Khamis, 30 Julai 2015

Push Button

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah Pemilik segenap dunia serta selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW, keluarga serta sahabat baginda.

Salah satu daripada kunci kejayaan datangnya dari keinginan yang kuat ( strong will). Sejauh mana anda inginkan sesuatu itu. Keinginan yang kuat itu akan menjadi push button kepada anda untuk mengejar dan merealisasikan apa saja yang kita impikan.

Contoh macam masa kita sekolah dulu, keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan membuatkan kita berusaha untuk belajar siang malam bersengkang mata. Kerana pada masa itu kejayaan dalam peperiksaan akan menentukan hala tuju hidup kita seterusnya.

Begitu juga yang harus kita lakukan sekarang. Kita bukan lagi berdepan dengan peperiksaan disekolah, namun kita sebenarnya sedang melalui peperiksaan yang lebih besar daripada itu.

Ujian hidup.

Semakin meningkat dewasa, kehidupan perlahan-lahan berubah.Dari hanya seorang budak sekolah yang hanya memikirkan tentang kerja sekolah dan exam kepada seorang yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar.

Ujian demi ujian silih berganti dalam hidup kita. Ada yang berjaya mengharunginya tapi tak kurang juga yang tersungkur di tengah jalan.



Jadi, imbas kembali kehidupan anda saat di mana anda mempunyai keinginan yang kuat, serap tenaga positif daripadanya dan praktikkan dalam kehidupan anda sekarang.

Cari 'push button' anda dan Teruskan usaha untuk mencapai setiap yang anda  inginkan. InshaaAllah kejayaan akan menyusul mereka yang tidak berputus asa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan