  : Kak Ja, tangan campur kaki jadi berapa?
Kak Ja: Jadi empat (teringat soalan Umar yang pertama tadi)
Umar  : Salah.
Kak Ja: Habis tu berapa?
Umar  : Jadi banyaklah. Umar kan kecil lagi, mana tahu kira.
Kak Ja: ???

Hehe, budak-budak zaman sekarang. Terlebih cerdik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan