By: Fiza Aziz
Foto: ABDR group
Foto: ABDR group
Assalamualaikum wbt.
Tanggal 14 Februari baru-baru ni, sahabat baik merangkap partner saya selamat melahirkan putera keduanya selepas berada hampir 13 jam dalam labour room. Alhamdulillah, tercapai juga hasratnya nak bersalin secara normal. Anaknya yang pertama dulu terpaksa dilahirkan secara pembedahan. Tahniah Zu. Selamat bercuti panjang dan selamat berpantang.
Bercakap pasal berpantang ni, saya nak share tentang ebook terbaru dari pengasas Akademi Bekerja Di Rumah. Tajuknya 44 Resepi Sihat Berpantang.
Dari pengalaman saya sendiri, menu semasa berpantang amat terhad. Itu tak boleh makan, ini tak boleh minum. Pendek kata, semuanya kena pantang. Kalau makan tak pantang, nanti masuk angin la, luka dalam lambat sembuh la. Macam-macam pantang larang kena ikut. Tahu je, semua tu untuk kebaikan sendiri, tapi kenalah cari alternatif lain. Kalau semua tak boleh makan, mana nak ada tenaga. Nak menyusu baby lagi. Nak menghabiskan masa 44 hari berpantang tu rasa seksa je. Lapar beb! Sampaikan saya boleh habiskan biskut tawar cap ping pong tu, sepeket, tiga hari. Mana taknya, itu saja yang boleh dimakan. Haila!
Baru-baru ni, Pn.Masayu Ahmad sudahpun menerbitkan e-book terbaru beliau, 44 Resepi Berpantang. Punya banyak resepi yang ada khas untuk ibu-ibu yang dalam pantang. Pelbagai resepi sihat dan menyelerakan boleh kita cuba. Ini baru betul. Tak adalah ibu-ibu dalam pantang "kebuluran" lagi. Hehe.
Dalam e-book ini ada 9 bahagian resepi yang terdiri daripada menu nasi, ikan, daging, ayam, sayuran dan ulaman, minuman herba, minuman kesihatan dan penambah susu ibu, menu sarapan pagi dan minum petang serta tips sihat ibu berpantang.
Selepas ini, hari-hari berpantang kita takkan hambar lagi dengan resepi-resepi yang bukan hanya sesuai untuk ibu berpantang malah seisi keluarga boleh join sekali.
Selepas ini, hari-hari berpantang kita takkan hambar lagi dengan resepi-resepi yang bukan hanya sesuai untuk ibu berpantang malah seisi keluarga boleh join sekali.
E-book ini masih lagi dalan rangka promosi. Boleh dapatkan pada harga RM30 dan dapat BONUS sebuah lagi e-book yang bertajuk Panduan Berpantang Tradisional Dan Moden.
Kena cepat! Tarikh tutup promosi adalah pada 30 Mac 2015 dan harga akan naik menjadi RM60 untuk 2 e-book.
Untuk tempahan boleh klik sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan