Memaparkan catatan dengan label Nur Ilham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nur Ilham. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Februari 2015

My Boys, My Heroes



By: Fiza Aziz
Foto: Personal collection


Assalamualaikum wbt.



Hari ni off day. Masa untuk mengemas bilik, membasuh baju dan yang paling utama sekali, menemani dua orang hero kesayanganku, Iman dan Ilham.

Iman, Alhamdulillah, serangan sawan sudah banyak berkurang. Syukur sangat. Cuma bila badan dia mula panas, kena ambil extra care. Masa-masa macam nilah selalunya seizure (sawan) datang menyerang. Alhamdulillah, kesihatan Iman makin bertambah baik. Semoga Iman akan sembuh sepenuhnya tak lama lagi. Amin.
(sorry, saya masih mencari kekuatan untuk bercerita tentang penyakit Iman)


Ilham pun dah makin cerdik sekarang. Technically, usia Ilham sudah menginjak ke angka empat tahun ni. Adik dah besar. Cepat je masa berlalu. Tapi, yang tak bestnya, Ilham suka kartun. Tak cukup dengan tablet (dia conquer tablet saya), berebut lagi channel tv. Sekali dah tengok Astro Ceria tu, jangan harap nak tukar channel lain. Haila!

Dalam sibuk duk berebut tu, saya layan juga tengok kartun dengan Ilham. Lagipun, bukan kartun je yang ada, macam-macam program lain ada. Seronok juga sebenarnya. Saluran kanak-kanak ni membuatkan kita mengingat kembali fakta-fakta sejarah, sains dan geografi yang dah lama kita tinggalkan. Sesekali layan, macam back to school pula. Ok juga, nanti bila anak-anak tanya soalan, tak adalah terkial-kial kita nak jawab. Mummy pula yang over excited. Ilham sebenarnya tak faham sangat pun. Hehe.

Robocar Poli, favorite cartoon Ilham

Sabtu, 15 November 2014

Cerita Hari Ini


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Sebelum masa menginjak ke waktu Maghrib petang tadi, awan akhirnya berhenti memuntahkan isinya. Hingga ke saat ini keadaan masih lagi  tenang. Tidak seperti semalam yang agak muram dengan hujan yang mencurah seolah-olah tiada penghujungnya. Tika dan saat ini, saya menemani si kecil dan gemuk Ilham minum susu coklatnya sambil menonton kartun kegemarannya "Hutos" di telefon pintar milik saya. Iman sudahpun lena. Di luar sana, sayup-sayup kedengaran suara "ribbits" bersahut-sahutan. Sedang berpesta menyambut musim tengkujuh barangkali.

Seharian hari ini, saya bersama Abang Iman. Buah hati pertama saya tidak sihat. Epilepsynya menyerang agak kerap. Sejuk barangkali. Dalam situasi begini, Abang Iman tidak boleh bersendirian. Sawan boleh menyerang bila-bila masa saja. Jadi saya hanya menemani Iman sahaja hari ini. Nasib baik tiada lagi serangan sawan selepas pagi tadi. Kebetulan hari ini "off day". Esok sudah kerja balik. Terpaksa berpisah dengan Iman dan Ilham untuk seketika. Memenuhi tuntutan tugas, mencari rezeki di muka bumi Allah yang luas ini. Begitu juga dengan En. Ayie. Tak mengapa. Ini bahagian kami. Di luar sana, masih ramai yang mrnghadapi situasi yang lebih perit daripada kami. Bersyukurlah dengan setiap rezeki pemberian Ya Razzaq. 

Semoga matahari akan muncul esok dengan sinaran meganya. Memberi harapan kepada seluruh umat untuk menjalani kehidupan sementara di dunia. Namun, sekiranya tiada mentari yang muncul, titisan hujan juga adalah rahmat. Rahmat Yang Maha Kuasa yang tiada taranya. Syukur Alhamdulillah



Ilham, budak manja yang suka mengacau Abang
Imannya.
Buah hati, pengarang jantung
IMAN (baju kuning) & ILHAM (baju kelabu)





.................................................................................................................................................
Ketahui rahsia memikat hati pelanggan.
Miliki e-book "RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN USAHAWAN ONLINE"
Tempah sekarang dengan harga promosi RM30. Harga akan kembali kepada asal tidak lama lagi.

Sabtu, 14 Jun 2014

Hari ini dan semalam.

Teks :Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya adinda bongsu saya berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi di Kedah dalam bidang akaun. Setelah bersedih untuk beberapa minggu kerana namanya tidak terpilih untuk melanjutkan pelajaran dimana-mana pusat pengajian tinggi atau kolej. Memang dia kecewa sangat sementelah semua teman-teman seperjuangan pergi meninggalkan dia untuk meneruskan pengajian masing-masing. Sebagai pelajar di sebuah sekolah sains pastilah dia berasa malu dan segan apabila hanya dia yang tidak terpilih. Namun, nasib menyebelahinya apabila dia terpilih untuk pendaftaran sesi kedua. Walaupun dalam bidang yang berlainan, namun saya yakin dia mampu. InshaaAllah.

Oleh kerana tawaran menyambung pelajaran datang dalam waktu yang sangat dekat dengan tarikh pendaftaran, iaitu lebih kurang seminggu, hanya persiapan ringkas sahaja yang sempat dilakukan. Malah, dia tidak dapat menyertai kami sewaktu bercuti di Sekayu baru-baru ini semata-mata ingin membuat persiapan. Mungkin tiada rezeki kami nak berkumpul satu keluarga. 

Akhirnya, setelah bertungkus-lumus menyiapkan segala dokumen dan barang-barang keperluan, pada 11 Jun 2014, adindaku berangkat ke Kedah bersama Abah, Mama dan di kecil Ilham. Setelah selesai proses pendaftaran pada keesokkan harinya, Abah, Mama dan Ilham pun berangkat pulang ke Kelantan meninggalkan Ichu ( panggilan Ilham pada Pak Usunya) meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Semoga berjaya Ichu. Dan semoga perjuangan Ichu dirahmati Allah selalu. Amin.

Pulang dari Kedah, Mama dan Ilham demam panas. Alahai, kesiannya. Maka, terpaksalah Mummy ambil cuti kecemasan sehari. Nasib baik demam mereka cepat kebah. Bolehlah Mummy datang kerja dengan senang hati.

*sebuah coretan semalam..*

Selasa, 10 Jun 2014

Hariku yang suram

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Sehari dua ni  agak sibuk dengan tugasan hakiki serta tugasan sebagai 'mummy' di rumah. Iman kurang sihat dan Ilham pula semakin aktif dan manja. Asal mummy ada di rumah, memang tak pernah nak berenggang langsung. Nak ke bilik air pun susah. Hai lah anak-anak mummy, macam-macam.

Kadang-kadang balik kerja,memang penat. Yelah pagi-pagi dah kena memandu lebih dua jam. Bila badan penat, mulalah cepat naik angin. Kesian anak-anak. Bila dah 'cool down' mula la menyesal. Sedih bila fikir balik.

Sabarlah sayang mummy. Mummy sedang berusaha untuk berubah. Menjadi ibu yang lebih baik. Berilah mummy masa sayang. InshaaAllah, kalau Allah izinkan, kita akan bersama sentiasa nanti. Doakan mummy ye sayang.

*teruskanusahasampaiberjaya*

Khamis, 15 Mei 2014

Khamis yang damai

Assalamualaikum wbt
Selamat pagi.

Pagi ini saya bangun dengan semangat untuk menyiapkan tugasan sebelum cuti saya berakhir. Saya bercuti selama lima hari dari hari Ahad sehingga hari ini dan esok kembali bertugas seperti biasa. Saya bekerja ikut shif, jadi waktu cuti saya tak sama seperti orang lain.

Tengah bersarapan dan berbual dengan mama, si kecil Ilham bangun. Terus buat buatkan air milo atas permintaan dia sendiri.

Sekarang kami berdua sibuk dengan tugasan masing-masing. Saya mengadap laptop nak menyiapkan tugasan sementara  budak kecil ni sibuk dengan tablet mendengar kid's song yang saya muat turun khas untuk dia.

Jadi pagi ini saya menyiapkan tugasan diiringi lagu twinkle twinkle little star nyanyian superatar Ilham.

Khamis yang damai.