Assalamualaikum wbt.
Syukur Alhamdulillah, akhirnya adinda bongsu saya berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi di Kedah dalam bidang akaun. Setelah bersedih untuk beberapa minggu kerana namanya tidak terpilih untuk melanjutkan pelajaran dimana-mana pusat pengajian tinggi atau kolej. Memang dia kecewa sangat sementelah semua teman-teman seperjuangan pergi meninggalkan dia untuk meneruskan pengajian masing-masing. Sebagai pelajar di sebuah sekolah sains pastilah dia berasa malu dan segan apabila hanya dia yang tidak terpilih. Namun, nasib menyebelahinya apabila dia terpilih untuk pendaftaran sesi kedua. Walaupun dalam bidang yang berlainan, namun saya yakin dia mampu. InshaaAllah.
Oleh kerana tawaran menyambung pelajaran datang dalam waktu yang sangat dekat dengan tarikh pendaftaran, iaitu lebih kurang seminggu, hanya persiapan ringkas sahaja yang sempat dilakukan. Malah, dia tidak dapat menyertai kami sewaktu bercuti di Sekayu baru-baru ini semata-mata ingin membuat persiapan. Mungkin tiada rezeki kami nak berkumpul satu keluarga.
Akhirnya, setelah bertungkus-lumus menyiapkan segala dokumen dan barang-barang keperluan, pada 11 Jun 2014, adindaku berangkat ke Kedah bersama Abah, Mama dan di kecil Ilham. Setelah selesai proses pendaftaran pada keesokkan harinya, Abah, Mama dan Ilham pun berangkat pulang ke Kelantan meninggalkan Ichu ( panggilan Ilham pada Pak Usunya) meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Semoga berjaya Ichu. Dan semoga perjuangan Ichu dirahmati Allah selalu. Amin.
Pulang dari Kedah, Mama dan Ilham demam panas. Alahai, kesiannya. Maka, terpaksalah Mummy ambil cuti kecemasan sehari. Nasib baik demam mereka cepat kebah. Bolehlah Mummy datang kerja dengan senang hati.
*sebuah coretan semalam..*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan