Khamis, 30 Julai 2015

Push Button

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah Pemilik segenap dunia serta selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW, keluarga serta sahabat baginda.

Salah satu daripada kunci kejayaan datangnya dari keinginan yang kuat ( strong will). Sejauh mana anda inginkan sesuatu itu. Keinginan yang kuat itu akan menjadi push button kepada anda untuk mengejar dan merealisasikan apa saja yang kita impikan.

Contoh macam masa kita sekolah dulu, keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan membuatkan kita berusaha untuk belajar siang malam bersengkang mata. Kerana pada masa itu kejayaan dalam peperiksaan akan menentukan hala tuju hidup kita seterusnya.

Begitu juga yang harus kita lakukan sekarang. Kita bukan lagi berdepan dengan peperiksaan disekolah, namun kita sebenarnya sedang melalui peperiksaan yang lebih besar daripada itu.

Ujian hidup.

Semakin meningkat dewasa, kehidupan perlahan-lahan berubah.Dari hanya seorang budak sekolah yang hanya memikirkan tentang kerja sekolah dan exam kepada seorang yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar.

Ujian demi ujian silih berganti dalam hidup kita. Ada yang berjaya mengharunginya tapi tak kurang juga yang tersungkur di tengah jalan.



Jadi, imbas kembali kehidupan anda saat di mana anda mempunyai keinginan yang kuat, serap tenaga positif daripadanya dan praktikkan dalam kehidupan anda sekarang.

Cari 'push button' anda dan Teruskan usaha untuk mencapai setiap yang anda  inginkan. InshaaAllah kejayaan akan menyusul mereka yang tidak berputus asa.

Rabu, 29 Julai 2015

Berani Menongkah Arus

Assalamualaikum wbt.


Dulu..

Macam mana nak cari duit lebih ye.
Buat bisneslah.
Nak bisnes apa?
Online bisnes paling mudah.
Tapi, kenapa dah buat tapi tak ada sambutan pun.
Malas la camni.
Malu pulak tu.
Kalau kawan-kawan dan family tahu.
Takut kena kutuk, kena sindir, kena perli.
Akhirnya, hanya lepas beberapa ketika, terus berhenti dan putus asa.

Kini...

Apa yang perlu aku buat untuk jana pendapatan lebih.
Nak bisnes lagi ke.
Tak salah mencuba.
Setting minda, serap aura positif dalam diri.
Cari ilmu, cari mentor.
Belajar, belajar, belajar.
Serap sebanyak mungkin ilmu yang ada. Kalau tak nak keluar rumah, internet kan ada.
Cari orang berjaya, belajar dari mereka.
Sekarang ni, ramai kot sedia berkongsi ilmu, tip-tip untuk berjaya.
Mula praktik.
Semat dalam fikiran, kejayaan tak datang bergolek tanpa usaha keras.
Buang perkataan putus asa dalam diri anda.
Just do it.
Praktik ilmu tarik rezeki.
Seimbangkan dunia akhirat.
InshaaAllah, kejayaan akan datang kepada kita.
Hati yang tenang, jiwa yang lapang juga satu kejayaan.

Berani menongkah arus.

By Yours Truly, F.A

Kembara 3 Sahabat

Assalamualaikum wbt.

Nikmatnya suasana pagi yang damai dan tenang. Syukur masih lagi di sini. Alhamdulillah, Ya Waasi', Yang Maha Luas Pemberiannya.

Sejak saya bertukar ke utara awal April lalu, perjalanan pergi dan pulang dari kerja saya ditemani oleh Radio Era. Kenapa Radio Era? Itu bukan persoalannya di sini. Hehe..

Suatu pagi, saya terdengar cerita tentang pengembaraan 3 orang anak muda mengelilingi Semenanjung Malaysia mengembara berjalan kaki untuk mencuci masjid. 

Emm, interesting...

Geng JOHARA (penyampai Radio Era) telah mengikuti pengembaraan 3 orang sahabat ini dan akan update perkembangan mereka setiap minggu dengan menghubungi sendiri 3 sahabat ini.

Seronok dengar kisah dan pengembaraan 3 sahabat yang digelar Sabak Boyz ini. Macam-macam kisah yang terjadi sepanjang perjalanan mereka. Secara tak langsung, saya turut mengikuti perkembangan pengembaraan mereka.

Kisah 3 sahabat ini boleh di ikuti di blog http://troliamal.blogspot.com atau boleh juga jenguk facebook diorang di Ibnu Battuta ADWT.

Add caption

Foto: troliamal.blogspot.com

Khamis, 23 Julai 2015

Raya 2015

Assalamualaikum wbt.

SELAMAT HARI RAYA!!

Walau hari ni dah raya ke 7, harap masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya. Raya kan sebulan...

Maaf sangat lama tak update. Kesibukan melanda diri. Hehe..nanti-nanti kita cerita ye. Hari ni just nak wish raya je.

So, di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari ,memohon ampun maaf atas semua salah silap saya. Saya insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan. Oleh itu, harap semua dapat mafkan saya ye.

Selamat meraikan Syawal yang mulia. Kalau tak keberatan tu, jemput-jemputlah puasa enam. Banyak pahalanya. Soo Wincci pun boleh puasa enam tau. Eh?!! Hehe..

Dengan ini saya dengan baik hati nak belanja anda semua foto saya dan keluarga raya tahun ni. Enjoy!!









Nak makan rendang..belum jumpa lagi rendang tahun ni..huhu..

Ahad, 5 Julai 2015

Tayar Kereta Pecah

Assalamualaikum wbt.

Ni cerita "imbas kembali"

Semasa dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Ajil.

Hari tu cuaca cerah. Bawa kereta tengahari Jumaat memang best. Jalan raya clear je. Maklumlah, time orang sembahyang Jumaat. Perjalanan lancar ditemani lagu-lagu favourite di radio Era. Kepala sesekali terangguk-angguk mengikut rentak muzik yang berkumandang. Mulut tak payah cakaplah, asyik 'melalak' je penuh perasaan. Kononnya nak menghilangkan mengantuk.

Sesekali, mata mengerling ke arah jam di tangan. Yes!! Lagi setengah jam nak sampai. Tak sabarnya.

Tiba-tiba...

Papp!!!!

Kereta otomatik terhenti. Hah?!!

What happened?

Terus keluar dari kereta untuk melihat apa yang dah jadi.

OMG! OMG!

Tayar kereta depan pecah! Macam mana ni? Apa nak buat ni?

Ok, tarik nafas. Fikir!

First thing first. Bawa kereta ke tepi jalan dulu. Nasib baik jalan kampung. Kereta tak banyak. In fact, tak ada kereta langsung masa tu.

Keluar dari kereta, mata melilau mencari kalau-kalau ada orang di kawasan berdekatan. Boleh minta tolong. Tak jauh dari tempat berdiri, mata menangkap seseorang sedang berjalan ke arah sini. Fuh, nasib baik ada orang. Alhamdulillah.

" Assalamualaikum. Kenapa ni dik?"

"Waalaikummussalam. Tayar kereta pecah pakcik."

" Oh, tayar kereta pecah. Ingatkan accident tadi. Kuat juga bunyinya. Tu yang datang tengok."

" Ha, tulah. Pakcik boleh tolong saya tak?"

" Tolong tukar tayar? Boleh. Tayar spare ada?"

" Hah? Tayar spare? Err..addaa kot. Sekejap nak tengok."

" Nasib baik ada. Peralatan nak tukar tayar ada?"

" Hah? Alamak, tak ada lah pakcik."

" Tak apa lah. Nanti pakcik ambil peralatan pakcik."

15 minit kemudian, pakcik selesai menukar tayar kereta saya. Lega. Terima kasih pakcik. Kalau pakcik tu tak ada masa tu, alamatnya, menangis tepi jalan la jawabnya.

Moral of the story.


  1. Periksa keadaan tayar sebelum memulakan perjalanan terutama kalau nak jalan jauh.
  2. Pastikan ada tayar spare yang elok. Kalau ada tayar spare tapi tak ada angin atau bocor tak guna jugak. Huhu.
  3. Pastikan ada "tool kit" kereta. Ada yang asas pun dah ok. Malang tak berbau kan.
  4. Belajar cara-cara menukar tayar kereta. Nanti tak ada lah nangis tepi jalan tak ada orang nak tolong. Hehe.


Tak pasal-pasal je kan. Tak apa. Ini pengalaman dan tauladan. Semoga tak berulang lagi lah lepas ni.

Sabtu, 4 Julai 2015

Vlog Aiman Azlan

Assalamualaikum wbt.

Semoga hari anda dan puasa anda hari diberkati oleh Ya Wahhab ( Yang Maha Memberi Kurnia)

Minggu lepas, semasa rehat tengahari, saya "termenonton" video Aiman Azlan di You Tube.

Saya kenal Aiman Azlan melalui buku tulisan beliau yang berkolaborasi dengan Hilal Asyraf (http://langitilahi.com) bertajuk Hidup Penuh Erti. Dari situ saya dapat tahu Aiman Azlan ni seorang vlogger.

Hampir setahun juga tahu pasal ni tapi tak pernah pula nak cari video beliau kat You Tube. Well, selalunya saya tengok benda lain. Erkk..

To make long story short, masa rehat hari tu, terpandang nama Aiman Azlan kat satu blog ni, terus je saya klik link video Aiman Azlan.

Hebat sangat ke video dia?

Emm, daripada tajuk-tajuk video yang ada boleh dikatakan interesting. He talks about life, attitude, failure and many more. Sempat tengok tiga video.

So, my personal opinion.

He's good. Very good.

Daripada buku Hidup Penuh Erti saya dapat tahu, Aiman Azlan adalah lulusan biologi dan psikologi dari sebuah universiti di Canada. Jadi, tak hairanlah kalau beliau buat video yang menjurus ke arah motivasi. Memberi inspirasi kepada penonton supaya lebih positif dalam menjalani kehidupan sehari-hari. 

Dan video beliau memang inspiring, interesting dan paling best, tak boring. Hehe.

Salah satu quotes dari Aiman Azlan,



" Kita bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri untuk mencari erti hidup."


Blog Aiman Azlan boleh layari di http://www.aimanazlan.com

**Aiman Azlan adalah seorang vlogger yang konsisten di dunia maya dengan video dakwah beliau. Beliau mendapat lebih 70000 likes di Facebook dan 37000 followers di Twitter dan You Tube. Selain terkenal di internet, Aiman Azlan juga sering di jemput memberi ceramah dan perkongsian di merata tempat. Beliau juga terlibat dalam aktiviti sukarelawan."
-Sumber: Buku Hidup Penuh Erti, terbitan PTS.

Khamis, 2 Julai 2015

Oh Bulan

Assalamualaikum wbt.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Pagi ni, saya bertolak awal ke pejabat. Dah siap awal, maka cepatlah saya memulakan perjalanan. Saya suka drive pagi-pagi, sebab kereta belum banyak lagi masa tu. Jadi traffic lancar je.

Sebaik saja keluar dari kawasan rumah, mata terus menangkap satu objek bulat besar di langit yang masih gelap ketika itu.

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Dada terasa sesak, mata juga berkaca tiba-tiba.

Ya Allah, Yang Maha Agung. Indahnya ciptaanMu Ya Badii.

Di depan saya, di langit pekat hitam 15 Ramadhan terpancar cahaya bulan purnama yang sangat besar, sangat terang, sangat indah. 

Terpaku seketika melihat keindahan ciptaan Ilahi.

Terangnya cahayanya menemani perjalanan saya pagi ini sehinggalah ia tenggelam di balik awan.

Kemudian, sang mentari mula memunculkan diri di ufuk timur menggantikan tugas si purnama mengambang.*waduh, waduh, ayat...*

So, saya berpeluang menyaksikan "moonset" dan "sunrise" hari ini. Syukur Alhamdulillah.

Semoga hari ini dan hari-hari mendatang juga sentiasa memberi sinar terang dalam kehidupan sepertimana indah dan terangnya bulan purnama di langit Ramadhan tahun ini. Amin.

Good morning all!!!


**tak sempat nak snap pic that beutiful moon because I'm driving*sorii*
Ganti pic ni ok la ye*kelip-kelip mata anak patung*

Rabu, 1 Julai 2015

Anak Syurga

Assalamualaikum wbt.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Perjalanan pagi ni berlatarkan langit kelabu jingga dihiasi bukit bukau. Subhanallah, indahnya ciptaan Ilahi.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Syukur di atas semua nikmat dan rezeki yang diberikan sehingga ke hari ini.

Minngu ni, negara digemparkan dengan kes penderaan seorang kanak-kanak di Rantau Panjang, Kelantan. Allahu Allah, kejamnya. Bagaimana mereka bisa memperlakukan seorang anak kecil sedemikian rupa.

Simpati menggunung kepada si kecil tidak berdosa itu. Semoga Allah melindungi dia selalu.

Namun, ada hikmah disebalik semua kejadian.





Kecacatan yang di alami si kecil itu telah menjadikan dia seorang calon syurga. Dia mungkin menanggung pelbagai penderitaan di dunia yang kejam ini. Namun di Akhirat kelak, dia adalah antara orang yang paling bahagia. Masuk ke Syurga Allah tanpa hisab (betulkan saya jika saya silap).

Ya Allah, Ya Muhaimin (Yang Maha Melindungi), lindungilah anak-anak mangsa penderaan ini. Amin.