Selasa, 24 Februari 2015

Perginya Tok Guru yang Disayangi

Assalamualaikum wbt.

Khamis. 10.30pm
Baru sahaja sampai di kampung En.Ayie pukul 8 malam. Keletihan masih terasa namun Iman dan Ilham tak ada gaya nak tidur pun. Sedang kecoh melayan hero dua orang ni, mata terpaku ke kaca tv. Kelibat nama Tok Guru yang dipaparkan di skrin bahagian bawah mengundang rasa ingin tahu. Mata terus membaca setiap patah perkataan. 

Allahuakbar, Allahuakbar. Tok Guru!

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Jumaat, 9.45am
Akibat keletihan ekoran perjalanan merentasi Pasir Puteh ke Kuala Nerang, selepas Subuh, mata kembali dilelapkan. Sementelah Iman dan Ilham belum jaga kerana tidur lewat malam tadi. Namun, hati terasa sesuatu. Terus teringat peristiwa semalam. Terus bangkit dari tidur dan membuka tv. Tangan laju je menekan remote controller kalau-kalau ada lintas langsung majlis pengebumian Tok Guru. Akhirnya jumpa juga di TV1. MasyaAllah, Subhanallah. Ramainya manusia yang mengiringi jenazah Tok Guru. Dan air mata terus tumpah tanpa dapat dibendung lagi.

Selesai menonton di tv, message Whatsapp pula datang bertali arus. Semua bercerita tentang pemergian Tok Guru. Menangis lagi.

Buka pula FB, pelbagai ucapan takziah, kisah-kisah kebaikan Tok Guru, nasihat Tok Guru, gambar-gambar Tok Guru, juga kisah dan gambar sekitar majlis pengebumian yang dihadiri lautan umat untuk memberi penghormatan terakhir. Dan saya juga tenggelam dalam lautan air mata.

Sejujurnya, walaupun saya rakyat Kelantan, namun saya tak pernah berjumpa dan bersua muka dengan Tok Guru. Saya hanya membesar dengan melihat gambar dan mendengar kisah-kisah Tok Guru. Seorang tokoh agama dan tokoh politik yang disegani kawan dan lawan. 

Hati juga rasa happy setiap kali melihat Tok Guru keluar tv. Maklumlah Tok Guru jarang keluar tv. Saya suka melihat wajahnya. Sangat lembut dan tenang.

Siapa Tok Guru pada saya?
Dia bukanlah saudara apatah lagi kenalan keluarga. Namun, saya membesar di bawah "pemerintahannya". Seorang tokoh yang saya kagumi, sayangi dan hormati. Saya bangga menjadi rakyat Kelantan dan berada di bawah pemerintahan seorang ulama' yang dikenali dengan nama Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Seperkara lagi, nama Tok Guru sama dengan nama Abah saya.

Terima kasih Tok Guru, diatas segala jasa dan pengorbananmu .

Selamat 'berehat' Tok Guru yang disayangi. Damailah Tok Guru di sana disamping Sang pencipta.

InshaaAllah, kami rakyat Kelantan khususnya akan menyambung perjuangan Tok Guru untuk memartabatkan Islam di mata dunia.

Semoga kita akan bertemu lagi di Akhirat nanti. Al-Fatihah untuk Tok Guru.

"Ambo saye Tok Guru"











Tiada ulasan:

Catat Ulasan