Teks: Norafiza Abdul aziz
Assalamualaikum wbt.
Saya adalah antara berjuta peminat drama bersiri dan siri realiti dari Negara Kimchi, Korea Selatan. Sebut je drama apa, rancangan tv mana, hampir semua saya tonton, *kenyit mata*.
Salah satu siri realiti kegemaran saya dan si kecil Ilham ialah The Return of Superman. Siri ini mengisahkan tentang empat orang selebriti lelaki Korea yang diberi cabaran untuk menjaga sendiri anak-anak mereka selama 48 jam tanpa bantuan dari isteri masing-masing. Selebriti ini terdiri daripada pelakon, penulis lirik dan petinju.
Pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh selebri-selebriti ini. Mereka perlu mengambil alih tugas isteri mereka untuk menguruskan anak-anak. Rancangan ini banyak bermain dengan emosi yang kadangkala lucu, sedih, gembira dan boleh buat kita rasa terharu pun ada.
Apa yang menarik bagi saya, melalui siri ini para suami dan bapa dapat merasai sendiri bagaimana sukarnya untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak. bermula dengan bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan, melayan anak-anak makan, menukar dan memakaikan lampin, memasak makan tengah hari dan malam, membawa anak-anak untuk temujanji doktor dan banyak lagi.
Setelah melalui sendiri rutin harian seorang isteri dan ibu, mereka akan lebih menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita. Dan apabila ditanya adakah mereka sanggup mengambil alih tugas isteri secara sukarela dan bukan semata-mata kerana menjayakan sebuah siri realiti, kesemua mereka menjawab TIDAK SANGGUP.
Kalau lah ahli-ahli akademi buat macam tu pada para suami, agak- agak apa yang akan terjadi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan