Memaparkan catatan dengan label Korea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Korea. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2015

Dream High Lyrics English

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Ya Razzaq, yang memberi kita rezeki untuk bertemu lagi di sini.


Dream High OST Lyrics English


I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up
at the end of fear today too I tremble
Like a baby bird, would it fall, unable to fly
repeatedly I can do it, can my dream come true
every time I'm fearful, my belief walking step by step again

I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up

I believe I can fly high
one day me above the sky
wings stretched out, more free than anyone else
flying rising high
I need bravery to overcome
firstly pick myself up rise again and dare to run
once again believe in me and my destiny

climb over every wall taller than me
I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up
I believe I can fly high

one day me above the sky
wings stretched out, more free than anyone else
flying rising high
Dream high a chance to fly high
Now bye bye to all that hurts

try flying high like the stars in the sky
your dream will unfold
starting from now
don't be afraid of the future made by your hands
now walk totally confident

unstoppable destiny is destiny
now we soar up high
for you, this whole new fantasy
so from now, take my hand here
from now on, our aim
one dream and not give up
youthful passion all here dream high

I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up

I believe I can fly high
one day me above the sky
wings stretched out, more free than anyone else
flying rising high


Kalau ada yang tak tahu, Dream High adalah drama korea. Ehehe...




Ceritanya berkisarkan suka duka jatuh bangun pelajar-pelajar sekolah menengah Kirin atau Kirin Art School , sebuah sekolah muzik.

Memang cerita budak-budak, tapi moral of the story tu penting. Bagaimana setiap pelajar overcome masalah masing-masing dan akhirnya berjaya mencapai cita-cita mereka.

Ada satu scene yang saya suka. Scene di mana Hye Mi ( pelakon wanita utama drama ni) terpaksa membuat keputusan antara mengikut ayahnya ke U.S dan teruskan impiannya untuk belajar menyanyi opera atau tinggal di Korea dan meneruskan belajar muzik pop. Sedang dia buntu memikirkan nasib diri, sahabatnya Jinguk datang. Dan Jinguk memberi satu satu nasihat. Kata Jinguk,

" Hye Mi, kat tangan awak sekarang ni 50% sebelah kiri dan 50% sebelah kanan. Walau apapun keputusan yang awak ambil, jadikannya 100%. Dengan itu, awak tak akan menyesal dengan keputusan yang awak ambil."

Betul juga apa Jinguk cakap tu. Selepas membuat keputusan, tumpukan seluruh tumpuan kita pada apa yang kita telah pilih. Jadikan apa yang kita pilih itu satu keputusan yang tepat. Jadi, kadar penyesalan akan berkurang. Kan?
* kalau setuju, angkat tangan*



Drama ni ada sekuel, Dream High 2. Dalam Dream High 2 lain sikit ceritanya. Apa yang lainnya?

Ok, dalam Dream High 2, mengajar kita, apa yang kita suka tak semestinya sesuai untuk kita.

Hyeseong (pelakon wanita utama) memilih untuk belajar di Kirin Art School dan bercita-cita untuk jadi penyanyi. Dia seorang yang sangat cekal dan rajin namun, nyanyiannya hanya biasa-biasa sahaja. Sehinggalah, bakatnya dalam bidang penulisan lirik berjaya dicungkil. Dia akhirnya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang penulisan dan menjadi pengarah teater yang terkenal.

Hmm, jadi, selagi tak jumpa apa yang kita do the best, teruskan lah mencari. Jangan give up. Ups and downs tu memang lumrahlah kan. In facts, saya sendiri masih lagi mencari-cari arah, masih lagi berfikir apa yang sesuai untuk saya. Masa bersemangat, macam-macam nak buat, masa tak ada mood, memang duk melangut je lah..*dush*

Apa-apa pun, kita layan lirik lagu ni dan semoga dapat menaikkan semangat anda yang tengah down. Lets DREAM HIGH!!





Rabu, 28 Mei 2014

The Return of Superman

Teks: Norafiza Abdul aziz

Assalamualaikum wbt.

Saya adalah antara berjuta peminat drama bersiri dan siri realiti dari Negara Kimchi, Korea Selatan. Sebut je drama apa, rancangan tv mana, hampir semua saya tonton, *kenyit mata*.

Salah satu siri realiti kegemaran saya dan si kecil Ilham ialah The Return of Superman. Siri ini mengisahkan tentang empat orang selebriti lelaki Korea yang diberi cabaran  untuk menjaga sendiri anak-anak mereka selama 48 jam tanpa bantuan dari isteri masing-masing. Selebriti ini terdiri daripada pelakon, penulis lirik dan petinju.

Pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh selebri-selebriti ini. Mereka perlu mengambil alih tugas isteri mereka untuk menguruskan anak-anak. Rancangan ini banyak bermain dengan emosi yang kadangkala lucu, sedih, gembira dan boleh buat kita rasa terharu pun ada.

Apa yang menarik bagi saya, melalui siri ini para suami dan bapa dapat merasai sendiri bagaimana sukarnya untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak. bermula dengan bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan, melayan anak-anak makan, menukar dan memakaikan lampin, memasak makan tengah hari dan malam, membawa anak-anak untuk temujanji doktor dan banyak lagi.

Setelah melalui sendiri rutin harian seorang isteri dan ibu, mereka akan lebih menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita. Dan apabila ditanya adakah mereka sanggup mengambil alih tugas isteri secara sukarela dan bukan semata-mata kerana menjayakan sebuah siri realiti, kesemua mereka menjawab TIDAK SANGGUP.

Kalau lah ahli-ahli akademi buat macam tu pada para suami, agak- agak apa yang akan terjadi?

Ahad, 25 Mei 2014

Korea Dan Buku

Teks: Norafiza Abdul Aziz
Foto: http://www.pinterest.com/pin/

Assalamualaikum wbt.





Satu perkara yang membuatkan saya tertarik apabila menonton drama atau rancangan realiti Korea, ialah hiasan dalamannya.

Tidak kira sama ada di bilik tidur, ruang tamu malah di restoran atau kafe mesti ada rak buku dengan pelbagai rupa dan reka bentuk. Sangat menarik dan sangat kreatif. Mungkin 'kegilaan' saya terhadap buku menyebabkan saya mudah perasan tentang kewujudan rak-rak yang comel ini.

Terus-terang,saya sangat kagum dengan masyarakat Korea. Hampir semua drama yang saya tonton mempunyai rekabentuk rak buku yang berlainan dan unik. Hal ini membuatkan saya terfikir, orang Korea ni sangat suka dengan buku agaknya. Sebab itulah rak buku merupakan perabot wajib yang harus ada di setiap rumah,restoran mahupun kafe di Korea.