Ni cerita "imbas kembali"
Semasa dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Ajil.
Hari tu cuaca cerah. Bawa kereta tengahari Jumaat memang best. Jalan raya clear je. Maklumlah, time orang sembahyang Jumaat. Perjalanan lancar ditemani lagu-lagu favourite di radio Era. Kepala sesekali terangguk-angguk mengikut rentak muzik yang berkumandang. Mulut tak payah cakaplah, asyik 'melalak' je penuh perasaan. Kononnya nak menghilangkan mengantuk.
Sesekali, mata mengerling ke arah jam di tangan. Yes!! Lagi setengah jam nak sampai. Tak sabarnya.
Tiba-tiba...
Papp!!!!
Kereta otomatik terhenti. Hah?!!
What happened?
Terus keluar dari kereta untuk melihat apa yang dah jadi.
OMG! OMG!
Tayar kereta depan pecah! Macam mana ni? Apa nak buat ni?
Ok, tarik nafas. Fikir!
First thing first. Bawa kereta ke tepi jalan dulu. Nasib baik jalan kampung. Kereta tak banyak. In fact, tak ada kereta langsung masa tu.
Keluar dari kereta, mata melilau mencari kalau-kalau ada orang di kawasan berdekatan. Boleh minta tolong. Tak jauh dari tempat berdiri, mata menangkap seseorang sedang berjalan ke arah sini. Fuh, nasib baik ada orang. Alhamdulillah.
" Assalamualaikum. Kenapa ni dik?"
"Waalaikummussalam. Tayar kereta pecah pakcik."
" Oh, tayar kereta pecah. Ingatkan accident tadi. Kuat juga bunyinya. Tu yang datang tengok."
" Ha, tulah. Pakcik boleh tolong saya tak?"
" Tolong tukar tayar? Boleh. Tayar spare ada?"
" Hah? Tayar spare? Err..addaa kot. Sekejap nak tengok."
" Nasib baik ada. Peralatan nak tukar tayar ada?"
" Hah? Alamak, tak ada lah pakcik."
" Tak apa lah. Nanti pakcik ambil peralatan pakcik."
15 minit kemudian, pakcik selesai menukar tayar kereta saya. Lega. Terima kasih pakcik. Kalau pakcik tu tak ada masa tu, alamatnya, menangis tepi jalan la jawabnya.
Moral of the story.
- Periksa keadaan tayar sebelum memulakan perjalanan terutama kalau nak jalan jauh.
- Pastikan ada tayar spare yang elok. Kalau ada tayar spare tapi tak ada angin atau bocor tak guna jugak. Huhu.
- Pastikan ada "tool kit" kereta. Ada yang asas pun dah ok. Malang tak berbau kan.
- Belajar cara-cara menukar tayar kereta. Nanti tak ada lah nangis tepi jalan tak ada orang nak tolong. Hehe.
Tak pasal-pasal je kan. Tak apa. Ini pengalaman dan tauladan. Semoga tak berulang lagi lah lepas ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan